Luluh Hati Suami! Seorang Tentera Laut Teruja Pulang Ke Rumah Lalu Merakam Dan Ingin Membuat Kejutan Besar Buat Isterinya, Tetapi Sebaliknya Suami Pula Yang Terkejut Tengok Isterinya Curang! (Video)

Luluh Hati Suami! Seorang Tentera Laut teruja pulang ke rumah dan ingin membuat kejutan besar buat isterinya, NAMUN sebaik pintu rumah dibuka, beliau hampir pengsan tengok tubuh isterinya tanpa seurat benang sedang di ‘RATAH’ lelaki lain.

Seorang Tentera Laut Amerika Syarikat yang teruja dibenarkan pulang lebih awal daripada tugasan untuk menemui keluarga, terkejut apabila tindakan mahu merakam ekspresi isterinya berakhir dengan wanita tersebut sedang bercumbu dengan lelaki lain yang juga anggota tentera di rumah mereka.

Dalam rakaman yang kini viral, kepulangan tentera tersebut kelihatan disambut dengan teriakan gembira anak perempuannya namun dia terus berjalan lalu memasuki bilik air dalam bilik tidurnya di mana si isteri sedang dalam keadaan bogel bersama lelaki asing berpakaian penuh.

Image result for isteri curang

Dapat didengar isterinya kelihatan amat terkejut lantas untuk menutup malu dia menjerit, “Apa kamu buat di sini?” lantas dijawab suaminya, “Apa yang kamu buat? Mencurangi saya?”
Si suami kemudiannya menghalau lelaki tersebut hingga ke luar rumah sambil bertanya nama dan pangkatnya, selain meminta supaya memandang pada kamera telefon bimbit, membuatkan lelaki tersebut terus melarikan diri.

Kisah Benar Isteri Curang Yang Menyesal Tak Sudah | Benarlah kata pepatah, terlajak perahu boleh di undur, terlajak perbuatan buruk padahnya. Kali ini dipaparkan kisah benar seorang ibu tunggal yang menyesal tak sudah dengan perbuatan menduakan suaminya. Lebih membuatkan dia berasa tertekan kerana dia tidak akan dapat kembali lagi ke pangkuan bekas suami yang masih disayangi kerana talak sudah tiga kali dilafazkan.

Ini kisah sedih hidup saya. Kesilapan yang terjadi adalah atas kesalahan sendiri. Saya berusia 26 tahun dan sudah bergelar ibu tunggal. Saya pernah berkahwin pada usia 19 tahun di sempadan Thai kerana keluarga tidak merestui cinta kami.

Suami hanya orang biasa, tiada pekerjaan tetap. Selepas berkahwin, kami hidup merantau dan hidup bahagia tetapi apabila ayah sakit, kami terpanggil untuk pulang ke kampung malah suami yang begitu beria-ia mengajak saya pulang.

Image result for isteri curang

Di kampung, kami menumpang rumah keluarga. Walau tidak kaya dan hidup senang tapi hati kami bahagia. Sehingga pernah terlintas di hati saya, biarlah saya pergi dulu berbanding suami yang baik hatinya.

Agungnya cinta saya padanya namun kerana kami kahwin tanpa restu keluarga, semuanya berjalan tidak lancar. Suami ditohmah malah keluarga sendiri yang menjaja kisah kami. Luluh hati saya mendengarnya, tiada sokongan, dihina kerana susah, tiada keluarga, sebatang kara, tiada harta, tidak tahu asal usul.

Namun, sebagai seorang isteri yang baik, saya masih pertahankannya walau pun kadang-kala bosan untuk mempertahankannya. Keluarga kata, saya dibomohkan suami. Malah mereka beranggapan saya boleh dapat lelaki lebih kaya, lebih baik dari sekarang. 8 tahun kami kahwin, hanya suku baik suami di mata keluarga selebihnya buruk dan jahatnya dijaja.

