‘Nak Burukkan Orang Agak-Agak Lah’- Didakwa Antara 300 Artis Berhutang Dengan Ah Long, Ini Respon Raja Afiq

Minggu lepas panas di sosial media apabila 300 artis didakwa berhutang dengan ah long. Identiti artis masih belum diketahui orang ramai kerana perkara itu sangat sensitif. Seeloknya perkara itu diselesaikan secara tertutup tanpa pengetahuan orang ramai.

Terbaru, sebuah blog di Facebook telah mengeluarkan artikel bertajuk ‘Pelakon Yang Dulunya Popular Ini, Antara 300 Orang Artis Yang Berhutang & Diburu Ah Long! Yang Seorang Tu, Memang Tak Sangka Dia Pun Hutang Ah Long!’. Cover photo artikel juga menggunakan muka seorang pelakon drama popular, Raja Afiq. Berang dengan perkara itu, baca respon dari pelakon itu.

‘Tiba-tiba cakap hutang ah long bagai..’

Sebuah blog di Facebook telah mengeluarkan artikel seperti diatas dan menggunakan muka Raja Afiq dan Zed Zaidi sebagai cover photo artikel. Walaupun penulis menggunakan kotak hitam untuk menutup identiti ‘pelakon’ yang dimaksudkan, tetapi kami pasti sekali pandang je dah tahu siapa ‘pelakon’ itu.

Tidak puas hati dengan perkara tersebut, ini respon Raja Afiq di Instagram.

Assalammualaikum semua terima kasih pada yg keluar kan benda mcm ni. agak2 lah aku guna duit sendiri untuk bayar semua benda. tiba-tiba cakap hutang ahlong bagai letak gambar mcm tu kat depan apahal nak laku kan cerita jgn lah buat mcm tu. nak buruk kan org agak2 lah jgn sampai aku buat tindakan kat org yg keluar kan benda mcm ni.

‘Siapa la yang pedajal nak lariskan berita..’

Sumber : ohbulan.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here