POSTED O

Ratapi Pemergian Jonghyun, Peminat Malaysia Berkumpul Beri Penghormatan Terakhir

Nampaknya dunia masih lagi meratapi pemergian penyanyi kesayangan mereka, Jonghyun yang mati pada 18 Disember lalu. Jong-hyun disahkan meninggal dunia di hospital akibat keracunan karbon monoksida dipercayai kesan menghidu asap arang yang menyala.

Rakyat Malaysia turut tidak melepaskan peluang apabila dianggarkan kira-kira 100 peminat berkumpul di tepi Sungai Klang dekat Masjid Jamek, Kuala Lumpur malam tadi untuk memperingati pemergian penyanyi kesayangan mereka itu.

KUALA LUMPUR,21/12/2017. K-pop fans attend the vigil to mourn the death of Jonghyun of SHINee at Dataran Merdeka in Kuala Lumpur on December 21, 2017. Picture by Firdaus Latif

Bawa belon dan lilin


Peminat yang kebanyakan dari kawasan Lembah Klang tidak kira bangsa dilihat meratapi sambil memberi penghormatan terakhir ke atas selebriti Korea yang mati akibat meragut nyawa sendiri. Rata-rata yang berkumpul dilihat membawa bersama lilin dan juga belon sebagai tanda simbolik pemergian penyanyi kumpulan Shinee itu.

Ternyata, suasana ketika itu amat memilukan apabila kebanyakkan peminat menitiskan air mata kerana terpaksa melepaskan pemergian Jonghyun yang mengejutkan ini. Mereka turut mengibar sepanduk serta gambar mendiang Jonghyun ketika upacara memperingati itu berlangsung. Mereka juga meletakkan bunga pada potret Jonghyun dan berharap agar mendiang tenang disana.

Lagi gambar pada majlis penghormatan terakhir Jonghyun

Sumber: Malaysiakini

TEMPATAN 

Tahniah! Pengakuan Jujur Ikhlas Mirah Filza Buat Zizan Tersenyum Panjang..Semoga Kekal Bahagia !

RASANYA teknik pura-pura mesra di laman sosial untuk menaikkan ratingdrama lakonan ni sudah boleh dihentikan kut. Ya lah, bila dilihat terlalu mesra sehingga ada yang bergosip, tahu pula rimas.<

Gosip percintaan di antara Mira Filzah dan Zizan Razak telah lama berlarutan apabila masing-masing sering memuat naik gambar mesra bersama.
Walaupun begitu, mereka berdua tidak pernah menjelaskan hubungan sebenar mereka dan terus membuat peminat berteka-teki.

Namun, oleh kerana enggan memberi harapan palsu kepada peminat yang mendoakan, Mira tegas memberitahu cintanya bukanlah kepada Zizan.

“Maaf, cinta saya pada waktu ini bukan pada Zizan, bukan juga pada lelaki lain. Tak mungkin saya bercinta pada waktu ini kerana saya lebih selesa solo. Lagipun, saya tidak mempunyai waktu yang banyak untuk bercinta.

“Masa saya banyak dihabiskan dengan bekerja semata-mata. Selebihnya bersama keluarga tersayang,” katanya, lapor sebuah akhbar mingguan.

Terdahulu, heboh hubungan pasangan ini diperkatakan ramai malah rata-rata peminat juga sangat suka melihat kelibat mereka bersama.

sumber: myblog

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here