‘Sajat, Kalau Ko Pondan Kami Tak Marah’ – Selepas Berikan Respon Panas Tentang Kes Farid Kamil, Kini Sharnaaz Ahmad Beri Respon Isu Kontroversi Sajat Pula!

USAHAWAN kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman bersyukur pertemuan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) petang tadi berlangsung dengan baik.

Sajat ketika dihubungi berkata, pertemuan dengan Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Izwan Yusof, itu berlangsung di wisma miliknya di Shah Alam, jam 3 petang tadi.

Katanya, proses yang berlangsung hampir sejam itu berjalan dengan baik selepas pihak Jakim mendapat pencerahan dan segala persoalan yang ditimbulkan.

“Alhamdulillah saya baru selesai terima ziarah daripada Jakim. Apa yang boleh saya katakan, perjumpaan tadi berlangsung dengan lancar dan aman.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa mengambil berat mengenai saya sehingga viral,” katanya kepada Harian Metro.

Kata Sajat, dia bersetuju untuk bertemu Jakim selepas mereka menghubungi untuk bertemu.

“Sebagai seorang yang rasional, mengapa perlu saya tolak,” katanya.

Dalam pertemuan itu, Sajat turut membawa ibu bapanya dan peguam peribadi.

Sajat turut meluahkan rasa terkilannya terhadap sesetengah pengguna laman sosial yang suka mengeluarkan kata-kata kesat dan kurang sopan setiap kali memberi komen di laman peribadi miliknya.

“Saya tidak kisah jika mereka menegur saya dengan cara yang baik tetapi ada sesetengah mereka terang-terangan menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya.

“Jakim sendiri menghubungi saya dan bercakap dengan cara baik tetapi mengapa mereka yang kononnya ustaz dan ustazah di media sosial hingga mencaci maki,” katanya. .

Semalam Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Izwan Yusof menerusi ‘mesej terbuka’ di laman sosial Facebook menyuarakan hasratnya untuk bertemu dengan Sajat.

Menerusi ‘mesej terbuka’ itu, Izwan yang juga pakar dalam menangani isu berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Jakim berhajat untuk bertemu Sajat, memandangkan isu yang timbul kebelakangan ini berkaitan dirinya turut menimbulkan banyak persoalan di kalangan masyarakat.

Pada masa sama, Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha menerusi twitter miliknya turut menyatakan persetujuan berhubung hasrat Jakim untuk mengadakan pertemuan bersama ahli perniagaan dan selebriti terkenal itu.

Baru-baru ini viral di media sosial perbualan seorang lelaki bersama Dato’ Jamil Khir, mengadu mengenai jutawan kosmetik Nur Sajat yang didakwanya seorang lelaki. Lelaki berkenaan bertanyakan kepada Dato’ Jamil Khir mengapa tiada sebarang tindakan diambil sedangkan isu ini menjadi bualan hangat netizen.

Berikutan itu, pihak Jakim memberikan respon bersedia berjumpa dengan Sajat dan membincangkan isu kontroversi ini. Bertindak tidak berdiam diri, Sajat juga memberikan maklum balas bersedia memberi kerjasama dengan pihak yang terlibat. Ramai yang memberikan pelbagai respon mengenai isu yang dibangkitkan ini, menurut mereka jika benar Sajat seorang lelaki tindakan sewajarnya harus diambil.

Pelakon sensasi, Sharnaaz Ahmad di twitter turut membuka mulut berhubung isu ini.

Menerusi twitter, Sharnaaz Ahmad meluahkan pendapatnya mengenai isu yang menjadi bualan hangat iaitu Sajat. Menurut Sharnaaz, tiada masalah jika Sajat memberitahu status jantinanya yang sebenar. Tiada siapa marah cuma berhentilah bermain-main dengan netizen. Mereka cuma mahu Sajat digam dari TV dan media sosial sahaja. Tidak mahulah buat tak tahu je takut tidak boleh jawab di akhirat kelak.

Ramai yang bersetuju dengan pendapat yang diluahkan Sharnaaz itu, kata mereka bimbang lebih ramai ‘golongan lembut’ muncul secara terang terangan di khalayak dan menjadikan perkara ini normal. Ish seram pula bila fikir kan? Jangan nanti sudah tak dapat beza mana pondan dan mana perempuan tulen.

Sumber : Sharnaaz Ahmad via kisahdunia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here