Membantu Wanita Untuk Kekal Cantik Dan Sihat Sejak 7000 Tahun Dahulu, Hanya Dengan 1 Bahan Ini Sahaja. KONGSI !

Petua Badan Cantik, Sakit Kaki Hilang, Perut Kempis & Buang Angin Dalam Badan, Hanya Dengan 1 Bahan Ini Sahaja

Petua ini dikongsikan oleh Siti Raudzah,

Dah 3 hari saya amalkan makan 3 biji bawang putih bakar ni setiap pagi sebelum sarapan. Masalah sakit kaki bila bangun tidur yang saya hidapi dah ok sekarang.

Kalau tak sebelum ni nak pijak lantai bila bangun tidur memang sakit. Kena jalan ‘slow slow’ dulu baru ok. Tapi sekarang bangun je.. terus boleh jalan laju.

Petua ni ada sorang kakak bagitahu saya. Dah dekat 1 tahun dia amalkan. Badannya pun saya tengok cantik. perut pun kempis je. Segala angin dalam badan dapat diatasi.
Kebaikannya untuk seluruh badan. Apa yang saya tahu. Bawang putih ni dapat mncegah sel sel kanser.

Kalau nak tahu boleh google apa lagi khasiatnya.

Cara caranya:

1. Ambil 3 ulas bawang putih dan bakar dengan kulit sekali dalam 3 minit dengan api yang kecil.

2. Lepas tu makan terus isinye saja. Makan lah hari hari untuk kesihatan kita.

15 Khasiat Istimewa Bawang Putih Yang Anda Mungkin Tidak Sedari

1. Mencegah dari keracunan makanan

Bawang putih mengandungi ciri-ciri antibakteria, antimikrob dan juga antivirus. Sebagai agen antibakteria yang kuat, ia mampu untuk membunuh bakteria yang merbahaya kepada badan manusia seperti salmonella, staphyloccocus dan e coli. Oleh itu, pengambilan bawang putih dapat mencegah daripada terjadinya keracunan makanan.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa sifat antibakteria yang wujud pada bawang putih telah dikaji dan diakui sendiri oleh saintis terkenal Louis Pasteur pada tahun 1858.

Pada zaman Perang Dunia Pertama dan Kedua, bawang putih telah dijadikan bahan ganti (apabila bekalan penisilin tidak mencukupi) untuk merawat askar-askar yang mengalami kecederaan, di mana ia didapati mampu menyembuhkan luka serta menghalang daripada jangkitan kuman dan gangrene.

2. Mengubat jangkitan kulat pada kulit

Bawang putih merupakan agen antikulat yang dapat melawan jangkitan kulat serta jangkitan yis. Bagi mereka yang mengalami jangkitan kulat seperti ringworm pada kulit, seriawan (thrush) atau athlete’s foot, anda boleh mencuba cara semulajadi untuk mengubati jangkitan tersebut iaitu dengan merendamkan kaki dalam besen yang mengandungi campuran air panas dan beberapa ulas bawang putih yang telah dilenyekkan.

3. Mengubati jerawat

Sifat anti oksida dan antibakteria yang terdapat pada bawang putih dapat membantu menyelesaikan masalah kulit muka yang berjerawat. Ciri antibakteria yang ada pada bawang putih mampu mengecutkan dan menghilangkan jerawat secara perlahan-lahan. Ia juga dapat bertindak untuk mengurangkan parut jerawat.

Kalau ada di antara anda yang tidak puas hati dengan keberkesanan produk yang telah dibeli di pasaran, cubalah manfaatkan kelebihan yang ada pada bawang putih ini. Tumbuk dua atau tiga ulas bawang putih dan sapukan pada bahagian kulit muka yang bermasalah. Kemudian bilas dengan air suam.

