Mengejutkan! Cuba Tengok Apa Yang Isteri Tauke Nie Buat Lepas Tu,Lawak Betullah…

Tauke Jambu antara pelawak tanah air yang di kenali ramai. Mula bergabung dengan arwah Pak Yus, Tauke mula mendapat perhatian ramai sehinggakan namanya masih kekal dalam dunia lawak sehinggakan hari ini.

Selain daripada di kenali sebagai seorang rakan yang baik dan juga mesra dengan orang ramai, siapa sangka yang Tauke ini juga seorang suami yang agak sweet apabila melayan isteri di rumah. Isterinya iaitu Nadiya di lihat sangat gembira sejak mendampingi hidup Tauke.

Dalam satu rakaman video, Tauke di katakan telah cuba untuk membuat satu magic ketika berada di dapur rumahnya. Dalam video itu juga di lihat isterinya sedang sibuk untuk melakukan kerja sendirian. Tauke pula sibuk merakam aksinya dengan membuat magic buat para followersnya.

Setelah magic di buat dalam masa beberapa saat,si isteri pun datang kepada Tauke dan mengetuk kepala suaminya sekuat hati sehinggakan bunyinya sangat kuat.Terkejut penonton melihat kepala Tauke di ketuk begitu.

Namun begitu, ia adalah satu gurauan sahaja antara Tauke dan juga isterinya. Walaupun begitu, Tauke dan isteri selalu di doakan peminat agar rumah tangga mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Tauke dan isterinya di katakan bernikah pada Disember tahun 2017 yang lalu dengan sambutan majlis yang agak meriah.

Ini antara komen dari penonton yang melihat video itu:

“Kesian tauker kne ketok dgn periyok, tu bru periyok blom lgi dgn penutup periyok…”

“Ye pon jgn le maen kepala..”

“Jilake aku ingat toke main bola @taukejambu2 dragon ball boleh terapung kihkih sekali kna bedal ats kpala terus kantoi”

“Mcm lme pendam gaye ketuk tu..hahahahah.. @taukejambu2”

“Hahahahhah jahanammm”

“Saya terpaksa tinggal-tinggalkan” – Baru Sahaja Melangsungkan Perkahwinan, Akhirnya Tauke Jambu Ceritakan Perkara Sebenar Keadaan Rumah Tangganya Yang Mengejutkan Netizen…

Selepas lima tahun menduda, pelawak Tauke (Jambu) akhirnya sah bergelar suami kepada Nadia Mohd Effendi dengan sekali lafaz pada pagi Sabtu.

Majlis pernikahan pasangan itu diadakan De’ Laman Event Space, di sini pada pukul 11.55 pagi.

Tauke atau nama sebenar Zamratul Amri Zakaria, 40, dinikahkan oleh Imam dan jurunikah Masjid Al I’itisam, TTDI Jaya, Mohd Fairus Shuaib yang mewakili bapa pengantin perempuan Mohd Effendi Mamat.

Image result for Tauke jambu dan isteri

Tauke selamat bergelar suami dengan sekali lafaz.

Ini merupakan perkahwinan kali keempat bagi pelawak berkenaan dan mempunyai enam orang anak hasil daripada tiga perkahwinan terdahulu.

Majlis itu juga menyaksikan Tauke menyerahkan RM300 sebagai mas kahwin manakala wang hantaran sebanyak RM30,000.

Pengantin perempuan turut menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas lima dulang oleh pihak lelaki.

Image result for Tauke jambu dan isteri

Pengantin perempuan, Nadia Mohd Effendi.

Majlis tersebut dihadiri oleh kira-kira 100 orang tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga, sahabat handai dan rakan media.

Sementara itu, pasangan berkenaan ketika ditemui meluahkan rasa syukur apabila majlis pernikahan yang dirancang berjalan lancar serta berdoa agar perkahwinan kali ini kekal sepanjang hayat.

Image result for Tauke jambu dan isteri

Tauke dan Nadia, 28, mengikat tali pertunangan pada Disember 2015.

Pasangan ini akan diraikan dalam majlis resepsi yang berlangsung pada malam Sabtu di lokasi yang sama.

Sejak kembali bergelar suami pada 9 Disember lalu, pelawak dan pelakon popular Tauke, 41, mengakui dia kurang meluangkan masa bersama isteri, Nadia Mohd Affendi, 28, berikutan jadual kerja yang terlalu padat.

Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria berkata, selepas majlis resepsi mereka, jadual kerjanya penuh dan dia mahu menghabiskan kerjanya terlebih dulu sebelum pergi berbulan madu.

Image result for Tauke jambu dan isteri

“Kami belum pasti lagi mahu ke mana kerana semuanya masih dalam perbincangan. Namun, saya merancang membawa isteri bercuti ke pulau dalam negara saja,” katanya.

Ditanya mengapa memilih pulau berbanding lokasi peranginan lain, Tauke berkata, mereka suka melakukan aktiviti selam scuba.

Katanya, percutian itu hanya dapat direalisasikan selepas selesai penggambaran sitkom Mamu Mami Gosip dan program komedi Lawak Solo Duo Trio.

Image result for Tauke jambu dan isteri

Dalam pada itu, dia juga lega kerana selepas berkahwin, tidak ada apa lagi yang perlu disorokkannya.

Jika sebelum ini Tauke sangat berahsia tatkala berbicara soal cinta dan kekasih, kini segalanya lebih terbuka untuk peminat dan media.

“Bezanya apabila sudah berkahwin, tidak berasa segan untuk keluar bersama dan tak perlu sorok lagi! Cuma selepas resepsi lalu, kami belum sempat berbulan madu.

Image result for Tauke jambu dan isteri

“Saya juga minta maaf kepada tetamu yang hadir ke resepsi lalu atas kekurangan majlis itu. Difahamkan ada yang tidak dapat tempat duduk kerana tetamu terlalu ramai,” katanya.

Tauke akui kehadiran isteri banyak mematangkannya dan lebih melegakan, kedudukan kewangannya juga lebih stabil.

“Saya memang ada perkahwinan impian dan bersyukur segala yang diinginkan tercapai pada perkahwinan kali ini. Sebelum ini mungkin tidak berkemampuan. Paling penting hubungan suami isteri diharap kekal hingga akhir hayat,” katanya yang sudah tiga kali berumah tangga.

Image result for Tauke jambu dan isteri

Melalui perkahwinan lalu, pelawak itu dikurniakan enam anak berusia antara lapan sehingga 16 tahun.

Ambil watak kawan praktikkan dalam Mamu Mami Gosip

Bercerita mengenai sitkom Mamu Mami Gosip, pelakon Hantu Bungkus Ikat Tepi ini berkata, ia pengalaman pertama berlakon sitkom.

Tauke memegang watak Salim A’A, seorang penganggur yang suka melaram tetapi mulut kecoh dan suka buat huru-hara selain menyebarkan gosip.

Image result for Tauke jambu dan isteri

Pada masa sama, dia juga suka mengganggu anak gadis tetapi sangat menyukai Juwita, lakonan Elisya Sandha.

“Dari segi luaran, tiada beza tetapi wataknya saya ambil daripada seorang kawan yang memang ada perangai begitu. Kawan saya itu tahu mengenai hal ini dan dia pun tak kisah. Dia juga datang ke set penggambaran untuk menjadi penonton,” katanya ketawa.

Sebelum ini dia lebih banyak terbabit dalam persembahan berbentuk sketsa pendek dan lawak pentas yang tidak terlalu bergantung kepada skrip, selain filem dan telefilem.

Image result for Tauke jambu dan isteri

Tauke lebih suka skrip yang hanya memberi guide (bimbingan) dan hala tuju yang kemudiannya akan dipelbagaikan mengikut kreativiti.

Bagaimanapun, dia faham untuk sitkom itu tidak semua pelakon terbabit adalah pelawak dan mereka ini perlukan bimbingan dan skrip.

“Cuma, andai pelakon itu boleh ‘bermain’, saya akan ‘bermain’ dengannya tetapi jika mereka terpaksa ikut skrip, saya akan tambah sikit cara saya dan beri ‘input’ untuk memudahkannya.

“Kelainan watak ini, ia betul-betul berdasarkan watak, cara cakap dan kelakarnya. Lawak Jambu ialah Jambu tetapi lawak watak Salim adalah berdasarkan wataknya,” katanya.

Image result for Tauke jambu dan isteri

Disebabkan mahu memberi sepenuh komitmen pada sitkom sebanyak 50 episod itu, Tauke terpaksa menolak tawaran persembahan pada hujung minggu.

Penggambaran sitkom terbitan FS Creative Sdn Bhd itu mengambil masa 20 hari dan selesai pada 8 Januari lalu.

Ia dijangka ditayangkan pada April ini.

Sumber : kisahdunia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here