Sebak, Pilu! Air Mata Suami Mengalir Disaat Mengucup Jenazah Isteri Dipertemukan Kali Terakhir..

POSTED ON

Sebak, Pilu! Air Mata Suami Mengalir Disaat Mengucup Jenazah Isteri Dipertemukan Kali Terakhir..

 

AIR mata seorang suami mengalir disaat mengucup jenazah isterinya ketika dipertemukan untuk kali terakhir di Jabatan Forensik Hospital Melaka (JFHM), Melaka Tengah, hari ini.

Mohd Nazri Kamaruddin, 34, yang patah kedua-dua tangan dan kaki dalam kemalangan yang mengorbankan isterinya itu diberi kesempatan untuk menatap jenazah Allahyarham Siti Sarah Azahari, 34, sebelum dikebumikan.

 

Malah, pekarangan JFHM diselubungi suasana pilu selepas ahli keluarga dan waris arwah yang tidak dapat menahan sebak bergenang air mata melihat Mohd Nazri, yang terbaring di atas katil mengucup Siti Sarah yang diletakkan di sebelahnya.

Dalam kemalangan di Kilometer 197.9 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran susur keluar Plaza Tol Ayer Keroh pada 7 malam semalam Siti Sarah dan pemandu treler P Vedantham, 56, maut di lokasi kejadian.

Anak lelaki Siti Sarah, berusia enam tahun yang parah di kepala kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Melaka manakala seorang lagi berusia empat tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

 

Terdahulu, jenazah Siti Sarah yang selesai dibedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah pada 2 petang terus dibawa ke JFHM untuk dipertemukan dengan suaminya buat kali terakhir.

Seterusnya jenazah ibu kepada dua anak itu dibawa pulang ke rumah keluarganya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Asam Kumbang, Bemban, Jasin.

Ibu Allahyarham Siti Sarah, Esah Osman, 58, berkata, kali terakhir dia berjumpa Siti Sarah pada cuti perayaan Deepavali lalu, namun anak ketiga daripada enam adik-beradik itu langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Katanya, dia hanya mengetahui kemalangan meragut nyawa anaknya itu pada 11 malam semalam, selepas adik ipar Siti Sarah datang ke rumahnya memaklumkan perkara itu.

 

“Ketika diberitahu berita duka itu saya dan suami sukar untuk percaya kerana semuanya berlaku secara mengejut. Lima tahun lalu anak kedua kami pergi buat selamanya sekarang anak ketiga pula. Anak kedua meninggal dunia ketika usianya 34 tahun begitu juga dengan Siti Sarah.

“Mungkin saya tak sedar perubahan arwah, tetapi ketika dia mahu pulang ke rumahnya selepas cuti, saya berasa seperti hendak menciumnya yang teramat,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah.

Menurutnya, Siti Sarah yang berkhidmat sebagai guru dianggap sebagai seorang anak yang pemurah serta tidak lokek berikutan kerap memberikan wang kepadanya dan suami setiap kali pulang ke kampung.

 

“Tak sangka cuti Deepavali lalu pertemuan terakhir kami, sebelum ini arwah ada beritahu cuti sekolah akan datang dia tak dapat pulang ke kampung kerana perlu jadi pengawas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri Superintendan Mohd Sham Abdullah berkata, siasatan lanjut berhubung kemalangan maut itu sedang dilakukan membabitkan pelbagai aspek.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila Honda Jazz dinaiki empat beranak yang dalam perjalanan dari arah Johor ke Kuala Lumpur tidak sempat mengelak treler yang terbabas ke laluannya.

“Siasatan mendapati treler datang dari arah Kuala Lumpur ke Johor dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan dan memasuki laluan bertentangan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

.

‘Saya Tak Redha Dengan Cara Ustaz Nilai Iqram’- Isu Iqram Dinzly Guna ‘Che Mat’, Johan Arrif Ajak Ustaz Bersemuka

Beberapa hari lepas Iqram Dinzly sekali lagi mencetuskan fenomena dikalangan pengikut industri hiburan tempatan apabila pelakon itu menggunakan istilah “Che Mat” sebagai kata ganti nama untuk baginda Rasulullah S.A.W. Tindakan itu telah mendapat teguran daripada Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary.

Walaubagaimanapun, Iqram telah memohon maaf secara terbuka dan menekankan bahawa dia tidak sedar dengan percakapannya pada ketika itu. Selepas itu, semalam giliran rakan baiknya Johan Arrif pula mempertahankan Iqram Dinzly. Malah, Johan ajak Ustaz Abu Syafiq untuk bersemuka.

‘Saya terkilan akan penyampaian ustaz..’

“Kata-kata keras Ustaz tersebut telah mendapat puluhan ribu tontonan di youtube yang saya sebagai umat nabi Muhammad S.A.W. berasa amat bersedih hati dengan cara ustaz tersebut berfikir. Mufti sendiri beritahu penggunaan istilah “che mat” yang digelar kan kepada baginda Rasulullah S.A.W. adalah satu “dosa besar” malah cara penyampaian mufti cukup lembut dan bersahaja. saya percaya abang saya @iqramdinzly jelas akan ketidaksengajaan beliau tersasul kata pada siaran langsung melodi di Tv3 tempoh hari dan telah memohon maaf. Saya terkilan akan penyampaian ustaz keras terbabit dan saya mohon ustaz terbabit siapakah gerangan nya marilah bertemu saya dan kita bersilaturrahim. Bukan apa ustaz, saya dah ziarah Iqram, dan saya kenal Iqram Dinzly. Wallahualam… 🌹🌹🙏”

Kata-kata keras Ustaz tersebut telah mendapat puluhan ribu tontonan di youtube yang saya sebagai umat nabi Muhammad S.A.W. berasa amat bersedih hati dengan cara ustaz tersebut berfikir. Mufti sendiri beritahu penggunaan istilah “che mat” yang digelar kan kepada baginda Rasulullah S.A.W. adalah satu “dosa besar” malah cara penyampaian mufti cukup lembut dan bersahaja. saya percaya abang saya @iqramdinzly jelas akan ketidaksengajaan beliau tersasul kata pada siaran langsung melodi di Tv3 tempoh hari dan telah memohon maaf. Saya terkilan akan penyampaian ustaz keras terbabit dan saya mohon ustaz terbabit siapakah gerangan nya marilah bertemu saya dan kita bersilaturrahim. Bukan apa ustaz, saya dah ziarah Iqram, dan saya kenal Iqram Dinzly. Wallahualam…

‘Tengok gaya belajar agama tapi..’

 

Bila dalam TV kadang-kadang ada terlepas kata..’

Sumber: Instagram Johan Arrif

kredit: ohbulan

.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here