Kehadiran komponen allicin yang berasaskan sulfur boleh meredakan keradangan jerawat malah bintik-bintik hitam dan pori-pori juga dapat dikurangkan. Dan kalau anda nak tahu, bawang putih memang sudah lama digunakan dalam tradisi rawatan Ayurveda untuk kecantikan dan kesihatan kulit. Jadi, cuba jangan tak cuba ya dik.

4. Menambahkan tenaga fizikal dan stamina

Anda cepat merasa letih? Selain daripada memakan supplemen yang dibeli dari farmasi, anda boleh juga mengamalkan pengambilan bawang putih secara konsisten kerana ia dipercayai mampu menambahkan tenaga fizikal, daya kekuatan dan stamina seseorang.

Di zaman purba Mesir, golongan hamba abdi dan buruh pada ketika itu yang bekerja keras dalam pembinaan piramid di Mesir telah diberi makan bawang putih, dengan tujuan untuk meningkatkan tenaga fizikal mereka.

Pemakanan bawang putih untuk peningkatan stamina ini telah turut juga diamalkan di kalangan atlet-atlet dan golongan askar dalam tamadun Yunani.

5. Mencegah serta menyembuhkan demam dan juga selsema

Kandungan antioksidan dalam bawang putih dapat merangsang sel-sel darah putih yang membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dan mencegah daripada dijangkiti demam dan selsema.

Kalau dah terkena juga demam dan/atau selsema, tingkatkan pengambilan bawang putih agar anda cepat sembuh. Mintalah orang tersayang buatkan sup ataupun makanan lain yang menggunakan sekurang-kurangnya 2 atau 3 ulas bawang putih.

Saranan yang lebih baik lagi adalah untuk meminum air tapisan bawang putih yang telah direndam dalam air suam untuk beberapa ketika.

Selain dari meningkatkan dos bawang putih dalam pemakanan, anda boleh juga membuat sendiri minyak bawang putih untuk dijadikan ubat sapuan. Caranya mudah sahaja – ambil beberapa ulas bawang putih yang belum dikupas kulitnya. Bakar atas dapur hingga kulit bawang putih itu kelihatan hampir hangus.

Kemudian lenyekkan bawang putih yg sudah dibakar tadi dan masukkan ke dalam sebuah bekas yang mengandungi 3 atau 4 sudu minyak zaitun. Campurkan dengan sebati dan kemudian bolehlah disapukan pada bahagian dada, belakang badan serta tapak kaki.

Minyak homemade ini dikatakan memang mujarab untuk menyembuhkan demam dan selsema, terutamanya bagi kanak-kanak.

6. Mengawal berat badan

Yang ini mesti korang tertarik sangat nak tahu kan. Bawang putih mampu meningkatkan tahap metabolisme badan serta menghentikan penghasilan sel-sel lemak dalam badan. Campuran bawang putih, madu dan cuka juga elok diminum selalu kerana ia sangat berkesan untuk membuang lemak daripada badan. Ha..memang satu berita yang baik.

7. Melindungi jantung dan menurunkan kadar kolesterol serta tekanan darah

Bawang putih dapat mencegah dari serangan jantung dan penyakit atherosclerosis (masalah arteri mengeras). Semakin usia kita meningkat, arteri semakin sukar mengembang.

Menurut hasil kajian, kompoun diallyl trisulfat yang terhasil daripada allicin dapat bertindakbalas dengan sel darah merah untuk menghasilkan gas hidrogen sulfida yang dapat berfungsi untuk memperbesarkan pembuluh darah dan menurunkan tekanan darah di dalam badan, sekaligaus membantu mengekalkan kelancaran sistem kardiovaskular.

Kewujudan allicin yang bersifat sulfur didapati turut dapat memecahkan kolesterol yang boleh menyekat perjalanan darah dan mengurangkan pembentukan plak arteri. Ia mampu merendahkan tahap lipoprotein yang ‘jahat’ seperti LDL dan VDL di dalam darah dan mengekalkan tahap lipoprotein yang ‘baik’ contohnya HDL di dalam darah.

