‘Motif Nak Bagi Laluan’- Nazim Othman Bengang Dengan VIP


Terbaru, menerusi Instagram Stories, pelakon dan model terkenal, Nazim Othman telah memuat naik video mempersoalkan kewajaran dan sama ada perlu bagi pengguna jalan raya memberikan ruang kepada konvoi individu kenamaan atau ‘VIP’. Nazim menulis kapsyen;

“Motif wajib bagi laluan kat engkau?”

Menerusi video pendek itu, Nazim yang sedang memandu di jalan raya dalam terowong SMART tiba-tiba didatangi beberapa pengiring Polis yang menaiki SUV telah mengarahkan pemilik kenderaan yang melalui jalan tersebut memberi laluan kepada sebuah kereta yang membawa individu kenamaan.

Tidak wajib bagi laluan

Memang ada benarnya apa yang diluahkan oleh Nazim Othman ini. Memetik sumber artikel daripada Paultan.org , pakar undang-undang Datuk Jahaberdeen Mohamad Yunos, menyatakan bahawa tindakan memberikan ruang kepada konvoi individu kenamaan atau ‘VIP’ itu adalah tidak perlu.

Ujarnya, ini adalah kerana tidak ada undang-undang memperuntukkan supaya perlu memberikan laluan kepada konvoi VIP apabila di jalan raya. Namun katanya ia perlu jika diteliti berdasarkan situasi yang tertentu.

Adakah amalan enggan memberi laluan memperlihatkan satu pandangan yang tidak baik? Apa pandangan anda?

Sumber: Hangat

Sumber : gengsembang.com

Menang Loteri RM5,200,000 Tetapi Lelaki Thailand Ini Tembak Kepalanya Sendiri Sehingga Mati


Pada November tahun lalu, seorang lelaki warga Thailand bernama Jirawut Pongphan telah membeli tujuh keping tiket loteri dengan nombor yang sama dengan harapan agar memenangi ganjaran wang sebanyak enam kali ganda.Menurut laporan Sin Chew, Jirawut yang berusia 42 tahun ini telah mendapat tuah besar apabila nombor loterinya memenangi ganjaran sebanyak RM5,200,000!

Money Crashers

Gembira dengan kemenangan besar ini, Jirawut telah menjemput seluruh ahli keluarga dan sahabat rapat untuk meraikannya. Namun, pada keesokan hari sebaik sahaja Jirawut bangun dari tidur, dia mendapati tiket loterinya sudah hilang.

Sing Tao Daily melaporkan kehilangan tersebut mengakibatkan Jirawut menjadi murung, tertekan dan sedih yang melampau. Malah, dia turut enggan pergi bekerja sejak kejadian tersebut.

Medical News Today

Setelah kira-kira dua bulan mengalami kemurungan, Jirawut akhirnya memutuskan untuk mengakhiri riwayat hidupnya dengan menembak kepalanya sendiri.

On Cc News

Pada 31 Januari, pihak polis telah menemui mayat Jirawut di dalam biliknya dengan sepucuk pistol dan sehelai nota yang tertulis:

“Saya minta maaf, tolong jangan buli keluarga saya, saya benar-benar menang hadiah loteri itu.”

China Press

Pengakhiran hidup yang cukup memilukan. Inilah yang terjadi apabila manusia terlalu berharap pada sesuatu tanpa berfikir secara rasional serta mempercayai kuasa takdir Tuhan.

Jika ia bukan rezeki kita, ia tetap tidak akan menjadi milik kita. Kesenangan itu tidak akan datang bergolek, kita sendiri yang harus berusaha sehabis baik untuk memperolehnya.

Sumber: SAYS

Kredit : era baru

Sumber : sembangberisi.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here