Papagomo Hentam Coach Yin, Dikatakan Punca Orang Ramai Pandang Serong Kaki Gimnasium!

Selepas menerima surat terbuka daripada JAKIM, akhirnya Nur Sajat telah pun bertemu empat mata dengan Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Izwan Yusof petang semalam. Menurut Sajat beliau kini merasa lega kerana segalanya berjalan dengan lancar. Sajat turut hadir bersama ibu bapa dan peguam peribadinya.

Alhamdulillah saya baru selesai terima ziarah daripada Jakim. Apa yang boleh saya katakan, perjumpaan tadi berlangsung dengan lancar dan aman. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa mengambil berat mengenai saya sehingga viral.

Malah, Dr Izwan menerusi akaun Facebooknya juga menjelaskan bahawa pihak JAKIM sudah menemui jalan penyelesaian terhadap segala perkara yang dikaitkan dengan Sajat selama ini. Walaubagaimanapun, Sajat dan Dr Izwan tidak mendedahkan butiran lanjut hasil pertemuan mereka semalam.

Kami pasti ramai yang tertanya tentang status jantina sebenar Sajat dan apakah “jalan penyelesaian” yang sudah ditemui oleh pihak JAKIM berkaitan isu tersebut. Rasanya tidak salah untuk mereka berkongsi hal itu agar orang ramai tidak terus keliru dan mencetuskan pelbagai lagi spekulasi liar.

Sir Azri, atau lebih dikenali sebagai Papagomo telah memuat naik satu rakaman video menghentam Coach Yin, teman lelaki Sajat kerana menyebabkan golongan lelaki yang mengangkat berat di gimnasium dipandang serong oleh masyakarat.

Papagomo berkata:

Berkenaan dengan teman lelaki Sajat. Kau ni pun satu. Pasal engkau orang yang main besi dikategorikan sebagai ‘geng kunyit’.

Papagomo juga mempersoalkan Coach Yin membawa Sajat berjumpa ibunya dan membuat pengumuman mereka berdua bakal berkahwin memandangkan dia dan Sajat sama jantina:

Orang Malaysia ni baik tau. Kalau kat Acheh dah kena bakar korang ni.

Papagomo menambah, golongan yang ‘main besi’ meluat dengan Coach Yin kerana ‘bercinta’ dengan seorang lelaki.

Papagomo juga meminta Sajat agar berhenti memalukan wanita dengan mengaku sebagai wanita dan menceritakan pengalaman-pengalaman seperti mengandung dan datang haid. Ia dianggap memperbodohkan wanita, justeru Papagomo berkata Sajat harus memohon maaf kepada kaum wanita.


Sebelum ini, Papagomo telah membua laporan kepada Menteri di Jabatan Agama, Datuk Seru Jamil Khir, mengenai Sajat, yang membawa kepada pertemuan pihak JAKIM dengan Sajat hari ini.

Papagomo mendakwa merasa hairan mengapa Sajat dibiarkan berleluasa mengakui dirinya wanita tanpa ada sebarang campurtangan dari pihak JAKIM.

Sumber : beautifulnara.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here