Netizen Dedah Tabiat Buruk Datuk Aliff Syukri Yang Suka Mencuri…? Ini Rupanya Yang Beliau Buat Sampai Digelar Pencuri!

Umum mengetahui sikap usahawan Datuk Seri Aliff Syukri yang dikatakan gemar ‘show off’ pelbagai barangan dan koleksi peribadinya. Namun baginya, itu adalah taktik pemasarannya semata-mata

Netizen Anggap Aliff Syukri Keterlaluan

Boleh dikatakan hampir setiap aset yang dimiliki akan dipamerkan di Instagram miliknya sehingga membuatkan netizen menganggap sikapnya itu seperti keterlaluan sehingga boleh menjatuhkan orang lain.

Malah pernah suatu ketika menerusi video yang dimuat naiknya, isteri Aliff, Datin Seri Shahida turut menegur sikapnya yang suka menunjuk.

Suka Curi Gambar?

Dalam perkembangan lain, Hangat.com mendapati netizen-netizen menegur Aliff di beberapa gambar Instagramnya yang didakwa telah mencuri gambar-gambar individu lain untuk tujuan promosi dirinya tanpa memberi sebarang ‘kredit’ mahupun keizinan empunya gambar tersebut.

Gambar Buku Simpanan ASB yang hampir sama dimuatnaik oleh Aliff Syukri

Malah gambar blogger masakan terkenal, Cik Mat Gebu turut menjadi mangsa. Pada hemat kami, jika benarlah mahu gunakan untuk tujuan promosi dan sebagainya, keizinan haruslah diperoleh terlebih dahulu. Jika tidak, kes seperti ini hanya menjatuhkan nama baik dirinya sahaja. Setuju atau tidak? – hangat

Datok Terlajak Laris Yang Dikatakan Suka ‘Show Off’ Kekayaannya

Jutawan produk kecantikan itu baru-baru ini memuat naik sebuah gambar berserta kapsyen menyatakan dia memerlukan kereta lebih besar.

Alah, macam tak biasa pula dengan perangai Datuk yang gemar berkongsi luahan hati dan kegembiraannya di laman sosial.

Pun begitu, berbondong-bondong jugalah netizen melemparkan komen dan kritikan negatif di ruangan komennya.

“Van jenazah luas dato. Bolehlah buat persediaan untuk dato sekali,” komen netizen.

Aliff bagaimanapun tak mudah melatah dan enggan melayan kerenah haters yang gemar ‘menyakatnya’ dengan gurauan kasar.

“Moga dipermudahkan sakaratulmaut”. Amboi, komen kasar nampak? Berpada-padalah nak memberi komen. Jangan terlalu mengikut perasaan, okey?

Namun, tak semua komen diabaikan Aliff. Ada juga komen yang dibalas selagi ianya boleh diterima.

Aliff pun manusia biasa macam kita juga, mempunyai hati dan perasaan. Walaupun dia kata tak kisah, terguris juga hatinya itu. Tengoklah sendiri apa respon dia di Instagram (IG) miliknya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here