Masih Ingat Dengan Gadis Yang Pernah Digelar ‘Super Hodoh’ Beberapa Tahun Lepas? Siapa Sangka Bila Dewasa Dia Berubah 100% Dan Menjadi Model Antarabangsa Yang Terkenal!!

Sebenarnya cantik itu subjektif, akan tetapi seiring dengan perkembangan teknologi dan media sosial, penilaian orang ramai akan kecantikan seperti berkulit putih, kurus, dan berhidung mancung menyebabkan ramai tidak berkeyakinan dengan diri dan murung.

Namun demikian, di Thailand ada seorang gadis yang dapat mematahkan anggapan tersebut dengan kecantikan beliau!

Setiap sesuatu yang kita inginkan sekiranya ada usaha gigih pastinya keinginan kita akan tercapai dan berbaloi dengan apa yang telah diusahakan. Begitu juga wanita yang ingin lebih cantik dan terus berusaha untuk kelihatan lebih cantik.

Gadis dengan bibir tebal, jarak mata yang cukup jauh, dan hidung kembang ini mampu ke dunia model sehingga tahap internasional!

Walau bagaimanapun, setiap kecantikan dan penampilan tidak semestinya dipandang pada luaran saja tetapi mengikut kajian dan juga lumrah alam setiap orang akan lebih tertarik kepada seseorang melalui penampilan ketika kali pertama bertemu.

Disebabkan penampilan seseorang itu menjadi perkara utama ketika pandang pertama, kerana itulah setiap seseorang itu memiliki kencenderungan untuk memperbaiki cara berpakaian dan ingin mencantikkan paras rupa.P

Gadis ini bernama Maeya (19 tahun) dan beliau sebenarnya adalah seorang transgender. Sejak kecil Maeya sering dibuli dan tidak memiliki kawan kerana rupa yang sangat buruk. Maeya memiliki seorang kakak yang juga memiliki paras rupa yang hodoh seperti dirinya.

Namun demikian kakaknya berjaya menggunakan kekurangan tersebut sehingga ia menjadi artis lawak yang cukup ternama. Kakak Maeya pun berharap bahawa adik nya yakin dengan diri sendiri.

Pada mulanya Maeya menolak untuk menjadi artis lawak seperti kakaknya, namun demikian perlahan-lahan beliau mula menyukai profession tersebut. Ramai orang menyukai Maeya dan ramai  orang juga tidak menyukainya.

Meskipun ada banyak haters yang berusaha menjatuhkannya, tapi Maeya tak peduli dan tetap menjadi dirinya sendiri.

Cuba lihat, Maeya yang tampil dengan make up sebenarnya memiliki kecantikan dengan keunikan tersendiri bukan?

Seiring dengan berjalannya waktu, Maeya tampil dengan semakin percaya diri di depan publik.

Maeya yang berkerja sebagai pelakon dan penyanyi ini kerap mengikuti acara ratu kecantikan.

Maeya berkata,”Kita tidak dapat memilih dilahirkan dengan rupa seperti apa, namun kita boleh memilih untuk menjadi orang seperti apa. Asalkan kita mahu, impian kita pasti boleh menjadi nyata!”

Sebenarnya, selain Maeya, masih ada ada gadis lain yang dianggap buruk rupa namun sukses di dunia model internasional, salah satunya adalah Lu,Yan.

Tapi sayangnya.. Sehodoh-hodoh Maeya atau secantik-cantik Maeya, beliau tetap seorang LELAKI!!!!!.

Dari Gadis Gempal Menjadi Ratu Cantik

Dari Gadis Gempal Menjadi Ratu Cantik
Satu transformasi positif menjadi inspirasi. (Gambar: Instagram@officialjoannaj)

Joanna Joseph, gadis biasa yang berusia 19 tahun dari Klang. Seorang pelajar jurusan TESL di MSU, Shah Alam. Satu perkara yang membezakannya dengan gadis lain selain berjaya meraih gelaran Miss Selangor Earth 2016 yang diadakan di SACC Mall, Shah Alam, dia pernah melalui fasa gelap yang semakin jauh ditinggalkan.


Transformasi luar biasa (Gambar: Facebook @Miss Selangor Earth 2016)

Zaman sekolah diibaratkan seperti neraka dunia kerana dia menjadi mangsa buli rakan-rakan hampir setiap hari kerana bertubuh gempal dan hodoh pada pandangan mata mereka. Begitu juga saudara mara yang tidak putus-putus mencemuh.

Empat tahun lamanya dia memendam rasa sehinggalah dia nekad untuk berubah ketika berusia 16 tahun. “Saya mulai sedar dan nekad untuk berubah sepaya tidak terus-terusan menjadi mengsa buli. Hanya bapa dan Justin menjadi tulang belakang dan pemberi motivasi agar saya terus bersemangat untuk berubah,” ujar ‘kipas susah mati’ Justin Bieber ini.

“Siapa kata senang? Tiada apa yang senang dalam dunia. Kita perlu berusaha untuk mendapatkan apa jua yang diingini. Saya korbankan banyak perkara dan mula menukar gaya hidup. Paling manis bila pengorbanan ini mula memperlihatkan perubahan positif.”

Kisah motivasi Joanna dari seorang yang berbadan besar menjadi langsing bahkan seorang model dikongsi laman Facebook Miss Selangor Earth 2016 dan mendapat banyak perkongsian.

Siapa yang tidak ingin menjadi cantik, mempunyai ramai peminat dan sering menjadi tumpuan. Sungguhpun hari ini semua itu telah dirasai Miss Selangor Earth 2016, Joanna Joseph, tetapi perjalanannya untuk berada di tempatnya hari ini bukanlah sesuatu yang mudah. Tiada jalan pintas untuk mencapainya.

“Saya tidak mengambil jalan pintas dengan menyekat selera makan atau mengambil pil kurus. Saya tidak akan mengulangi kesilapan ibu yang mengikat perut dan menelan pelbagai jenis pil kurus semata-mata untuk tampil langsing. Saya tidak akan jadi seperti ibu,” tambahnya lagi.

Rahsianya hanya bersenam di gimnasium, makan makanan sihat dan teruskan usaha walau ada ketikanya tidak hampir putus asa. “Jika saya mampu melakukannya, mengapa tidak anda? Tanamkan azam dan perbaikimind set. Buktikan pada setiap mulut jahat yang mengeji, biarkan mereka jilat balik setiap kata-kata jahat dan kejian yang keluar daripada mulut mereka hari ini.”

Kisah inspirasi ini mendapat ribuan perkongsian. Ada juga yang meminta tip-tip senaman dan makanan yang diamalkan oleh Joanna di ruang komen. “Siapa kata gemuk tidak cantik? Paling penting tampil dengan penuh keyakinan dan pedulikan mulut-mulut jahat yang seolah-olah tiada perkara baik untuk diperkatakan.” Tahniah Double J.

Nah, percayalah cantik itu relatif. Terimalah dirimu apa adanya dan tampillah dengan percaya diri. Kepercayaan diri merupakan sikap yang dapat membuatmu terlihat cantik tanpa perlu keluarkan duit 1sen pun! Yang setuju, setuju?

Sumber: Coco via kecohhabis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here