“SAYA TAK MALU KERJA PEMETIK KOBIS GAJI RM11K”, LELAKI DEDAH REALITI JADI BURUH KASAR DI KOREA

 

Pengangguran yang melampau membuatkan orang ramai terutamanya golongan belia memilih untuk berhijrah ke negara lain bagi mencari rezeki.

Jika dahulu kecoh pekerjaan petik epal di Australia, kini viral pula mengenai peluang pekerjaan di Korea yang menjanjikan pendapatan lumayan.

Seorang lelaki, Adib Zizan dalam laman Facebooknya ada berkongsi pengalamannya berkerja sebagai pemetik kobis di Korea dengan gaji hampir 4 juta won bersamaan RM11,000 Ringgit Malaysia.

Adib dalam video berkenaan memberitahu bahawa dia tidak malu berkerja sebagai pemetik kobis, bahkan sempat menunjukkan bukti salah seorang rakannya yang mampu membeli iPhone 8 dengan wang hasil perkerjaan berkenaan.

Rata-rata memuji kesungguhan lelaki terbabit, bahkan ada juga yang menasihati supaya tidak terpengaruh dengan pekerjaan ‘gaji mewah’ di luar negara bimbang ditipu agen.

Sumber Facebook Adib Zizan / mediamassa.press

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here