Seorang pakcik datang ke majlis perkahwinan lengkap berbaju Melayu. Setelah majlis bermula, pakcik tersebut membawa sesuatu di dalam plastik.. Orang ramai berasa sangat pelik, Apa yang pakcik itu keluarka sesuatu dari plastik tu membuatkan orang di situ TERCENGANG..!


Pakcik orang hebat! Dia tak tau pun kisahnya telah di ‘share’ hampir 3000 kali, di ‘like’ dan menginspirasikan hampir 18000 orang. (“,)

Diceritakan oleh anaknya, awal-awal pagi lagi sebelum majlis beliau telah keluar balik ke Ipoh (kediamannya) dan pulang semula ke Parit, hanya untuk mengambil ‘sampul’ itu, Ye, beliau membawa kemana sahaja ‘sampul’ itu, mungkin tempat untuk letak ‘ang pau’ orang bersalam agaknya.

Semalam sebak rasanya bila melihat gambar dikeluarkan dari pouch bag nya. Hari ini, perasaan itu datang lagi, berkaca jugalah mata bilamana melihat isi ‘sampul’ yang dikeluarkannya adalah gambar arwah isterinya (Large scale) yang ‘lebih terang’, katanya.

Mungkin risau gambar isterinya tak cukup jelas, maka diambilnya gambar yang lebih besar. Rasa bersalah pula saya tak tunjuk gambar dari kamera padanya.

“Nanti-nanti, tak cukup korum lagi ni..” sambil mengeluarkan potret itu dari sampul yang dipegangnya sambil ahli keluarga yang lain mengambil tempat. Barulah saya menekan shutter kamera, sambil tersenyum dan hati berbunga. Saya tau, mungkin ini kali pertama dan terakhir dalam hidup saya, bertemu orang sepertinya,

Living legend, yang hanya dapat kita lihat di kaca tv, yang selalu kita baca didalam novel cinta.

Diceritakan juga setiap hari beliau ke pusara, membawa bunga untuk cinta hatinya, yang telah pergi hampir 4 tahun. Allahu, besarnya cinta pakcik Omar kepada arwah isterinya.
Moga beliau menjadi inspirasi agar kita jadi sepertinya, “bercerai kasih talak tiada”.

Al-Fatihah untuk isteri beliau..

#love #tiljannah

#lawaksiyot via Mohd Hafiza Ilias

Sumber : orangkampungkita.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here