MOLEK BERHIJAB, HELIZA DAN JOY REVFA JADI TARIKAN MESKIPUN MEMPUNYAI STATUS YANG BERBEZA

Gelaran ‘ibu tunggal’ dan ‘gadis perawan’ bukanlah menjadi masalah utama untuk melebarkan sayap sebagai seorang yang terkenal.

Sebaliknya, menjadikan ia sebagai satu semangat untuk terus berjaya dalam hidup dan bersahabat baik untuk mengeratkan silaturrahim sebagai saudara Islam.

Baru-baru ini Siti Arifah Mohd Amin atau dikenali sebagai Joy Revfa telah memuat beberapa keping gambar bersama seorang bekas peserta Akademi Fantasi musim ke-5, Nur Heliza Hilmi, yang merupakan sahabat baiknya.

Joy seorang usahawan produk kosmetik MERVE telah bersahabat baik dengan Heliza sebelum Heliza bergelar artis lagi.

Kesibukan masa dan jadual yang padat antara Joy dan Heliza menyebabkan mereka kekangan masa untuk keluar bersama.

Namun, mereka bijak mengambil inisiatif untuk mencari masa lapang dan keluar makan bersama.

Kecantikan dua orang wanita berhijab ini telah menarik perhatian netizen meskipun mempunyai status yang berbeza (Heliza seorang gadis perawan, manakala Joy seorang ibu tunggal).

Molek berhijab, dua-dua cantik.

Tampil dengan sifat keperibadian sebagai seorang Muslimah sejati, mereka ini mempunyai banyak persamaan dalam bidang fesyen untuk bertukar-tukar idea dalam pemilihan fesyen selari dengan imej yang menutup aurat.

Hari Jumaat mcm ni sejuk tengok mereka berdua, kan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here