“Mak , Adik Tak Boleh Keluar, Kaki Adik Tersepit,” Raungan Terakhir Sebelum Maut

Ajal, pertemuan dan maut semua di tangan-NYA. Umur hanya angka, apabila ajal menjemput, tiada sapa mampu menghalangnya. Raungan terakhir anaknya sebelum memhembuskan nafasnya yang terakhir membuatkan ibunya sebak.Anak kesayangan meninggal dunia di depan matanya.

“Mak , adik tak boleh keluar, kaki adik tersepit,” demikian raungan terakhir yanti kepada ibunya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam satu kemalangan di Kilometer 89.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat Pendang, petang semalam.

Dalam kejadian 2.45 petang itu, mangsa, Yuzriyanti Mohd Yusoff, 28, maut di tempat kejadian selepas Perodua Viva yang dipandunya dikatakan hilang kawalan lalu terbabas.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa bersama ibunya, Tom Mat, 68, sedang dalam perjalanan pulang dari rumah keluarga mereka di Bukit Beruntung, Rawang menuju ke rumah mereka di Kampung Seberang Pendang, dekat sini.

mereka memulakan perjalanan pada 7.30 pagi dan arwah ada beberapa kali memberitahu bahawa dia mengantuk dan mereka ada berhenti rehat di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) sebanyak tiga kali dan kali terakhir berhenti di R&R Bukit Gantang sebelum meneruskan perjalanan.

“Saya ada berbual dengan Yuzriyanti bagi menghilangkan rasa mengantuk, bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian, arwah seolah-olah hilang kawalan dan terbabas.“

Ketika kejadian, saya menjerit memanggil anak saya dan bertanya sama ada dia terlelap, namun tiada jawapan.

“Saya cuba bertahan dalam keadaan kereta yang bergerak tanpa kawalan sambil memegang tali pinggang kaledar yang saya pakai dan sebaik kereta berhenti bergerak saya lihat cermin hadapan kereta mula retak lantas lalu memanggil anak saya untuk menyelamatkan diri,” katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Seberang Pendang, di sini, semalam.

Tom berkata, dia ada memanggil mangsa beberapa kali tetapi jawapan dibalas kaki anaknya itu tersepit sebelum tidak sedarkan diri.

“Saya fikir arwah pengsan kerana saya tak nampak kesan luka serius pada wajah dan badannya. Saya keluar dari kereta untuk meminta bantuan sebelum seorang wanita berhenti dan membantu menghubungi pihak berkuasa.“

Bagaimanapun, anak saya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid ketika dihubungi berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku apabila mangsa terlelap lalu gagal mengawal kereta yang dipandunya sehingga terbabas dan melanggar pagar besi penghadang bahu kiri jalan.

Al fatihah buat anak mangsa .semoga beliau ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Diharap ibunya tabah akan ujian atas kehilangan insan tersayang.
PELBAGAI LAGI CERITA DI BAWAH…

Sumber : http://akubudakkulim.blogspot.my/2018/02/mak-adik-tak-boleh-keluar-kaki-adik.html?m=1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here