Semoga Hafiz Suip Dengan Dugaan Yang Allah Berikan Ini


PENYANYI, Hafiz Suip, 28, yang bergelar bapa sejak lebih sebulan lalu berkongsi pendapatnya mengenai makanan tambahan untuk bayi yang menjadi topik perbualan hangat, sejak akhir-akhir ini.

“Saya tahu, banyak produk makanan tambahan dikeluarkan untuk orang dewasa dan bayi. Namun, untuk bayi, rasanya ibu bapa perlu meneliti dengan lebih mendalam,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut bapa kepada bayi lelaki bernama Muhammad Riyadh Zafri itu, selain bayi, ibu juga perlu memastikan makanan tambahan yang diambil, bersesuaian.

“Apa yang saya kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman saya dan isteri. Sebelum ini, isteri saya pernah mengambil makanan tambahan untuk meningkatkan pengeluaran susu.

“Namun, mungkin kerana ada kandungan yang tak sesuai dengannya dan bayi, anak saya yang masih menyusu terpaksa berdepan beberapa masalah.

“Di bahagian mulut anak saya, timbul bintik-bintik merah seperti ruam. Jadi, sebagai pengajaran kepada semua, berhati-hati dan jangan main ambil sahaja tanpa nasihat doktor,” katanya.

Sehingga kini, Hafiz dan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah belum berkongsi gambar bayi mereka, namun, sudah membuka akaun Instagram khas.

“Kami akan menunggu sehingga isteri saya selesai menjalani tempoh berpantang selama 45 hari. Selepas itu barulah saya akan kongsikan.

“Akaun Instagram anak juga sudah dibuka tak sampai sebulan. Alhamdulillah, banyak reaksi positif diterima dan ada tawaran daripada beberapa pihak.

“Alhamdulillah, itu adalah rezeki anak. Walaupun belum ramai pengikut di Instagram itu namun nampaknya banyak rezeki yang kami sekeluarga terima,” katanya.

Riyadh adalah cahaya mata pertama Hafiz dan Nureffy yang dilahirkan pada 31 Disember tahun lalu.

Sumber: Harian Metro Online

Sumber : www.kepohkuat.com/

Post navigation

“Kau Terlampau Kurang Ajar, Pergi Berambus”- Umie Aida Naik Angin Bila…


Bukan perkara pelik bila dengar kisah mengenai orang gaji yang buat hal dengan majikan. Bukan sahaja mereka mengabaikan tanggungjawab yang diberikan majikan, malahan ada yang lebih berani untuk lari dari rumah, menipu, mencuri malah ada yang tergamak tinggikan suara dengan orang tua.

Pembatu Rumah Kurang Ajar
Rata-rata majikan di Malaysia melayan mereka sama seperti ahli keluarga. Pelakon popular Umie Aida juga berkongsi pengalamannya mempunyai pembantu rumah yang bersikap kurang ajar.Seperti yang disampaikan oleh Umie menerusi IG Stories, dia meluahkan rasa kecewa dan berang terhadap pembantu rumah yang bersikap kurang ajar dengan ibunya. Umie menasihati pengikutnya supaya jangan mudah bagi muka pada mereka, bimbang mereka akan pijak kepalakita suatu masa nanti.Apa-apa pun, nasihat untuk majikan di luar sana, berhati-hatilah dengan pembantu rumah anda. Bukan bermakna mereka sudah bekerja lama di rumah, kita boleh percaya bulat-bulat pada mereka.Anak terima ijazah, Umie Aida bangga jadi ibu seawal usia 20 tahunAnak terima ijazah, Umie Aida bangga jadi ibu seawal usia 20 tahun
Menerusi entri tersebut Umie memberitahu, satu tanggungjawab besar menjadi ibu di usia muda. – Foto Instagram

PELAKON Datin Seri Umie Aida akui berbangga dengan pencapaian anak angkatnya, Mohd Daniel Firdaus, 24, yang menerima Ijazah Pengurusan Pengurusan di hari Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) ke-12, pada Sabtu.

Umie Aida menerusi akaun instagram(IG), meluahkan rasa terharu apabila anak angkatnya itu berjaya dalam pelajaran meskipun dibesarkan oleh seorang ibu yang baru berusia 20 tahun ketika Daniel diserahkan kepadanya.

Menerusi entri tersebut Umie memberitahu, satu tanggungjawab besar menjadi ibu di usia muda.

Namun susah senang yang dilalui menjadi kisah terindah dalam hidupnya.

RASANYA peminat hiburan cukup mengenali perihal kerjaya suami kepada pelakon terkenal, Umie Aida iaitu Dato’ Paduka Khairuddin Abu Hassan yang sinonim dengan dunia politik.

Sebut sahaja nama Khairuddin dan Umie juga, pastinya ada peminat yang mengimbas kemanisan cinta mereka yang telah disatukan di tanah suci, Mekah.

Namun, tetiba muncul pula berita kurang enak didengar iaitu suami Umie Aida yang juga Naib Pengerusi UMNO Batu Kawan, Pulau Pinang dilaporkan telah muflis.

Malah dengar-dengarnya dokumen mahkamah itu telah tersebar menerusi sebuah blog politik yang memaparkan pengisytiharan Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) mengenai status Khairuddin Abu Hassan pada 14 Mei tahun lalu, pada hari sama Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mengeluarkan arahan serupa.

khairudin muflis

Berita pengisytiharan ini turut diketahui Khairuddin namun dia enggan mengulas lanjut ekoran masih bekerjasama dengan pihak peguamnya.

Lebih memeranjatkan, muncul pula dakwaan yang hadiah perkahwinan Khairuddin kepada Umie yang merupakan sebuah hartanah mewah bernilai hampir RM2.1 Juta di Mont Kiara bakal dilelong Sabtu ini di Hotel Istana oleh Ng Chan Mau & Co Sdn Bhd & CIMB Islamic.
Notis lelongan hartanah tersebut.NOTIS LELONGAN HARTANAH TERSEBUT.
Bagaimanapun, suami Umie mendedahkan yang dia langsung tidak mengetahui perihal lelongan hartanah miliknya itu.

Jika benar, moga perkara ini dapat diselesaikan dengan segera. –MYNEWSHUB.CC

SUMBER: THE RAKYAT POST & ROTI KAYA

Sumber : www.kepohkuat.com/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here