Kajian mendapati bahawa pengambilan hanya satu ulas bawang putih setiap hari berkesan untuk mengurangkan kadar kolesterol dalam badan seseorang sebanyak 10%-15%.

Keistimewaan bawang putih termasuklah juga memiliki ciri-ciri anti-gumpal yang boleh membantu mencegah terbentuknya darah beku dalam pembuluh darah.

8. Mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser

Pengambilan bawang putih yang konsisten setiap hari dapat mengurangkan risiko terkena penyakit kanser, terutamanya kanser perut, kanser kolon dan kanser prostate. Kandungan mineral bawang putih didapati memiliki ciri-ciri anti barah yang dapat menghambat pertumbuhan sel-sel kanser dalam badan.

Selain itu kompoun sulfur dalam allicin didapati bertindak sebagai detoxifier yang mampu membuang bahan-bahan toksin dalam hati dan memelihara sel-sel badan daripada kesan buruk toksin. Terkini, bawang putih juga sudah mula digunakan sebagai sebahagian dari rawatan untuk penyakit barah payudara serta pesakit HIV.

9. Menurunkan tahap gula dalam darah

Bawang putih dapat mengawal jumlah kandungan gula dalam darah dan membantu menyelia tahap insulin dalam tubuh. Pengambilannya boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada langkah berjaga-jaga untuk mencegah penyakit diabetes. Namun, bagi pesakit diabetes yang mengambil insulin dalam rawatan harian, penggunaan bawang putih sebagai remedi sampingan hendaklah mendapatkan kebenaran daripada doktor terlebih dahulu.

10. Meredakan kesakitan gigi

Memang seksa kalau mengalami sakit gigi kan. Apatah lagi kalau kena menunggu dan tahan sakit dulu sebelum dapat berjumpa dengan doktor gigi. Untuk mengurangkan kesakitan gigi yang ditanggung, cubalah petua ini – ambil seulas bawang putih yang telah dikupas kulitnya dan gigit bawang putih mentah itu di bahagian gigi yang sakit. Adalah dipercayai bahawa ciri-ciri antibakteria dan analgesik yang terdapat pada bawang putih dapat membantu mengurangkan sakit gigi anda sementara menunggu untuk mendapatkan rawatan.

11. Mengatasi masalah rambut gugur

Istimewanya komponen bersifat sulfur allicin dalam bawang putih, ia didapati boleh membantu mengatasi masalah rambut gugur, tak kisahlah bagi kaum wanita mahupun kaum lelaki. Kalau anda tercari-cari penyelesaian yang mudah lagi murah untuk diamalkan bagi mengatasi masalah keguguran rambut, apa kata anda cuba amalkan petua ini.

Sebelum tidur, ambil beberapa ulas bawang putih dan lumatkan. Sapu dan gosok-gosokkan pada kulit kepala, terutama pada bahagian di mana rambut banyak gugur. Untuk meningkatkan lagi keberkesanannya, campurkan dengan sedikit minyak kelapa sebelum menyapu. Tapi jangan lupa pula untuk bilas dan syampu rambut keesokan harinya sebelum pergi kerja ya. Nanti kena tegur pula dengan rakan sepejabat sebab berbau bawang, hehehe.

12. Mengurangkan angin dalam badan

Sesetengah orang memang kerap mengalami masalah kemasukan angin dalam badan yang boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kembung perut. Petua untuk melegakan masalah angin juga melibatkan penggunaan bawang putih.

Ambil dan bakar dua ulas bawang putih di atas dapur bersama dengan kulitnya sekali untuk beberapa minit. Setelah nampak garing, buang kulit dan makanlah bawang putih tersebut. Tak sampai setengah jam hasilnya akan dapat dirasai. Anda akan merasa lega dan tidak kembung perut lagi.

