Shima 'Teringin' Manis Bertudung Selepas Umrah

SHIMA ‘TERINGIN’ MANIS BERTUDUNG SELEPAS UMRAH

Shima 'Teringin' Manis Bertudung Selepas Umrah

Bintang Gegar Vaganza musim pertama, Shima kini tampil bertudung selepas pulang dari mengerjakan umrah pada hujung bulan lalu.

Penyanyi rock 1990-an yang terkenal dengan lagu Teringin itu juga berhasrat untuk menjual dan menghadiahkan koleksi baju seksi sepanjang kariernya.

“Saya menyanyi sejak usia 19 tahun jadi terlalu banyak baju seksi terutama ketika menyanyi di kelab malam yang masih disimpan.

“Lebih baik saja jual atau hadiahkan kepada teman-teman yang memerlukan,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Selain Teringin, Shima juga popular menerusi untaian lagu malar segar seperti Apa Ku Rasa, Luka Dilukai, Setelah Aku Kau Miliki dan Aku Tetap Aku.

Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatulshima Kamarazzaman juga pernah merakamkan 9 buah album sepanjang kerjayanya.

Dalam perkembangan terbaharu, Shima bakal mengadakan persembahan sulung selepas berhijrah dalam program Memori Indah Bersama Shima Teringin dan Kumpulan Eva Bulan Cinta di Restoran Rebung Datuk Chef Ismail, Kuala Lumpur pada pukul 9 malam ini.

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here