Seminggu Diculik – Remaja 17 Tahun Diculik, Dikurung Dan Diratah Kekasih Tak Bayar Hutang!!

Remaja 17 Tahun Diculik, Dikurung Dan Diratah – Seorang remaja malang mengalami satu tragedi hitam apabila dia diculik, kurung dan dirogol. Itu menimpa seorang remaja perempuan sejak seminggu lalu selepas menjadi mangsa penculikan enam lelaki.

Kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam memilih rakan. Hal ini adalah supaya dapat mengelakkan kita daripada terlibat mahupun menjadi mangsa kepada masalah yang dihadapi oleh rakan itu.

Bagaimanapun penderitaan mangsa berusia 17 tahun itu berakhir apabila pasukan khas anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah menyerbu sebuah rumah di Kuala Sungai Yan, Yan, 6 pagi hari ini.

Terbaru, menurut The Starseorang remaja perempuan telah diculik dan dikurung gara-gara kekasihnya gagal membayar hutang.

Menurut NST, penderitaannya berakhir apabila kediaman tempat dia dikurung oleh penjenayah terbabit telah diserbu oleh polis pada pagi semalam yang terletak di Kuala Sungai Yan, Yan, Alor Setar. Remaja malang itu telah ditemui dalam keadaan lemah, trauma dan ketakutan.

Mangsa yang berusia 17 tahun itu bukan sahaja diculik oleh seorang pengedar dadah yang berusia 50an, tetapi lebih malang lagi dia telah dirogol berkali-kali oleh enam orang lelaki. Berdasarkan kenyataan remaja itu, dia telah dikurung di dalam stor rumah selama seminggu dan dirogol selagi kekasihnya tidak membayar hutang dadah kepada pengedar tersebut.

Melalui serbuan tersebut, polis berjaya menangkap pengedar dadah itu bersama lima orang lelaki lain yang berusia dalam lingkungan 20an hingga 50an yang berada di dalam rumah itu.

Beliau berkata, polis turut merampas barang disyaki hasil samun dan curi iaitu dua motosikal, dua Proton Perdana dan BMW, topi keledar pelbagai jenis, telefon bimbit, peralatan televisyen, monitor dan beberapa unit pembesar suara.

“Suspek utama berusia 50-an memiliki 33 rekod jenayah lampau dan orang dikehendaki bagi kes samun, kurungan salah, dadah, memiliki senjata berbahaya dan ugutan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Suspek utama yang ditangkap ada di dalam senarai dikehendaki polis di atas 33 kes jenayah termasuk mengugut, pemilikan senjata berbahaya, rompakan, pengedaran dadah dan pecah rumah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid memberitahu bahawa pasukan polis telah mendapat maklumat mengenai penculikan itu pada Isnin lalu.

” Kami percaya kes ini terjadi apabila kekasih mangsa gagal membayar hutang. Akibatnya, remaja itu diculik.”

Selain itu, pihak polis akan menyoal siasat kekasih remaja tersebut kerana dipercayai mengetahui hal penculikan mangsa tetapi tidak melaporkan kepada polis Sementara itu, di dalam serbuan itu, polis telah menyita sebuah kereta Proton Perdana dan kereta BMW, dua buah motosikal berkuasa tinggi, topi keledar, beberapa biji telefon bimbit, televisyen, dan pembesar suara yang dipercayai semuanya telah dicuri.

Tambahnya lagi, suspek kini ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan dan 376 akta sama bagi membantu siasatan.

Seksyen 376 dan 342 Kanun Keseksaan atas jenayah merogol dan menculik.

Aduhai… Kesiannya.. Boyfriend dia yang berhutang, dia pulak yang kena.

Sumber : sehinggit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here