Laudya Cynthia Bella TINGGALKAN Emran & Aleesya!

Pasangan bahagia Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella yang baru berkahwin pada September yang lepas tidak bertemu sejak beberapa hari yang lalu. Bella menunjukkan kesedihan yang dialami oleh Emran melalui Instagram Bella.

Dua ungkapan yang berbeza ditunjukkan oleh Bella dan Emran. Jika sebelum ini mereka berdua ketawa bersama, kini kedua-dua mereka mengalami perasaan yang berbeza. Di dalam gambar tersebut kelihatan mereka di lapangan terbang Kuala Lumpur dan Bella kelihatan sangat gembira kerana beliau akan pulang ke Indonesia, tetapi Emran kelihatan sangat sedih kerana ditinggalkan oleh isterinya yang tercinta.

Dari 7 photo,expresi nya sama😅 aku udah ganti2 pose eh dia masih statis,. Theme 👇🏼

Suami : sedih di tinggal istri,. Istri : bahagia mau pulang kampung 😉✌🏼InshAllah,See u soon my❤️.

Walaupun wajah Emran kelihatan sangat sedih, sebenarnya Emran kelihatan comel di dalam gambar tersebut. Tidak hairanlah Bella tidak merasa bimbang langsung dan masih ketawa ketika bersama-sama dengan Emran di lapangan terbang.

BACA  3 Sebab Mengapa Bella Mahu Engku Emran Jadi Suaminya

Bella pulang ke Indonesia atas urusan bersama dengan syarikat filem MD Entertainment untuk bertemu dengan Manoj Punjabi, pengeluar beberapa filem yang pernah dibintangi oleh Bella sebelum ini.

Sementara Bella di Indonesia, Bella juga sempat menghubungi anak tiri beliau melalui Facetime, Engku Aleesya yang kini berusia sembilan tahun. Kelihatan mereka berdua sangat akrab dan saling menyayangi. Ternyata Erra Fazira sangat profesional dan dapat menerima Bella di dalam hidup Aleesya.

Engku Emran pernah berkahwin dengan aktres Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 dan bercerai pada 18 Februari 2014. Hangat.com mendoakan Aleesya berbahagia bersama kedua-dua ibu bersama-sama dengan bapa yang tersayang, amin.

BACA  Suami Mithali, Engku Emran Bantu Bella Cuci Pinggan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here