Selepas Ketua Polis Selangor Menafikan Menerima Laporan Dari Farid Kamil, Sumber Mendedahkan Laporan Polis Oleh Farid Kamil Berkaitan Hal Rumah Tangganya!

Sebelum ini POLIS Selangor menafikan menerima laporan dari pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari pada hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan yang dibuat sendiri oleh pelakon berkenaan.

“Tetapi dia (Farid Kamil) ada membuat laporan di Balai Polis Brickfields pada 18 Januari lalu bagi tujuan mengambil barang di rumahnya (di Damansara) saja,” katanya pada sidang media majlis pelancaran Kelab Pencegahan Jenayah Kolej Universiti Saito di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din Setiausaha Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor Datuk Mohammad Fuad Talib dan Timbalan Canselor Kolej Universiti Dr Kulandarsamy.

Sementara itu, Mohd Zani turut mengesahkan sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang laporan di buat oleh Farid Kamil di Balai Polis Mutiara Damansara atau mana-mana balai polis di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Difahamkan laporan berkenaan adalah laporan lama yang dilakukan oleh pelakon berkenaan pada tahun lalu berhubung sebuah syarikat produksi filem.

Laporan berkenaan dilakukan selepas syarikat berkenaan didakwa menggunakan air longkang sewaktu penggambaran dan pihak pelakon terbabit mahu memfailkan saman terhadap syarikat berkenaan.

Sebelum itu, Farid Kamil menerusi laman Instagramnya hari ini memuat naik foto di hadapan Balai Polis Mutiara Damansara sambil memegang satu salinan laporan polis.

Menerusi gambar terbabit dia memuat naik status meminta agar orang ramai mendoakan perjuangannya bagi membela nasib orang yang teraniaya.

Gambar Tular Farid Kamil Di Balai Polis:

KUALA LUMPUR – Teka-teki laporan polis pelakon Datuk Farid Kamil terjawab apabila satu sumber mendedahkan kepada Kosmo! bahawa ia tidak ada kena mengena dengan sebarang kes jenayah.

Sebaliknya, laporan tersebut dibuat berhubung hal rumah tangga dengan isterinya, Datin Diana Dianelle, 27.

Menurut sumber tersebut, Farid, 37, memohon untuk membenarkan adiknya, Anis Anwar Zahari untuk masuk ke kediaman di Casa Tropicana, Damansara untuk mengambil barang peribadinya di sana.

Pelakon filem Tombiruo: Penunggu Rimba tersebut turut memaklumkan di dalam laporan itu bahawa kedua-dua anaknya iaitu Muhammad dan Aurora berada dalam jagaannya pada malam laporan dilakukan.

“Tujuan Farid membuat laporan polis ini sebagai langkah berjaga-jaga supaya sebarang tindakannya termasuk membenarkan adiknya memasuki rumah tidak dianggap menceroboh.

“Mengenai anak-anaknya pula, laporan tersebut membuktikan dia tidak melarikan mereka daripada jagaan Diana,” ujar sumber tersebut.

Laporan tersebut juga bukan dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara, sebaliknya di Balai Polis Pantai, Lembah Pantai pada 18 Januari lalu.

“Farid telah membuat laporan awal di Balai Polis pada 18 Januari lalu, namun kes itu dirujuk ke Balai Polis Damansara kerana berdekatan dengan kediamannya,” tambah sumber tersebut lagi.

Sekitar pukul 1.40 petang tadi, Farid memuat naik sekeping gambar di Instagram sambil memegang laporan polis berlatar belakangkan Balai Polis Mutiara Damansara.

Status yang dimuat naik itu mendapat perhatian peminat serta rakan artis yang dilihat memberi sokongan kepadanya.

Sebelum itu, Farid dilihat mula aktif di laman sosial berkenaan sejak dua hari lepas dengan mempromosikan drama terbaharu lakonannya berjudul Lafazkan Kalimah Cintamu yang sedang bersiaran di Astro Ria sejak 15 Januari lalu.

Terdahulu, Farid menggemparkan dunia hiburan apabila dia menampar seorang anggota polis di Balai Polis Trafik Kota Damansara, Selangor pada 11 Januari lalu, selain disahkan positif dadah jenis ganja.

Farid, yang sebelum itu ditahan reman selama lima hari bagaimanapun mengaku tidak bersalah di mahkamah atas empat pertuduhan termasuk menampar seorang anggota polis dan menendang dua orang awam.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Mac hadapan untuk sebutan semula kes.

Sumber : http://www.kosmo.com.my/terkini/laporan-polis-farid-kamil-berkaitan-hal-rumah-tangga-1.596359

RELATED POSTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here