“Saya Memang Tak Putih Macam Orang Putih Tapi..”-Gambar Pemberian Kereta Viral, Isteri Shuib Dilabel Gelap! Ini Penjelasan Siti Sarah..

Apa perasaan korang kalau dilabel kulit gelap atau hitam oleh orang sekeliling? Mesti sedih kan? Tiada manusia yang suka dicaci dan dihina termasuklah artis.

Itu yang terjadi kepada Siti Sarah apabila gambar pemberian kereta kepada ibu mertuanya viral, tetapi apa yang dipertikaikan di sini oleh netizen adalah kulitnya yang terlihat gelap. Aik ke situ pulak..

Netizen menuduh Siti Sarah terlampau mengedit gambar yang dimuat naik di media sosial apabila membezakan kulit di kereta itu yang kelihatan gelap dari gambar-gambar yang lain.

Siti Sarah memberi respon yang agak kecewa dengan tomahan yang diberi. Justeru itu, dia memuat naik sekeping gambarnya yang dulu agak gelap berbanding sekarang berserta kapsyen.

 

Sarah tidak menyangkal dengan kenyataan bahawa dia sering menangkap gamabr di kawasan yang terang. Malah Sarah mendedahkan bahawa Shuib sebenarnya buta warna dan dia tidak tahu warna apa yang dilihatnya.

Biasalah jika ingin selfie atau wefie kita pasti akan cari bahagian yang terang untuk bagi gambar on point kan? Lagi-lagi perempuan yang makeup tu..kalau dah tempat yang gelap mesti kulit kita pun gelap. Tak gitu? Hentikan kecaman, dah 2018 ni..

Sumber: Media Hiburan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here