Lucu! Oleh Kerana Tidak Mahu Ayahnya Ke Tempat Kerja, Pelbagai Cara Telah Dilakukan Oleh Kanak-Kanak Satu Tahun Ini, Lucu Sekali!

Bagi ibu bapa yang berkarier pastinya sukar untuk meninggalkan anak kecil mereka di rumah bersama pengasuh. Mana tidaknya mereka terpaksa berjauhan dengan anak-anak mereka dalam masa yang agak panjang.

Keadaan malah menjadi lebih sukar bagi kanak-kanak. Mereka sememangnya tidak mahu ditinggalkan sehingga ada antara mereka yang melakukan ‘protes’.

Kejadian itulah yang dialami oleh kanak-kanak ini. Dia tidak mahu bapanya pergi ke kerja dan meninggalkannya di rumah.

Kredit: YouTube

Dalam video di bawah ini, seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun sengaja berdiri di hadapan pintu dan enggan membiarkan ayahnya pergi.

Individu yang memuat naik video tersebut, RobDea86 menerangkan, “Anak perempuan kami, dalam bahasanya sendiri berasa kecewa dengan ayahnya kerana dia tahu ayahnya mahu keluar  untuk bekerja.”

Walaupun telah dipujuk berkali-kali si kecil ini tetap tidak membenarkan ayahnya keluar dari situ. Dia masih sahaja berdiri di depan pintu itu supaya ayahnya tetap bersamanya.

Tidak cukup dengan itu dia juga memaut kaki ayahnya dengan wajahnya yang seolah-olah memohon simpati ayahnya supaya tidak meninggalkannya.

Kerana masih gagal menghalang ayahnya dia akhirnya melepaskan senjata rahsianya: air mata.

Nampaknya tektiknya menjadi apabila ayahnya mendukungnya, memeluknya dan memujuknya.

Nampaknya si ayah berhadapan dengan pelbagai ‘cabaran’ sebelum ke tempat kerja, cabaran yang paling sukar untuk ditolak oleh mana-mana ibu bapa- rayuan seorang anak kecil!

Sumber erabaru

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here