“PELUK, DUKUNG, TIDUR SEKATIL, BOLEH TAK AMBIK PELAKON TAK BERTUDUNG JE?” – WANITA PERSOAL PELAKON BERHIJAB TETAPI TIDAK JAGA IMEJ

Banyak slot drama menghiasi kaca televisyen tempatan yang menjadi fenomena sehingga populariti pelakon-pelakon utama mereka turut melonjak naik. Namun tidak dinafikan terdapat ramai pelakon wanita yang telah berhijab, tetapi adakah mereka menjaga sepenuhnya batas-batas ketika berlakon?

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter telah memuat naik status luahan perasaan beliau mengenai pelakon yang berhijab tetapi masih melakukan babak-babak yang tidak bersesuaian dengan imej mereka.

Menurut Ainul Nunanaa, sekiranya pelakon yang berhijab melakonkan babak di atas katil, sudah tentu akan menimbulkan persoalan daripada individu yang berbeza agama kerana memikirkan betapa sukarnya menjadi seorang Islam sehingga tidur juga perlu menutup aurat.

Status itu telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana babak mengenakan tudung suami-isteri ketika tidur dan solekan adalah tidur masuk akal sama sekali.

Kesian diaorang

Tidur pun ‘make-up’

Namun ada juga yang memberikan pendapat bahawa mungkin pelakon-pelakon itu belum sepenuhnya menurut aurat dan perkara tersebut boleh secara tidak langsung boleh mengundang fitnah.

Tutup aurat dengan ikhlas

Perempuan mana boleh berlakon

Sumber : Ainul Nunanaa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here