“SAYANG SEBAB ABAH BANYAK DUIT!” – ALIFF SYUKRI SENTAP DENGAN JAWAPAN ANAK

Aliff Syukri: “Baem, kenapa Baem sayang abah?”

Baem: “Sebab abah ada banyak duit!”

Alamak, sentap jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman kerana anaknya, Baem Adham menyayanginya kerana ahli perniagaan itu ‘terlajak’ kaya.

Semalam, Aliff memuat naik video perbualannya bersama Ibraheem Adham atau Baem yang menyebabkan dia terasa hati dengan jawapan anaknya itu.

Kerana terlalu berkecil hati, Aliff terus memotong jawapan Baem dan menyifatkannya ‘jahat’ kerana hanya memandang kemewahannya sahaja.

“Kau sayang aku sebab aku banyak duit lah ya? Kalau aku miskin, kau tak sayang akulah ya?

“Kau pergi berambuslah macam tu!” katanya kepada Baem hingga membuat kanak-kanak itu menangis.

Aliff kemudian menceritakan kejadian itu kepada isterinya, Nur Shahida Mohd Rashid yang tenang sahaja mendengarnya sambil tertawa melihat gelagat dua beranak terbabit.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen yang terhibur dengan aksi bapa dan anak itu selain menyifatkan Aliff seorang yang gemar menyakat anaknya.

Sendiri terjerat dengan soalan pada anak

Dalam masa sama, segelintir netizen merasakan tidak adil Aliff berbuat demikian kepada anaknya yang masih kecil. Malah, mereka turut mengecam tindakannya menggunakan bahasa kasar ketika ‘menghalau’ kanak-kanak itu.

“Kesian budak tu, kecil lagi. Patutnya Dato cakap elok-elok, buan main lepas saja,”
 komen netizen.


Foto: IG Aliff Syukri

Alah, macam tak biasa dengan ‘mulut’ Aliff yang sememangnya gemar ‘cakap lepas’. Mungkin memang begitu caranya bergurau dengan anak-anak. Apa yang penting, semoga Baem membesar menjadi anak yang baik dan soleh ya! – CARI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here