“Pasal Hutang Shahir, Tanya Dia Sendiri Dan Bukan Saya” – Kata Erra Fazira Dengan Tegas..

Sebelum ini seorang Wanita Dakwa Shahir AF Penipu, Lari Dari Bayar Hutang

Sejak membuat kemunculan semula dalam industri hiburan tempatan, nama Shahir AF tidak berhenti dikaitkan dengan kontroversi. Selepas panas dengan isu bersama pramugari bernama Mona, kini nama Shahir sekali lagi menjadi viral apabila seorang wanita dengan nama Raudhatul Ain Rosli tampil membuat dakwaan beliau ditipu oleh Shahir.

Menerusi akaun Facebooknya, Ain yang merasa berang mendedahkan Shahir seorang penipu kerana tidak membayar hutangnya walaupun sudah diminta berulang kali.

 

Ain turut menyertakan bukti perbualan WhatsApp beliau bersama Shahir dimana beliau menghubungi penyanyi tersebut untuk meminta wangnya. Shahir meminta Ain memberikan beliau sedikit masa untuk melangsaikan hutangnya tetapi Shahir akhirnya memungkiri janjinya.

Buat masa ini, Ain akan tetap menuntut wangnya dan hanya akan membuat permohon maaf secara terbuka sekiranya Shahir sudah habis membayar hutang tersebut.

 

Kami tidak mengetahui apakah perkara sebenar yang berlaku disebalik kes hutang ini dan berapa jumlah yang Shahir pinjam daripada Ain. Namun, ia sudah berlarutan selama bertahun lamanya dan mungkin juga ini cara terakhir untuk Ain mendapatkan wangnya semula? Apa-apa pun, harapnya Shahir dapat tampil memberikan penjelasan berhubung isu ini.

“Kalau inginkan penjelasan mengenai isu hutang Shahir, tolong tanya sendiri dengannya.”

Ha, itulah dia yang diucapkan oleh Erra Fazira bila pihak media bertanya isu berbangkit mengenai Shahir.

Maklumlah keduanya kan dikatakan rapat. Shahir sebelum ini menjadi sebutan dan bualan ramai bila dikatakan lari daripada membayar hutang.

Pun begitu, sehingga kini penyanyi itu masih berdiam diri.

Malah, sebelum itu dirinya terpalit dengan kontroversi melibatkan seorang wanita bernama Mona Syamimi.

Memetik Harian Metro, Erra mengakui dia dan Shahir masih berkawan namun tidak pula mencampuri urusan peribadinya termasuklah hutang.

“Hal ini bukan masalah saya, seharusnya pihak media tidak bertanya mengenainya kepada saya. Tanyalah sendiri dengan Shahir,” katanya tegas.

Wow, memang sepatutnya Erra bertindak tegas kerana takut juga jika ada kenyataannya yang diputar belit nanti kan. – Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here