13. Membantu mencegah stress, kemurungan dan rasa cemas

Serotonin merupakan suatu bahan kimia yang dihasilkan dalam badan dan ia amat penting dalam pengawalan emosi dan tingkah laku seseorang. Kadar serotonin yang tinggi di dalam otak manusia akan memberi kesan-kesan kestabilan emosi seperti perasaan tenang, mudah tidur dan dapat mengatasi perasaan murung.

Penyelidikan kumpulan saintis dari Perancis telah mendapati bahawa vitamin B-6 yang terkandung di dalam bawang putih dapat membantu meningkatkan dan melancarkan penghasilan dan pelepasan serotonin dalam badan.

14. Meningkatkan kemampuan seksual.

Berfungsi sebagai suatu afrodisiak, bawang putih berupaya untuk meningkatkan tahap libido dan daya tahan seksual kaum lelaki.

Mereka yang mengalami masalah ereksi (erectile dysfunction) digalakkan untuk mengambil bawang putih secara konsisten dan teratur kerana bawang putih dapat merangsang pengeluaran enzim dan pengedaran darah ke alat kelamin.

Berbanding dengan ubat-ubatan yang mengandungi bahan kimia, khasiat semulajadi bawang putih dalam memperbaiki hubungan seksual sangat wajar dimanfaatkan kerana ianya selamat tanpa perlu kita risau tentang kewujudan kesan sampingan yang negatif.

Wow, hebat kan. Pasangan suami-isteri di luar sana bolehlah buat eksperimen tentang manfaat bawang putih yang satu ini. Mana tahu kebahagiaan di bilik tidur mungkin bertambah berlipat ganda!

15. Merawat jangkitan ketuat

Kutil atau ketuat boleh timbul di permukaan kulit disebabkan oleh jangkitan virus human papillomavirus (HPV) pada kulit manusia, di mana protein keras pada lapisan epidermis tumbuh dengan cepat. Bawang putih adalah penawar semulajadi yang mujarab untuk menghilangkan ketuat.

Caranya ambil satu atau dua ulas bawang putih, potong dan gosokkan ke bahagian kulit yang terkena ketuat, kemudian balut dengan kain pembalut. Lakukan secara konsisten sehingga ketuat hilang. Sifat sulfur pada bawang putih mampu untuk mengikis lapisan keras tersebut untuk menjadikan kulit kembali normal.

Kesimpulan

Nah, lengkap sudah senarai 15 khasiat istimewa yang terkandung di dalam bawang putih. Bawang putih memang boleh diibaratkan sebagai gudang nutrien yang begitu kaya dengan pelbagai kelebihan semulajadi. Kini kita memiliki kesedaran yang lebih tinggi tentang manfaat bawang putih untuk kesihatan keluarga tercinta.

Memang mengkagumkan. Maka tidak hairanlah masyarakat barat telah menggelarkan bawang putih sebagai “superfood”, malah telah menamakan 19 April sebagai Hari Bawang Putih sedunia untuk meraikan kehebatan tumbuhan istimewa ini!

Seperti juga herba semulajadi yang lain, cara pengambilan bawang putih yang terbaik adalah dengan memakannya secara mentah. Di Korea, sudah menjadi kebiasaan bagi orang-orang tua di sana memakan bawang putih secara mentah setiap hari untuk tujuan kesihatan.

Mungkin sesetengah orang berasa payah untuk menelan bawang putih yang belum dimasak disebabkan oleh baunya yang kurang menyenangkan. Sebenarnya senang saja untuk menghilangkan bau bawang putih, caranya adalah dengan meminum air lemon ataupun mengunyah daun pudina.

Namun adalah penting untuk memastikan pengambilan bawang putih tidak berlebihan. Pengambilan dua ke empat ulas setiap hari sudah memadai. Jangan overdose pula kerana dibimbangi pengambilan yang berlebihan boleh mendatangkan kemudaratan.

Jadi bersederhanalah dalam memanfaatkan khasiat bawang putih, pasti anda akan dapat menikmati kesannya yang optimum.

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat.

SUMBER: MAMALINK

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here