Moga ada pengakhiran yang baik – Sufian Suhaimi

KUALA LUMPUR: Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai hubungan selebriti Elfira Loy dan Sufian Suhaimi dikatakan sedang berdepan dengan dugaan. Tambahan lagi, Elfira turut mengakui fasa pertunangan yang ditempuhinya ketika ini sarat dengan cabaran.

Namun, menerusi BH Online Sufian menafikan dakwaan kononnya hubungannya bersama Elfira Loy sedang retak menanti belah. Dia juga berkata apa yang berlaku ini adalah normal dan merupakan asam garam di dalam fasa pertunangan.

Penyanyi, Sufian Suhaimi, tidak menolak kemungkinan ada campur tangan orang ketiga dalam isu berkaitan pertunangannya dengan pelakon, Elfira Loy, 24.

Bagaimanapun, artis yang popular dengan lagu Terakhir itu enggan mengulas lanjut mengenai perkara terbabit, sebaliknya menegaskan perkahwinan bukankah sesuatu yang boleh dibuat main-main.

“Sangat rumit untuk saya perkatakan mengenai perkara ini kerana ia bukan hanya berkaitan saya dan El (Elfira), tetapi turut membabitkan kedua-dua belah keluarga.

Jarang berjumpa

Bagaimanapun Sufian mengakui  sedang berdepan dengan masalah komunikasi dengan pelakon wanita itu disebabkan masing-masing jarang bertemu.

Hubungan kami baik-baik saja. Cuma saya akui kami memang jarang bertemu disebabkan sibuk dengan komitmen kerja, selain mengikut pesanan orang tua supaya tidak kerap berjumpa.

Apabila lama tak jumpa, barulah perasaan rindu makin menebal. Walaupun sibuk, masing-masing tetap berhubung menerusi telefon.

“Mungkin (ada campur tangan orang ketiga)… Perkahwinan sesuatu yang besar dan tak boleh dibuat main-main. Sebab itu kami menghormati pandangan semua orang dalam keluarga,” katanya ketika ditemui pada sidang media Anugerah Meletop Era 2018, di sini, hari ini.

Isu status pertunangan Sufian, 26, dan Elfira menjadi perhatian apabila masing-masing jarang memuat naik gambar bersama di laman sosial, tidak seperti ketika kedua-duanya berada di alam percintaan.

Keadaan itu tentu saja membuatkan peminat kedua-duanya tertanya-tanya mengenai perancangan perkahwinan mereka yang dijangka pada Mac depan.

Mengharapkan ikatan pertunangan yang terjalin sejak Oktober tahun lalu itu berakhir dengan baik buat kedua-dua pihak, Sufian menyifatkan kesibukan tugas menyebabkan hubungan mereka agak terbatas.

“Seperti pasangan lain, pasti ada dugaan dalam pertunangan. Begitu jugalah dengan kami. Doakan yang baik-baik untuk kami, mudah-mudahan ada pengakhiran yang baik.

“Apabila isu ini timbul, saya tidaklah berasa tertekan sebab saya mendapat sokongan penuh daripada keluarga. Apa saja yang saya buat, mereka tidak menghalang,” katanya.

Sufian juga berkata, di sebalik apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan ia membantu menjadikan dirinya lebih matang.

“Kami berharap ia dapat berakhir dengan baik kerana hanya kami yang tahu apa sebenarnya berlaku. Jadi, janganlah membuat kesimpulan tanpa mengetahui apa yang kami lalui,” katanya.

Tarikh perkahwinan belum diputuskan

Selain itu, Sufian memberitahu mengenai tarikh perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada Mac depan seperti dirancang. Namun perkara itu belum diputuskan lagi.

Keputusan mengenai majlis perkahwinan bukan terletak di tangan kami berdua, tetapi turut membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak.

Kami tidak boleh mementingkan diri sendiri semata-mata. Apapun, kami akan berkahwin pada tahun ini juga.

Jangan cepat menghukum

Terdahulu, menerusi satu temu bual Elfira bersama media, pertunangannya dengan Sufian memang berdepan dugaan. Dugaan itu bukannya datang daripada mereka, sebaliknya orang sekeliling.

Saya akui, pelbagai dugaan ditempuhi sepanjang tempoh bertunang, tetapi saya tidak berani untuk menyatakan apakah ia ujian terbesar dalam hidup. Hal berkaitan perkahwinan bukan perkara remeh kerana ia membabitkan banyak pihak.

Saya tidak mahu kenyataan saya ini menimbulkan sebarang spekulasi. Bukan tidak mahu berkongsi mengenai persiapan perkahwinan dan sebagainya, tetapi saya memang tidak suka bercerita perkara yang belum pasti

Apa yang dikongsi hari ini bukan untuk memberi nasihat, sebaliknya sekadar pandangan untuk mengubah stigma masyarakat. Ada di antara mereka di luar sana begitu gemar menghukum tanpa mengetahui hujung pangkal sesuatu cerita.

Letakkan diri kita dalam situasi individu itu sebelum memberikan tanggapan negatif. Semestinya kita juga tidak suka orang menghakimi tanpa hujung pangkal

Sumber: BH Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here