Selepas Farid Kamil Ditahan Polis, Ini Respon Yana Samsudin Kepada Suami & Keluarganya…

Beberapa jam yang lalu heboh diperkatakan tentang seorang pelakon dan pengarah yang bergelar Datuk, iaitu Farid Kamil ditahan oleh pihak polis selepas menampar salah seorang pegawai dan turut menendang orang awam di kaunter trafik Balai Kota Damansara.

Ekoran daripada itu, aktres Yana Samsudin yang juga merupakan adik ipar kepada Farid Kamil memuat naik status berserta gambarnya bersama suami, Fadzil Zahari di akaun Instagram miliknya.

“Sentiasalah jadi diri sendiri dalam apa juga keadaan. Insya-Allah. Allah tahu segala-galanya. Kita sebagai manusia juga susah hendak faham ujian sebenar daripada-Nya.

“Masa akan datang memberi makna bagi setiap kejadian. Sabar, tenang. Semoga Allah mudahkan urusanmu dan keluargamu di dunia dan akhirat,” luahnya.

Terdahulu, dalam kejadian jam 1.20 tengah hari, pelakon terbabit dilaporkan datang ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan berkaitan satu kemalangan jalan raya sebelum tiba-tiba menampar muka petugas yang menerima aduan tersebut.

Difahamkan, Farid bertindak demikian selepas petugas di kaunter menunjukkan mesej “300 artis meminjam ah long kerana tiada kerja” dan bertanyakan tentang isu tersebut.

Kejadian itu turut disaksikan oleh beberapa anggota lain dan orang awam yang berurusan di kaunter berkenaan. Difahamkan, dia juga didapati positif dadah.

Dia juga dikatakan menendang kaki orang awam yang berada dalam balai sebelum ditahan beberapa anggota polis lain.

Dalam pada itu, susulan berita penangkapan aktor Datuk Farid Kamil kerana didakwa menampar seorang anggota polis tengah hari tadi, laman sosial artis terkenal itu dihujani dengan komen bercampur baur daripada netizen.

FARID KAMIL akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut.

Image result for farid kamil

Sebilangan besar netizen terkejut dengan berita penangkapan pelakon dan pengarah filem yang juga suami kepada artis terkenal, Datin Diana Danielle itu kerana Farid selama ini terkenal dengan imej dan reputasi yang bersih.

Selain menzahirkan rasa terkejut, peminat-peminat Farid turut meninggalkan komen dan kata-kata semangat.

“Saya tak percaya. Saya yakin itu hanya lakonan untuk filem baru kan?,” tulis @m_ismail_.

Netizen yang menggunakan pengenalan diri @fuad_johor92 pula tidak percaya yang Farid menampar penjawat awam di balai polis.

“Aku rasa bukan Farid yang gaduh kat balai sebab Farid baik je,” tulis fuad_johor92.

Image result for farid kamil

Sementara itu, @sania_atkins pula mengharapkan berita penangkapan Farid itu saling tidak ubah sekadar khabar angin semata-mata.

“Dah baca. Sungguh ke berita cakap dalam pengaruh dadah lagi tampar polis? Moga hanyalah khabar angin,” tulis sania_atkins.

Farid yang baru saja bergelar Datuk ditahan di Balai Kota Damansara, Petaling Jaya tengah hari tadi selepas menampar anggota polis dan menendang orang awam di kaunter trafik balai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata saringan kencing yang dijalankan terhadap suspek selepas dia ditahan, mendapati suspek positif ganja.

“Sebaik sahaja polis menahan suspek, ujian air kencing dijalankan bagi mengesan sama ada dia berada di bawah pengaruh dadah.

“Hasil ujian terbabit mendapati dia positif dadah jenis ganja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain komen-komen positif yang ditinggalkan di laman Instagramnya, terdapat juga netizen yang memberikan maklum balas kurang manis berikutan penangkapan Farid yang disifatkan mereka tidak sepatutnya berlaku.

Sementara itu, Utusan Online berusaha menghubungi Diana bagi mendapatkan komennya mengenai berita penangkapan suaminya.

Namun begitu, panggilan Utusan Online tidak dijawab oleh Diana

Sumber: Berita Harian, Astro Gempak, Utusan via kisahdunia.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here