‘Orang Lain Ditangkap, Netizen Pula Meroyan’ – Terkilan Farid Ditahan? Ini Respon Doktor Buat Semua

Selepas pelbagai spekulasi yang timbul, akhirnya pihak makahmah membenarkan Farid Kamil dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak 12k. Ramai netizen yang gembira dengan perkhabaran itu dan sebak dengan status terbaru adiknya, Fadzil Zahari.

Artikel Berkaitan : ‘Lidi Kalau Sebatang Senang Nak Patahkan..’ – Dengar Nasihat Ibu, Netizen Puji Fadzil Zahari

Namun, menerusi satu post seorang doktor di Facebook, dia meluahkan rasa kurang senang dengan sikap netizen mengenai isu ini. Dia turut pertahankan hak Diana sebagai isteri apabila ramai mengecam tindakan Diana yang seolah-olah menyembunyikan diri selepas suaminya ditahan polis.

Macam netizen tinggal sebumbung dengannya

Salah guna dadah perlu diambil serius

Tidak patut dilepaskan tanpa tindakan

Kenapa pertikaikan Diana tak melawat Farid?

Tidak setuju netizen mengutuk seorang isteri

Semoga Farid menjadi aktor yang lebih positif

Saya sengaja ambil masa melihat-lihat kes penahanan Datuk Farid Kamil yang viral kebelakangan ini… Alang-alang terbaca ada baiknya saya mencari pengajaran di sebalik apa yang berlaku.

Membaca kisah #FaridKamil dan isterinya, Datin Diana Danielle adalah satu perkara biasa. Tetapi membaca komen-komen yang ditulis oleh netizen, ini adalah satu perkara yang menyesakkan dada saya. Pelbagai jenis komen yang diberi, mana satu yang betul mana satu yang salah, semuanya bercampur-baur. Itu belum cerita bahasa kesat, maki-hamun, sumpah-seranah atau tuduh-menuduh. Orang lain yang ditangkap, netizen pula yang meroyan?

Paling teruk apabila Farid dikatakan berkata #DianaDanielle tak beri jumpa anak, tak datang ziarah di tahanan dan sebagainya. Fuuuuuuhhhh, netizen komen macam tahu segala-gala yang berlaku antara Diana dan Farid, macam netizen tinggal sebumbung dengan mereka. Kata Diana tak sayang Faridlah, kata Farid panas baranlah, itulah, inilah.

No offense, kalau betul netizen memang tahu, tak apalah. Kalau tak tahu, pun tak apalah. Hak masing-masing nak komen, dosa pun dosa masing-masing kalau tak betul (jatuh fitnah), ye tak?

Dalam kes Farid ini, ada dua poin yang saya nak utarakan;

1) Kes salahguna dadah adalah kes berat.

Saya tak faham apabila guna dadah sebab depresi, dikira tak apa. Hari tu ada kes lelaki cuba merogol perempuan di tandas stesen petrol (di Machang, kalau tak silap), kes itu dikira ‘tak apa’ sebab lelaki itu ada masalah mental. Ada pula kes bunuh diri disebabkan depresi atau masalah mental, juga masyarakat kita kata ‘tak apa’ bunuh diri sebab dia depresi, bla bla bla. Mentaliti ‘tak apa’ inilah yang bermasalah.

Walau apa pun sebab dan alasan, salahguna dadah ini perlu diambil serius dan dikenakan hukuman yang bersesuaian. Sekurang-kurangnya tahan sampai settle.

Walau apa pun kejadian atau kesan, depresi atau sakit mental TIDAK boleh jadi alasan untuk lepaskan diri, tak dikenakan hukuman. Kalau betul depressed atau ada masalah mental sehingga menyebabkan salah guna dadah atau kejadian lain, ‘hukuman’ yang patut diberikan adalah wajib menerima rawatan di hospital atau pakar, sampai pulih. Bukan dibiarkan bebas.

Walaupun dia Datuk, walaupun dia artis terkenal, walaupun dia raja sekalipun, darjat, kekayaan, pangkat dan status TIDAK sepatutnya dijadikan kayu ukur untuk kata dia patut dilepaskan tanpa apa-apa tindakan. Kita rakyat bertamadun, takkan nak lepas orang buat salah sebegitu secara mudah-mudah? Sepatutnya, sebab dia tokohlah kita kenakan tindakan sebab dia menjadi ikutan dan idola masyarakat terutamanya generasi muda. Takut nanti orang muda mengikut dia.

2) Siapa tak sayang siapa?

Ramai orang dok sindir Diana sudah tak sayang suaminya, Farid. Atau ada masalah rumahtangga, bla bla bla, seumpamanya.

Kalau kita fikir sedalam-dalamnya, siapa tak sayang siapa?

Sebagai lelaki berstatus suami dan bapa, Farid Kamil yang patut dipersalahkan sebab terlibat dalam dadah. Kalau betul sayang isteri, anak-anak dan keluarga, kenapa makan benda haram? Aduhhhhh…

Satu kali ambil benda haram tu, benda tu ada dalam badan. Risikonya si isteri apabila bersetubuh dan sebagainya, isteri mengandung akan membawa risiko kepada bayi pula. Anak-anak yang sedia ada pun berisiko apabila melibatkan sentuhan dan sebagainya. Sepatutnya kita pertikai kenapa Farid terlibat salahguna benda haram tu, bukan pertikai kenapa isteri tak ziarah suami di tahanan, sebab seorang wanita dalam keadaan tersebut pasti mengalami masalah emosi dan sebagainya.

Dalam keadaan sebegini, ada baiknya anak-anak diberikan privasi seketika, supaya Diana boleh bertenang, dan supaya Farid pun boleh bertenang.

Saya bukan sokong tindakan Diana, tetapi saya tak setuju tindakan netizen mengutuk seorang isteri tanpa tahu asal-usul cerita, saya tak setuju tindakan sebahagian besar netizen yang tidak melihat kes ini dari perpektif ‘suami sebagai ketua keluarga’ yang sepatutnya melindungi keluarga, bukan merosakkan keluarga dengan tindakan luar kawalan.

Akhir kata, saya menyeru supaya kita menyerahkan kes ini kepada pihak berwajib. Biar polis buat kerja, biar orang mahkamah buat kerja. Tak salah media nak melaporkan, sebab mereka berdua adalah artis dan selebriti. Tetapi KITA sebagai netizen, tak payahlah dok busy-body sangat macam kita tahu segalanya, lebih-lebih kalau komen kita bunyi macam orang tak pernah sekolah. Ada ke patut back-up orang yang salahguna dadah?

Saya mendoakan Datuk Farid Kamil diberikan keadilan yang terbaik (secara benar, bukan bias), dan kes ini merubah Farid menjadi seorang aktor yang lebih positif, soleh dan memberi manfaat kepada masyarakat. Berhentilah jadi pelakon lelaki yang sentuh wanita bukan mahram dan sebagainya. Aameen.

Dr Syahr Musafir
17/01/2018
Sengaja saya ambil foto mereka nikah, sebab saya mencari foto Diana bertudung – salah satu cara nak selesaikan masalah rumahtangga adalah melihat gambar pernikahan kita. Rasa sejuknya tengok muka orang kahwin, sebab momen nikah adalah momen kebahagiaan, positiviti dan pengharapan untuk mengecap kebahagiaan dalam kehidupan. Ia adalah refleksi tentang TANGGUNGJAWAB sebagai suami, isteri, bapa dan ibu, untuk semua orang.

Sumber : Syahr Musafir via ohbulan.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here