Susulan Larangan Memberi Kuliah Di Negeri Johor : ‘Saya terkilan sedikit saja’ – Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz

Datuk Abu Hassan Din merupakan tokoh agama terkini yang dihalang berceramah, susulan arahan pihak berkuasa agama Johor melarang beliau daripada menyampaikan ceramah agama di negeri itu.

Ketika dihubungi, Abu Hassan yang juga adik kepada bekas musyidul am PASm Datuk Haron Din, berkata beliau mengetahui larangan itu sebaik sahaja tiba di Johor Sabtu lalu.

“SAYA tidak berkecil hati, cuma terkilan, tetapi akan patuh kepada arahan berkenaan.”

Demikian kata penceramah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz, 71, selepas dilarang memberi ceramah di Johor.

Beliau berkata, larangan itu bagaimanapun kurang jelas kerana tidak dihubungi mana-mana pihak mengenainya.

“Saya hanya tahu dilarang memberi ceramah ketika berada di Muar, Johor, Sabtu lalu apabila diberitahu ahli jawatankuasa masjid yang menjemput saya.

“Selain dua tempat di Muar, saya turut dijemput memberi ceramah di dua lokasi di Pontian, pun sama juga, saya dilarang.

“Saya terkilan sedikit saja kerana sepatutnya beri saya sebab apa kesalahan dan kesilapan saya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Difahamkan, penceramah itu dilarang memberi ceramah di Johor kerana tidak mengikuti garis panduan yang ditetapkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Abu Hassan berkata, susulan larangan itu beliau terpaksa membatalkan empat sesi ceramah di Johor yang sepatutnya dijadualkan dari Sabtu sehingga malam esok.

“Setakat ini saya tiada perancangan untuk menghubungi pihak sana. Orang tak bagi ceramah, saya baliklah.

“Sekarang saya di Melaka, ada dua tempat lagi saya dijemput untuk memberi ceramah,” katanya.

“Tiba-tiba saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan berceramah,” katanya kepada kepada sebuah portal.

Dipetik di FB Ustaz Ahmad Fairoz Daud

Dengan ini dukacita dimaklumkan, yang saya kasihi ayahanda Datuk Seri Abu Hassan Din al-Hafiz sudah disenarai hitam daripada memasuki negeri Johor menyampaikan pengajiannya.

Kami menerima khabar ini beberapa minggu lalu tetapi merasakan mungkin ada kesilapan namun setelah mendapat maklumat daripada sumber terpercaya maka sohihlah berita ini. Tak larat nak tabayyun dah bang….

Lagi pula sudah beberapa program melibatkan beliau terpaksa dibatalkan minggu ini. Alasannya? Sebaiknya bertanya pihak yang lebih berautoriti.

Saya memaklumkan di sini bukan kerana mahu mencipta kekecohan namun agar semua yang sudah menjemput dan hubungi saya untuk menjemput al Fadhil Datuk Seri bolehlah siap2 mencari pengganti yang diredhai pihak berwajib.

Usah dibuat cerita saya mahu burukkan institusi agama. Di sana ramai sahabat dan kawan2 saya. Mereka juga kenali saya. Ada ketikanya kami bertemu. Jika ada yang sakit kami ziarah menziarahi.

Kenyataan saya berhubung isu Datuk Seri Abu Hassan Din adalah agar jelas pada pihak2 yang sudah menjemput dan juga mahu menjemput beliau di Johor kerana saya sudah hilang nombor2 mereka disebabkan telefon saya pecah tempoh hari.

Tiada isu juga mahu dahului mereka kerana arahan larangan membenarkan ceramah Datuk Seri memang sudah keluar di beberapa tempat cuma masalahnya tidak rasmi sahaja mungkin. Hanya yang terlibat sahaja tahu.

Sebenarnya ramai yang di gam begitu namun tiada senarai rasmi . Contohnya isu Ustaz Haslin Bahrin, mungkin ramai baru tahu ketika ini namun kami sudah tahu sejak dua tahun lalu.

Jadi kami memaklumkan agar pihak2 yang nak menjemput tak perlu susah2.

Moga ALLAH rahmati kita semua.

Bagaimanapun, beliau yang pernah bertugas sebagai pegawai agama Istana Negara berkata keputusan itu diterima dengan hati terbuka.

Larangan terhadap Abu Hassan berlaku 2 bulan selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, melarang pendakwah Zimbabwe, Ismail Menk atau Mufti Menk dan Ustaz Haslin Baharim, daripada mengadakan ceramah agama di negeri itu.

Larangan itu dikeluarkan Johor berikutan pandangan mereka boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian kaum.

Setakat ini  tiada penjelasan lanjut daripada pihak berkuasa Islam Johor berkenaan isu ini.

Sumber : Harian Metro dan Islam Itu Indah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here