“Siapa Lari? Saya Tak Lari, Cuma….” – TAN Sri Isa Samad Berkenaan Isu Tanah Felda…Ada Unsur ‘Mafia’?

TAN Sri Isa Samad menegaskan beliau tidak lari dan sedia memberi kerjasama kepada polis jika dipanggil memberi keterangan berhubung isu tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Bekas Pengerusi Felda itu berkata, setakat ini polis masih belum menghubunginya untuk mendapatkan sebarang kenyataan.

“Setakat ini, polis belum panggil saya, biar mereka jalankan siasatan. Jika polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) panggil, saya sedia beri kerjasama.

“Saya tidak mahu komen lebih kerana tidak mahu isu ini dijadikan polemik politik,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Kempen Tabung Hari Pahlawan 2017 Peringkat Parlimen Teluk Kemang di Batu 4, Port Dickson, malam tadi.

Dalam ucapannya Isa menjelaskan, beliau tidak melarikan diri daripada pihak media susulan isu berkenaan.

“Ramai cakap saya lari, mana ada saya lari. Saya ada banyak program di sini, Jempol dan Seremban,” katanya.

Image result for tanah felda jalan semarak

Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad membuat laporan polis mengenai isu itu pada 12 Disember lalu.

Shahrir dilapor berkata, pihaknya bersedia mengambil segala bentuk tindakan bagi mendapatkan semula hak tanah yang dianggar bernilai RM270 juta di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, susulan urusan pindah milik tanah berkenaan yang meragukan.

Jumaat lalu, polis mengumumkan penubuhan pasukan khas pada 13 Disember lalu untuk menyiasat kes Felda kehilangan hak ke atas tanahnya di Jalan Semarak dan akan memanggil Isa bagi membantu siasatan itu.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan, iaitu penipuan serta pemalsuan dokumen.

Felda dilaporkan berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik bernilai RM270 juta itu, susulan urusan pindah milik tanah yang mencurigakan pada 2015.

Isa dilantik sebagai pengerusi Felda mulai 1 Januari 2011 hingga Januari 2017; pengerusi FGV mulai 1 Januari 2011 hingga 19 Jun lalu serta pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada 2 Julai 2013 sehingga 2017.

 

Puad: Apakah ada ‘mafia’ dalam Felda?

Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mencadangkan kerajaan menyenarai hitam pemaju projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) jika enggan memberi kerjasama bagi membantu menyerahkan semula tanah Felda yang didakwa bertukar milik.

Anggota Majlis tertinggi Umno itu juga menuntut supaya pemilik dan ahli lembaga pengarah dalam syarikat itu didedahkan.

“Saya terkejut bagaimana syarikat pemaju yang diberi kuasa wakil penuh (PA) boleh memindahkan hak milik tanah kepada milik syarikat tanpa pengetahuan Felda.

“Atau apakah wujud mafia dalam Felda yang turut bersubahat. Justeru Felda di bawah kepimpinan baru tidak ada pilihan lain untuk memulihkan keyakinan rakyat kepadanya kecuali mendapatkan semula hak milik tanah itu dengan apa cara sekalipun,” katanya seperti dilapor Berita Harian hari ini.

image: https://i.malaysiakini.com/1197/670abef361d0c48a0c7ddadbb0833246.jpeg

Felda baru-baru ini didedahkan berisiko kehilangan hak ke atas tanah miliknya di Jalan Semarak Kuala Lumpur bernilai RM250 juta menerusi transaksi diragui sejak 2015.

Penilai bebas menganggarkan harga pasaran tanah berkenaan kini mencecah RM1 bilion.

Tanah itu kini sedang dibangunkan sebagai sebahagian daripada projek KLVC melibatkan tujuh menara – termasuk sebuah menara Felda, bangunan 68 tingkat merangkumi 59 tingkat ruang pejabat dan helipad.

Audit forensik dijangka siap Februari

Sementara itu Berita Harian melaporkan Jabatan Perdana Menteri mengarahkan audit forensik terhadap kes berkenaan disiapkan dalam tempoh sebulan bermula Januari depan.

Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata audit forensik terbabit akan dilaksanakan pasukan audit dari luar Felda seperti diarahkan perdana menteri.

“Jabatan Perdana Menteri yang akan membuat audit dan bukannya Felda. Tempohnya sebulan (bagi menyempurnakan audit berkenaan),” katanya dipetik berkata.

Selain audit forensik, Felda juga dilapor sedang dalam proses membatalkan surat kuasa (PA) yang dipercayai sudah disalahgunakan selain menukar kaveat persendirian kepada Kaveat Pendaftar dengan Jabatan Tanah dan Galian Kuala Lumpur.

Sumber : Hmetro & Malaysiakini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here