Majoriti netizen terpukau dengan cara wanita ini menyedarkan anaknya tentang kesalahan yang dilakukan

MAJORITI NETIZEN TERPUKAU DENGAN CARA WANITA INI MENYEDARKAN ANAKNYA TENTANG KESALAHAN YANG DILAKUKAN

Majoriti netizen terpukau dengan cara wanita ini menyedarkan anaknya tentang kesalahan yang dilakukan

Apa yang akan anda lakukan setiap kali anak-anak yang masih kecil melakukan kesalahan? Adakah anda akan memarahi mereka, memukul, tidak membenarkan mereka keluar bermain bersama rakan-rakan atau menasihati mereka agar tidak mengulangi kesalahan yang sama?

Pakar psikologi menyatakan bahawa ibu bapa tidak boleh memarahi anak dengan nada yang tinggi kerana tindakan tersebut boleh membangkitkan perasaan benci atau memberontak dalam diri kanak-kanak.

Walaupun niat anda sebagai ibu bapa hanya untuk memberikan pengajaran ke atas kesalahan yang dilakukan anak-anak, cara tersebut adalah salah!

Sebaiknya, anda harus menimbulkan kesedaran dalam diri anak-anak bahawa perbuatan mereka adalah satu kesalahan agar mereka lebih faham serta mahu belajar dari kesilapan tersebut.

Kredit: Facebook/Adlil Rajiah

Seperti mana yang dilakukan oleh ibu dan juga penulis terkenal bernama Adlil Rajah ini. Apabila anak lelakinya menghasilkan satu ‘karya indah’ dengan melukis gambar pada pintu kereta miliknya, Adlil tidak cepat melatah dan melenting sebaliknya menggunakan kaedah psikologi pembalikan atau ‘reverse psychology’ dalam mengendalikan situasi itu.

Menerusi entri yang dimuat naik di Facebook dan kini meraih lebih daripada 9,600 jumlah ‘likes’ dan 5,718 kali perkongsian, Adlil berkongsi tentang tindakan yang diambilnya apabila mengetahui kenderaannya diconteng gara-gara anaknya, Haikal mahu kereta ibunya kelihatan lebih cantik.

“Mama biarkan lukisan ini dua hari sebagai tanda mama hargai lukisan Haikal. Tapi lepas dua hari, mama padam. Sebenarnya Haikal tak perlu langgar peraturan untuk buat mama gembira. Lebih baik Haikal lukis atas kertas cantik-cantik supaya mama tak perlu padam dan boleh tengok sampai bila-bila”.

Tambah Adlil lagi, prinsip yang diamalkannya dalam mendidik anak-anak cukup mudah iaitu dengan menunjukkan rasa hormat kepada kanak-kanak demi meraih rasa hormat tersebut daripada mereka.

Kredit: Facebook/Adlil Rajiah

Baginya, bagi membolehkan anak faham dan mampu bertoleransi dengan keperluan dan peraturannya, seseorang ibu bapa harus terlebih dahulu menunjukkan sikap toleransi terhadap keperluan atau perasaan anak.

Ibu bapa juga tidak perlu memaksa anak-anak untuk meminta maaf atas setiap kesalahan yang dilakukannya. Sekiranya anda berjaya membuatkan anak-anak faham akan situasi tersebut dan kesalahannya, mereka pasti akan meminta maaf dengan sendirinya.

“Peraturan wujud untuk mengawal keadaan, bukan untuk menyekat kebebasan berfikir dan kreativiti”.

Kredit: Facebook/Adlil Rajiah

“Kita selalu rasa anak kurang ajar, tak dengar cakap, tak bertolak-ansur, tak ikut peraturan dan lain-lain. Tapi cuba lihat semula tahap penghormatan, toleransi yang kita pamerkan kepada anak”.

“Adakah mereka dah dapat yang selayaknya daripada kita sepertimana yang kita harapkan daripada mereka?”.

Kata-kata yang sungguh menyentuh hati…

Nampaknya strategi dan kaedah yang digunapakai oleh Adlil benar-benar menampakkan hasil positif apabila beberapa hari kemudian, anaknya telah menghadiahkan lukisan yang sama diconteng pada kereta. Bezanya kali ini, Haikal melukis gambar kereta tersebut pada helaian kertas semata-mata untuk menggembirakan hati ibunya.

Kredit: Facebook/Adlil Rajiah

Semoga perkongsian ini dapat memberikan pengajaran kepada kita semua agar lebih prihatin dalam membentuk peribadi di samping mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna pada masa hadapan.

Sumber: Facebook/Adlil Rajiah

Era Baru

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here