Mangsa Dedah Kisahnya dan Video Farid Kamil Tidak Berbaju Sebelum Kejadian?

Peminat Teruja Jumpa Farid Kamil Di Balai Polis. Mangsa Dedah Kisahnya dan Video Farid Kamil Tidak Berbaju Sebelum Kejadian

Mangsa Dedah Kisahnya dan Video Farid Kamil Tidak Berbaju Sebelum Kejadian?

PELAKON dan pengarah Farid Kamil yang ditahan kerana menampar anggota polis dan menendang orang awam hari ini dikatakan mencabar pihak berkuasa untuk menahannya berikutan tindakan tersebut, dakwa seorang saksi yang menyaksikan kejadian itu.

Saksi berkenaan mendakwa mendakwa Datuk Farid Kamil, 37 melakukan provokasi terhadap anggota polis selepas insiden dia dikatakan melempang seorang pegawai polis trafik dan menendang orang awam di Balai Polis Kota Damansara hari ini lapor Malay Mail.
KEJADIAN BERLAKU SEKELIP MATA SECARA TIBA TIBA
“Ianya (berlaku) sangat cepat, pegawai itu sedang menerima aduannya, dia (Farid) menggoyangkan telefon miliknya…” Kata saksi berkenaan seperti yang dipetik oleh portal itu.

Malay Mail sebelum ini melaporkan bahawa pelakon berkenaan ada menunjukkan kepada polis tersebut mesej bertulis “300 artis pinjam wang dari ah long, kerana kurang tawaran kerja,” namun tidak dapat dipastikan apa punca dia bertindak demikian, dan apakah motifnya.

Menurut saksi, dia dan orang lain di tempat kejadian terkejut dengan tindak balas pelakon itu, sambil menambah seorang orang awam turut ditendang beberapa kali dalam kejadian itu.

“Beberapa pegawai polis, malah orang awam di balai polis itu terpaksa bertindak untuk menghalangnya,” katanya yang menceritakan kelakuan pelakon itu yang memberontak dan agresif.
MENCABAR PIHAK POLIS?
“Malah dia mencabar pegawai-pegawai di balai itu untuk menangkapnya ketika kami cuba untuk menahannya,” kata saksi tersebut yang meminta agar namanya tidak disiarkan.

Seorang lagi saksi orang awam juga tidak mahu dikenali berkata keseluruhan kejadian berlaku tanpa provokasi.
PEMINAT KECEWA
Individu itu yang mengaku sebagai peminat Farid Kamil berkata dia pada awalnya berasa terkejut dan gembira kerana mengenali pelakon itu.

“Saya sedang menunggu giliran untuk berurusan dengan pegawai polis, ketika dia tiba-tiba meradang. Selepas menyedari dia bertindak agresif kepada pegawai polis, malah kepada orang awam, saya masuk campur untuk membantu menahannya,”

“Ia berlaku sangat pantas dan tidak dijangka, ketika itu pegawai polis hanya bertanya butiran tentang aduannya…” kata saksi tersebut.

Katanya dia terkejut dengan kejadian itu.

Pihak polis telah mengesahkan kedua-dua kejadian dan tangkapan berkenaan, sambil menambah pelakon dan pengarah itu akan disiasat dibawah Seksyen 90 akta polis, kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis dan tindakan merusuh.

Laporan Polis Mangsa ..
Menurut mangsa, beliau berjumpa dengan Farid Kamil dalam keadaan tidak berbaju di dalam hujan dan dia cuba untuk menahan kereta. Mangsa berhentikan kereta dan diberitahu Farid Kamil terlibat dalam kemalangan.

ADAKAH INI FARID KAMIL? VIDEO INI DIRAKAM OLEH SALAH SEORANG NETIZEN MENGATAKAN LELAKI TIDAK BERBAJU INI ADALAH FARID KAMIL

Disebabkan tidak berbaju dan Farid Kamil memberitahu dia sejuk, mangsa membawa Farid ke Restoren Bonda untuk meminjam sehelai baju.

Mereka terus menuju ke balai polis berdekatan. Kelakuan Farid Kamil mula menunjukkan sedikit pelik sebab dia memegang stereng kereta ketika bergerak dan mengambil gambar secara tiba tiba.

Di balai polis, mangsa memberitahu secara tiba tiba Farid Kamil melempang dia kemudian Farid melempang anggota polis berdekatan. Mangsa juga ditendang di bahagian kemaluan. Terdapat beberapa orang saksi dan ketika itu juga Farid Kamil ditahan terus oleh pihak polis.
* Gambar Dari OhMedia
Apa respond isteri Farid Kamil, Diana Danielle?

“BERI kami ruang untuk menyelesaikan perkara ini dulu. Saya tidak akan beri sebarang komen buat masa sekarang. Terima Kasih,” kata pelakon, Datin Diana Danielle, 26, berhubung berita penahanan suaminya, Datuk Farid Kamil petang tadi.

Sementara itu, ibu kepada Diana, Norsiah Ramli berkata, dia juga tidak tahu menahu mengenai berita penahanan menantunya itu.

“Saya terkejut mengenai berita ini. Saya baru dapat tahu selepas dimaklumkan rakan media.

“Jadi saya tidak tahu dan tidak boleh nak komen lanjut. Ada baiknya hubungi keluarga Farid sendiri,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Farid Kamil ditahan selepas dipercayai menampar seorang anggota polis di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din dilaporkan suspek berusia 37 tahun itu menampar anggota polis yang bertugas di kaunter Balai Trafik Kota Damansara.

“Selain menampar polis dia turut menendang dua orang awam di dalam balai berkenaan.

“Siasatan awal mendapati suspek datang ke balai bersama seorang rakan untuk membuat laporan polis kes kemalangan jalan raya, namun apabila anggota trafik bertanya laporan yang ingin dibuat, suspek kemudian menunjukkan whatsapp 300 artis hutang ah long.

“Dia kemudian tiba-tiba menampar anggota polis dan menendang dua orang awam di lokasi kejadian tanpa provokasi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Sumber: HMETRO Via Gedebak Viral

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here