“SEJAK ARWAH TAK ADA SAYA SUSAH LELAPKAN MATA,JIWA SAYA KOSONG”-LUAHAN SAYU ZUL ARIFFIN JALANI HIDUP TANPA IBU DI SISI BUAT NETIZEN SEBAK…

PELAKON Zul Ariffin kehilangan ibunya, Robiah Nasir yang meninggal dunia akibat serangan jantung, kira-kira jam 4 pagi.

Berita itu disahkan kelab peminatnya, Zul Ariffin FC di laman Instagramnya sebelum ini.

Status dimuat naik berbunyi:

“Kami akan sentiasa mengingati Allahyarham sebagai insan yang sangat positif, bertenaga dan menyokong. Sama-sama berdoa dan moga Allahyarham berada di tempat yang baik.”

Difahamkan, Robiah menghembuskan nafas terakhir di kediaman kakak Zul di Damansara, Petaling Jaya.

Jenazah Allahyarham dikebumikan selepas solat Zuhur.

Melalui perkongsian wakil Zul Ariffin FC, pelakon utama filem Tombiruo : Penunggu Rimba itu sangat menyayangi ibunya.

Selain itu, foto Zul bersama arwah ibunya yang dimuat naik, turut dihujani ucapan takziah.

Ramai yang tahu aktor popular iaitu Zul Ariffin telah kehilangan ibu tercinta ketika usianya masuk umur 66 tahun. Zul yang ketika itu tidak berada di sisi ibunya ketika menghebuskan nafas terakhir nyata terkilan kerana tidak melihat dan bertemu sang ibu buat kali yang terakhir. Ketika itu,arwah ibunya berada di rumahnya kakaknya.

 

Ketika hayat sang ibu masih ada, Zul di lihat selalu keluar dengan ibunya dan sering membawa ibu ke mana-mana majlis rasmi. Memang tidak dapat di nafikan Zul Arifin sangat rapat dengan arwah ibunya.

 

Menjalani hari-hari tanpa ibu di sisi telah memberi kesan yang cukup mendalam buat Zul Arifin. Menurutnya, dia rasa sangat terkilan kerana tidak dapat membawa ibunya menunaikan umrah dan bercuti ke Dubai seperti yang di rancang bersama ibunya sebelum ini. Malah Zul juga menyatakan, dia sering tidak boleh tidur malam kerana terbayangkan wajah arwah.

 

Zul juga merasakan pemergian ibu tersayang telah membuatkan hatinya merasa kosong dan hidupnya tidak keruan. Namun dia sempat memujuk diri kerana paling kurang sebelum ibunya pergi,Zul ada meluangkan masa yang sangat lama dengan ibunya.

“Sian abang zul..hanya yang lalui sahaja boleh memahami…jgn jadi cm Iqram sudah..ambik masa juga utk kurgkan raqsa sedih tu”

“siapa tak syg mak..nak2 rapat cm zul..ada 100000 kekasih ko boleh cari ganti..xde sorg ibu xde ganti lagi weh “

“stay strong zul….banyak luangkan masa utk baca quran dan hang out dgn kawan2…insyaAllah kurg rs sedih tu..rindu yaang tak terubat mmg mcm ni la jadinya”

Sumber : kisahdunia.com

 

 

SAYA PAKAI SEMUA INI BUKAN MINTA DUIT ORANG PUN – ALIFF SYUKRI LUAH RASA KECEWA DITUDUH TERLALU RIAK

Apa sahaja yang dilakukan oleh jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri pasti akan mendapat perhatian ramai. Aliff memang seorang yang suka berkongsi pelbagai perkara tentang kehidupan serta aktiviti sehariannya di media sosial.

Beberapa hari lalu, beliau ada memuat naik foto sepasang selipar jenama mewah Louis Vuitton yang digunakan beliau untuk pergi ke pasar malam. Foto tersebut  dikecam oleh netizen yang mendakwa Aliff masih lagi ingin terlalu riak dan menunjuk segala kemewahan yang beliau ada.

Mungkin sudah tidak dapat menahan rasa sakit hati kerana sering dikritik, Aliff meluahkan rasa kecewanya di Instagram terhadap netizen serta individu yang membuat parodi selipar tersebut yang seakan mempersendakan dirinya.

Bersabarlah, kita tidak boleh puaskan hati semua orang dan berpura-pura semata-mata kerana ingin mengikut kehendak mereka. Apa yang penting bahagiakan diri sendiri sahaja. Kalau tidak mahu sakit hati, mungkin Aliff hanya kongsikan perkara yang sesuai di media sosial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here