‘Lagi Banyak Berharap, Lagi Sakit’- Ini Respon Sufian Suhaimi Berkenaan Putus Tunang

‘LAGI BANYAK BERHARAP, LAGI SAKIT’- INI RESPON SUFIAN SUHAIMI BERKENAAN PUTUS TUNANG

‘Lagi Banyak Berharap, Lagi Sakit’- Ini Respon Sufian Suhaimi Berkenaan Putus Tunang

Setelah dilanda kontroversi putus tunang minggu lalu, penyanyi, Sufian Suhaimi mendakwa bahawa dia tidak memberikan sebarang harapan terhadap hubungan dengan Elfira Loy.

Katanya, dia masih mahu berkawan dengan bekas tunangnya itu memandangkan mereka putus secara baik namun ia setakat itu sahaja.

“Kami tak bergaduh, okay sahaja cuma orang kata lagi banyak kita ‘expect’, lagi sakit. Oleh itu saya tak harapkan apa-apa,” katanya menerusi video temu bual bersama Utusan Online 

Dalam pada itu, Sufian menjelaskan apa yang terjadi ini sedikit memberi pengajaran buat dirinya.

“Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian, ia memberikan saya motivasi untuk menjadi insan yang lebih baik, rohani dan jasmani. hehehe…

“Kalau sebelum ini, ada kurang di sana sini, saya akan cuba perbaiki. lagipun pada saya, soal jodoh kalau dah Allah SWT tuliskan begitu, begitulah,” katanya lagi.

MH difahamkan juga bahawa sebelum pertunangan diputuskan, kedua-dua belah keluarga ada berbincang sesuatu sebelum keputusan tersebut dilakukan.

“Keluarga menerima keputusan ini dan mereka percaya saya mampu hadapi perkara ini kerana apa sahaja keputusan yang dibuat bukanlah persetujuan sendiri tetapi ibu bapa juga,” katanya lagi.

Anggaplah bahawa tiada jodoh Sufian, mungkin ada bunga lain di taman untuk kamu?

Apa-apapun, MH harap perkara ini tidak menutup terus hari Sufian untuk bercinta lagi ya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here