Dua tahun lalu, saya menyambung pengajian untuk mengubah masa depan. Bersama linangan air mata, saya tinggalkan suami kerana tidak pernah berpisah dengannya. Semasa belajar, dialah yang bersusah payah mencari wang perbelanjaan saya.

Saya cukup terharu dengan suami tapi bila pulang bercuti, ada saja berita yang kurang enak, suami ada perempuan, suami suka berjalan, suami tidak balik waktu Maghrib, tak beri belanja dapur, suami baik depan saya sahaja dan bermacam cerita. Tetapi saya masih tetap kuat. Saya tahu keluarga memang mahu meruntuhkan cinta kami. Mereka masih dengan kepercayaan kolot, suami bomohkan saya. Entahlah, saya pun tak faham.

Orang kampung juga suka menghasut. Pendek kata, hubungan kami tidak disenangi semua orang. Suatu malam, saya diuji Allah. Dalam perjalanan pulang bekerja, saya disapa seorang lelaki, agak berumur, pegawai kerajaan dan kami mula berkenalan. Kami menukar nombor telefon.

Image result for isteri curang

Kali pertama jumpa, saya nampak dia matang, baik dan beriman. Kami berhubungan bila berjauhan dari suami. Kami keluar bersama-sama dan saya mula melupakan suami. Saya benar-benar bahagia dengannya.

Habis pengajian, saya jadi sasau, rindu dendam kepadanya dan kami selalu bermesej. Dia begitu mengambil berat soal tentang saya hingga saya melupakan suami malah terfikir untuk berpisah dengannya.

Suatu hari kami membuat temu janji. Pada suami, saya katakan ada hal kolej tetapi kami tidur di hotel. Hinggalah kami terlanjur. Suami tiba-tiba menelefon dan menguji saya sambil berkata, akan jatuh talak satu jika saya curang kepadanya.

Sekali lagi dengan linangan air mata, saya mengakui hal ini dan saya meminta maaf dari suami. Kami rujuk kembali namun kekasih masih terus menggoda hingga tidak mampu menahannya. Ketika itu, saya benci akan suami dan mahu berpisah dengannya.

Image result for isteri curang

Kekasih berjanji bermacam-macam. Hilang kasih agung pada suami. Saya ceritakan pada keluarga dan mereka menyokong saya memilih kekasih baru dan melupakan suami. Suatu hari, suami tinggal kan saya, saat itu saya mula insaf tetapi saya masih merujuk masalah pada kekasih.

Keluarga pula masih buruk-burukkan suami, saat itu saya jadi benci, sakit hati dan terus hubunginya meminta cerai. Saya paksa dia lafazkan cerai. Tercabar, suami lepaskan talak dua dan bila mendengar kata-katanya, saya terus meraung.

Saya jalani perasaan ini dengan penyesalan. Saya mahu rujuk ke mahkamah tetapi perkahwinan kami tidak didaftarkan di Malaysia. Kami sudah merujuk mana-mana pihak dan semuanya mengatakan talak kami sudah tiga dan tidak boleh rujuk lagi.

Hati masih sayang dan kami sama-sama gila talak. Saya sepi hidup tanpanya dan kekasih saya masih beri harapan. Bagi menghilangkan rasa hati, saya teruskan hubungan dengan kekasih. Namun bahagia tidak ke mana, bila minta bantuan kewangan darinya, dia mengelak dengan berbagai alasan. Bila bersama keluarga, kekasih bagaikan malaikat tetapi bila kami bersama, dia bagaikan syaitan.

Image result for isteri curang

Kini baru saya sedar, dia bukan lelaki yang baik. Orang yang saya jangka akan dapat bahagiakan rupanya hanya mahukan tubuh saja. Kini dia sudah lama menghilang. Rumah tangga saya diruntuhkan dan kini dia berdiam diri.

Ketika ini saya menjalani kehidupan dengan seribu penyesalan, tidak terampun dosa pada suami dan sering merinduinya tetapi kami tidak boleh rujuk lagi. Kini saya benar-benar menyenyesal.

Nauzubillah Min Zalik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here