‘Memang Niat Baik Nak Doakan, Tapi Cara Tu Agak Tak Kena, Ia Mungkin Sensitif’ – Farah Lee

Menjadi ibu tunggal pada usia yang muda bukanlah senang, terdapat pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi dalam membesarkan anak. Bagi Farah Lee, seorang public figure yang dikenali ramai, kehidupannya sentiasa menjadi perhatian netizen. Semenjak berpisah dengan suami, Ally Iskandar, tidak dinafikan ramai yang mendoakan dan mengharap agar cinta mereka kembali bertaut demi anak Maream Esabel.


Di posting terbaru, Farah Lee ada menulis mengenai sikap orang kita yang lebih suka memberi arahan dalam bentuk suruhan. Memetik contoh mengajar anak beratur. Ramai sebenarnya yang tidak sedar mereka menyuruh bukannya mengajar. Dan sedar atau tak, itu mempengaruhi karakter kita. Ramai orang kita reti suruh je, tak ramai yang sudi memahami.

Ramai reti suruh je, tak ramai memahami

Kadang boleh nampak, kita dididik lebih kepada suruh suruh suruh (ex: “Beratur, semua beratur. Ish beratur pun tak pandai ke.?”) instead of do it together (ex: “Ok jom kita beratur, beratur macam ni, kita kena beratur sebab…) — nampak tak beza.? Dan sedar atau tak, itu mempengaruhi karakter kita.

Contohnya, ‘tolongla bersama balik demi anak’

Ramai orang kita reti suruh je, tak ramai yang sudi memahami..Contoh, contoh la kan :.”Tolong la bersama balik demi anak” – ini ayat suruh, which bila dengar kadang rasa nak lempang. You’ll will never know what others had been through and how much effort they already gave/tried. Memang niat mungkin baik nak doakan, tapi cara tu agak tak kena, ia mungkin sensitif bagi sesetengah pihak..

VS.”Suka tengok korang, bersama atau tak, moga yang terbaik untuk kalian” – ini ayat do it together, which bila dengar rasa nak hug ketat2 Haha maknanya mereka ada inisiatif untuk memahami kehidupan orang lain yang berbeda2, ada rationality dan empathy disamping menjaga sensitivity..Jadi itulah dia contohnya. Jadi, jom lah kita jadi parents yang memahami dan ada bersama dalam setiap situasi anak2 compared to just suruh cepat baca kira suruh itu ini je which mereka akan membesar EQ tak fully developed lalu menjadi orang yang suka menyuruh, kurang empathy dan akan dilempang suatu hari nanti. #ommabebel #harapfahammaksudtersirat #disampingbebeltersurat

Komen netizen

InsyAllah, marilah sama-sama kita doakan yang terbaik untuk keluarga mereka. Yang penting Maream Esabel membesar jadi anak yang soleh kan?

Sumber : ig Farah Lee

Kredit : Kisah Dunia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here