Pengarah Akademi Disiasat Cuba Mandi Dengan Pemain

CRYSTAL Palace menggantung Pengarah Akademi, Gary Issott kerana dituduh berkelakuan tidak senonoh.

Kelab menjalankan siasatan terhadap dakwaan Issot yang cuba mandi bersama beberapa pemain Bawah 18 Tahun di tempat lawan awal musim ini.

Difahamkan hanya satu bilik mandi sahaja yang terletak di tempat lawan itu.

 

Butiran terperinci telah diserahkan kepada ketua keselamatan kelab, Marcus Puddephatt dan dipanjangkan kepada ahli lembaga Crystal Palace.

Tidak ada dakwaan mengenai Issot melakukan sebarang sentuhan fizikal terhadap pemain.

Penggantungan Issot telah dimaklumkan kepada Persatuan Bola Sepak England (FA) awal bulan ini selepas staf kelab mendengar perbualan dua pemain akademi berkaitan insiden tersebut.

mstar

“Sakitnya Hanya Allah Saja Tahu”- Cerita Ezzaty Abdullah Selepas Pembedahan Bengkak Susu

Pelakon Ezzaty Abdullah sudah dibenarkan pulang selepas lima hari  pembedahan dan menjalani rawatan bengkak susu.

Ezzaty Abdullah menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya bersyukur kerana keadaannya kini sudah semakin pulih.

Pelakon itu memberitahu pelbagai dugaan dan cabaran ditempuhi semasa rawatan itu dijalankan.

Menurutnya kesakitan yang ditanggung tidak terperi dan hanya Allah serta orang yang pernah melaluinya sahaja yang tahu.

Bagaimanapun dia bersyukur kerana suaminya, Azwan Kombos sentiasa ada membantu dan menemaninya sepanjang tempoh tersebut.

Ezzaty turut berterima kasih kepada keluarga dan semua yang telah mendoakan kesihatannya.

Foto: Instagram Ezzaty Abdullah

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here