Sunggun Tak Sangka, Ini Sebab Marsha Masih Tinggal Dengan Mentua!

Ini Sebab Marsha Masih Tinggal Dengan Mentua
Selepas mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan dua tahun lalu, penyanyi Marsha Milan Londoh mengakui lebih selesa tinggal bersama keluarga mentuanya berbanding duduk berasingan.
Kata Marsha, dia lebih terdidik dan memudahkan urusannya untuk lebih mendalami ilmu agama Islam sepanjang tinggal bersama keluarga besar itu.

“Selepas berkahwin saya masih dalam proses mengenal agama Islam dengan lebih dekat, jadi apabila bersama ibu mentua saya, proses itu menjadi lebih mudah.

“Tahun lepas pun saya berkesempatan untuk mengerjakan umrah bersama-sama keluarga mentua yang banyak dibimbing mereka.

“Semenjak tinggal sebumbung, ibu dan bapa mentua saya juga banyak menolong saya mendekatkan diri kepada agama dan Allah,” katanya ketika ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta barang kemas De Lunaria di Restoran Rebung Chef Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Marsha juga mendedahkan dia sering terikut-ikut dengan loghat Utara yang dituturkan oleh keluarga mentuanya.

“Ibu mentua saya dari Kedah dan selebihnya dari Pulau Pinang, mula-mula memang kekok untuk saya memahami pertuturan mereka namun lama-kelamaan sudah terbiasa.

“Sekurang-kurangnya kalau ditawarkan watak anak mami saya sudah boleh bercakap loghat Utara,” tambahnya.

Selain itu, Marsha mengakui tinggal sebumbung dengan keluarga besar mendisiplinkan dirinya untuk bangun awal pagi dan menambah kemahiran memasak pelbagai juadah setiap hari.

Nama dah ditukar. Daripada Marsha Milan Londoh sekarang Marsha cuma mahu dikenali dengan nama Marsha Milan. Kenapa buang nama keluarga?

Jangan tuduh saya buang keluarga. Saya tak buat begitu. Memang saya akui, saya dah tak guna nama Marsha Milan Londoh sebaliknya mahu orang kenal saya sebagai Marsha Milan. Tapi bukan kerana saya dah tak mahu ada kaitan dengan keluarga lagi. Mereka adalah tulang belakang saya, takkanlah saya nak buang.

Jadi apa ceritanya?

Kalau orang kata saya buang nama keluarga itu salah. Milan itu nama bapa saya. Londoh adalah nama keluarga turun temurun. Jadi siapa kata saya buang keluarga? Semuanya bermula bila saya menjadi hos program Propaganza. Mereka kata nama saya panjang sangat, jadi guna sajalah Marsha Milan. Itu saja.

Betul ke? Bukan sebab geram atau sakit hati pada sesetengah pihak yang suka mempermainkan nama Marsha?

Saya tak nafi, situasi itu ada berlaku. Orang macam main-main, tersalah sebut nama Londoh jadi Londeh la… Lendehla… apa-apa saja. Tak tahulah kalau memang ada yang sengaja buat-buat tersalah sebut kan. Tapi apa pun, secara positifnya, saya fikir itu adalah satu strategi yang baik buat karier saya juga. Saya mahu orang nampak saya matang.

Kenapa baru sekarang? Kenapa dari dulu Marsha tak buat macam itu?

Macam inilah, saya dah lalui banyak perkara sepanjang saya bergelar anak seni dalam tempoh lapan tahun ini. Memang sebelum ini ada terfikir untuk tukar nama. Alasannya sebab saya nak orang lihat yang saya sudah boleh berdiri sendiri tanpa dibayangi dengan nama dulu yang lebih sinonim dengan AF.

Iyakah? Bukan sebab kalau tukar nama barulah Marsha rasa lebih standard. Ala-ala artis antarabangsa macam itu?

Bukanlah. Tak ada niat pun nak poyo atau perasan. Saya yakin, orang dah boleh nampak saya sekarang berlakon, menyanyi dan mengacara. Dengan nama itu, saya dapat kukuhkan kedudukan saya sebagai artis yang lebih matang. Itu satu progres yang baik. Sebenarnya tak ada isu pun sebab saya masih adalah Marsha yang sama.

Kerap mengaitkan nama dengan faktor kematangan. Kalau macam itu, sejauh mana Marsha mampu mengukur tahap kematangan Marsha sebagai seorang artis?

Iyalah, bagaimana saya mampu berdiri sekarang sebagai seorang pelakon, penyanyi dan pengacara, semua itu bukan senang. Itu mengambil banyak faktor untuk saya belajar dan kekal dalam industri sebagai diri saya. Perlukan banyak pengorbanan dan kesabaran. Semua itu saya rasakan sudah berbayar. Cuma banyak lagi yang perlu saya belajar.

Sumber : gempak.com & Utusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here