Suka Pegang-Pegang Di Tempak Awam, Netizen Meluat Dengan Fattzura

SELEPAS berkahwin, pasangan selebriti ‘It Couple’ Malaysia, Fattah Amin dan Nur Fazura kini dilihat tidak segan-silu untuk menunjukkan kemesraan mereka di khalayak ramai.
Berdasarkan perkongsian video oleh teman-teman rapat mereka di Instagram, jelas pasangan yang digelar ‘Fattzura’ ini sedang bahagia dilamun cinta kerana sering berpegangan tanpa menghiraukan lensa kamera!

Dan seperti biasa, setiap tindak-tanduk mereka pasti menimbulkan pelbagai reaksi daripada masyarakat.

Ada yang gembira dengan konsep ‘bercinta selepas nikah’ yang diamalkan oleh pasangan sama cantik sama padan ini.

Tidak kurang juga ada yang meluat dengan mereka kerana di mana-mana sahaja pasti ada rakaman video mahupun gambar yang memaparkan kemesraan mereka ini!

Memanglah tak ada salah pun apa yang dilakukan oleh pasangan ini tetapi kalau boleh berpada-pada dan jaga batas.

Senang cerita, ‘simpan’ sikit untuk masa berdua sahaja.

Bukan apa, risau juga kalau ada pihak yang busuk hati atau cemburu membuat pelbagai cara untuk memisahkan pasangan ini. Haaa siapa tahu kan? Manusia ni, dah la lain-lain perangainya!– MYNEWSHUB.CC/AM
src=”https://www.youtube.com/embed/UZXSot9DibM” width=”560″ height=”320″ frameborder=”0″ allowfullscreen=”allowfullscreen”>

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here