Pelakon dan penyanyi, Fazura yang baru mengahwini pelakon terkenal, Fattah Amin menyifatkan alam perkahwinan yang kini ditempuhi memberi kebahagiaan sebenar buat dirinya.

Fazura, 34, berkata walaupun agak kekok kerana masih dalam peringkat menyesuaikan diri dengan situasi itu, beliau seronok kerana ia menghadiahkan pengalaman baharu.

“Saya wanita paling bahagia ketika ini kerana mengahwini lelaki seperti Fattah Amin. Memang dialah lelaki saya nantikan selama ini. Saya tahu, dia lelaki yang baik, rapat dengan keluarga dan menyayangi kanak-kanak.

‘Memang agak kekok pada mulanya, tetapi selepas mula membuat kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas termasuk memotong kukunya, baru saya dapatkan sesuaikan keadaan itu sepenuhnya,” katanya dalam pertemuan bersama BH Online, semalam.

Tambah Fazura sejak bernikah, mereka jarang berpisah lama walaupun atas dasar kerja.

“Macam mana nak berpisah kalau pergi bilik air pun sudah rindu,” katanya sambil ketawa.

Mengenai perancangan menimang cahaya mata, penyanyi lagu Bisa Apa dan Sayangi Dirimu ini memberitahu, mereka belum bersedia ke arah itu disebabkan komitmen kerja.

“Kalau ditanya mengenai anak, kalau boleh kami nak tangguh dulu kerana masing-masing memang sibuk sehingga tahun depan. Lagipun, biarlah kami habiskan masa bersama dulu.

“Begitupun, kalau ditakdirkan Tuhan nak bagi awal, kami takkan tolak rezeki yang diberikan,” katanya yang memilih United Kingdom dan beberapa negara lain sebagai destinasi bulan madu.

Pasangan sensasi ini selamat diijabkabulkan dalam majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 November lalu.

 

Terdahulu, Fazura menjadi tumpuan ketika menghadirkan diri di majlis perkahwinan adik Fattah Amin. Mereka dilihat mesra dan Fattah tidak melepaskan genggaman tangan Fazura. Ada juga peminat yang mengusik nakal dan memberi komen; “Abang Long sayang sangat dekat Kak Long sebab itu tangan tak lepas-lepas dari tadi.”

Jom saksikan rakaman video dimana Fattah berpegangan tangan tak lepas dengan Fazura. Tidak terlambat kiranya admin ucapkan Selamat pengantin Baru buat Fazura dan Fattah.

Sumber: berita harian & astro awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here