Macam-macam Cara Adib Dah Guna Untuk Pikat Izara Aishah, Akhirnya…

Macam-macam Cara Adib Dah Guna Untuk Pikat Izara Aishah, Akhirnya…

Sah sudah aktres Izara Aishah, 25, bergelar isteri kepada Muhammad Adib Dato’ Khalid, 27. Dengan sekali lafaz sahaja, Adib seakan memberitahu dunia bahawa Izara kini miliknya. Tidak ada lagi batasan dalam perhubungan apatah lagi halangan dalam melayari rumah tangga sama seperti pasangan suami-isteri lain.

Mengimbas semula majlis pernikahan pasangan selebriti ini, segala-galanya dibuat mengikut impian Izara sendiri. Majlis pernikahan yang dihadiri lebih 500 tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan artis dan sahabat handai itu telah diuruskan oleh Dato’ Rizalman. Majlis berlangsung di Mercu Mustapha Kamal yang terletak di Damansara.

Cara Adib Melayan Saya Sangat Istimewa

Walau ada pelbagai komen positif mahupun negatif yang diberikan oleh netizen terhadap veil yang dipakai oleh Izara, namun artis berdarah kacukan Melayu dan Pakistan ini tetap gembira dengan majlis yang penuh bersejarah dalam hidupnya itu.

Begitu juga dengan majlis resepsi yang dilakukan pada sebelah pengantin lelaki di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur yang diuruskan oleh Nas Great Ideas. Izara amat gembira kerana kedua-dua majlis dengan penuh jayanya.

“I was beyond happy. Tidak ada perkataan yang boleh menggambarkan betapa gembiranya Izara dengan majlis yang telah berlangsung. Sehingga ke hari ini Izara tidak dapat melupakan majlis tersebut.

“Majlis resepsi keluarga Adib juga sangat hebat. Izara dan Adib amat seronok, begitu juga dengan semua tetamu yang hadir,”ujarnya yang bersyukur semua perancangan berjalan lancar.

Rahsia 99 Kuntum Bunga

Bagi yang mengikuti cerita percintaan dan Izara dan Adib, sudah pasti mengetahui betapa pasangan ini agak lama berkawan sebelum bercinta dan seterusnya bertunang dan mendirikan rumah tangga.

Memetik kata Muhammad Asyraf Khalid dalam resepsi yang telah berlangsung, abang dan kakak iparnya ini amat saling mencintai. Malah Asyraf juga bercerita bagaimana penglibatan pelakon Ummi Nazeera sebagai orang tengah yang mempertemukan Adib dan Izara.

Katanya lagi, Adib amat sukakan Izara. Pelbagai cara dilakukan bagi menarik hati wanita jelita itu. Adib pernah memberi 99 kuntum bunga kepadanya. Malah apa sahaja majlis yang dilakukan oleh syarikat mereka, Izara sudah pasti akan dijemput. Malangnya Izara sentiasa sibuk dan tidak dapat menghadirinya.

Namun Adib tidak mudah putus asa memikat Izara. Akhirnya cair juga hati wanita jelita ini. Boleh dikatakan selepas Izara dan Adib mengakui mereka bercinta, ketika itu jugalah masyarakat dan peminat akan dapat melihat Adib akan menemani Izara pada majlis-majlis tertentu.

Akui Izara yang dihubungi selepas beberapa hari bergelar isteri, sepanjang dia menjalin hubungan dengan anak tiri Dato’ Seri Siti Nurhaliza ini, tidak ada sebarang cabaran besar yang dihadapi.

Cabaran Dalam Hubungan

“Tiada cabaran semua berjalan lancar, Alhamdulillah syukur dengan usaha yang Izara berikan dan doa serta selawat yang tidak berhenti-henti dari mulut Izara.”

Akhirnya setelah tiga tahun menyulam cinta, Adib mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan dengan Izara pada bulan Julai 2017. Tarikh 17 November 2017 dipilih sebagai tarikh keduanya disatukan.

Apa istimewanya Adib di mata Izara? Sudah pasti itu pertanyaan yang sering ditanya kepada pelakon J Revolusi ini.

“He is very loving man, family man, sangat positif. Tidak pernah cakap buruk pasal orang. Respectful to everyone, bertanggungjawab dan cara dia jaga Izara itu yang memikat hati Izara.

“Izara mengharapkan perkahwinan dan perhubungan dengan suami akan kekal loving till Jannah. Doakan kami. Kini cabaran yang Izara rasa akan dihadapi setelah bergelar suami-isteri adalah dari segi memberi keseimbangan antara karier, suami dan keluarga,”ujarnya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Mingguan Wanita

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here