Tahniah! “Demi Cinta” Akhirnya Siti Nordiana TERIMA LAMARAN Ezad untuk Bersama hingga ke akhir hayat!

Sebelum ini, hangat digembar-gemburkan penyanyi Siti Nordiana sedang bercinta dengan pengacara Zoey Rahman. Spekulasi itu dikuatkan lagi apabila mereka dilihat mengerjakan umrah bersama baru-baru ini sehinggakan ada yang mendakwa mereka ke sana untuk bernikah.

Setelah lama mengunci mulut, penyanyi ‘‘Pesanan Teragung’ itu menerusi Suria menafikan bahawa dia bercinta dengan pengacara tersebut, sekaligus mengakhiri spekulasi yang tersebar sebelum ini. Nampaknya kisah mereka ini tidak akan berakhir macam kisah cinta Fattzura lah ye.

Jelas penyanyi yang lebih mesra disapa Nana, dia tidak pasti bagaimana gosip itu boleh timbul. Katanya lagi, orang di sekililing yang beria membuat spekulasi tentang kisah percintaan mereka padahal mereka hanya berkawan rapat.

Nana pun tak tahu daripada mana datangnya gosip tu. Sebenarnya Nana tidak bercinta dengan Zoey.

Mungkin sebab saya pergi Mekah dengan Zoey jadi mereka ingat kami bercinta. Kami memang dah lama berkawan. Lawatan ke Mekah pun adalah bersama kawan-kawan serta ustaz yang kami dah kenal.

Mungkin selepas ini, kita bakal mendapat kenyataan dari Zoey pula? Ye lah, kan sebelum ini, dia kata Nana ada ciri-ciri wanita pilihannya. Apa pun, perkara yang baik, kita doakan sahaja.

PELANTUN lagu Demi Cinta, Ezad Lazim yang merasa selesa dan serasi dengan Siti Nordiana (Nana) berhasrat untuk ‘melamar’ bekas juara program realiti Gegar Vaganza musim kedua (GV2) itu.

Hasrat itu dizahirkan oleh Ezad atau nama penuhnya, Mohd Rohaizad Mohd Lazim demi melengkapkan pembikinan album mininya yang bakal dilancarkan tahun hadapan.

Disamping itu, Ezad juga menjelaskan ianya bertujuan untuk memenuhi permintaan daripada kalangan peminat mereka sendiri yang ingin melihat gandingannya dengan Nana.

Image result for Siti Nordiana TERIMA LAMARAN Ezad

“Memang banyak permintaan yang mahu kami bergandingan. Perkara ini sudah saya usulkan kepada Nana dan dia memberikan lampu hijau. Nana memiliki bakat dan kualiti vokal yang baik, malah saya optimis gabungan suara kami akan menghasilkan kerjasama yang membanggakan,” katanya kepada BH online.

Tambah bekas vokalis Exist ini lagi, keserasian itu tercipta selepas mereka sama-sama menyertai GV2. Malah kerjaya nyanyiannya juga menunjukkan peningkatan selepas menyertai program realiti itu.

Image result for Ezad 2017

“Saya berharap dapat mencipta lebih banyak kejayaan pada tahun depan. Alhamdulillah, tahun ini lagu Demi Cinta yang saya hasilkan bersama Mohd Yassin dan lirik Iman Imran meninggalkan impak tersendiri kepada perjalanan kerjaya saya.

“Sebelum ini, hampir lima tahun saya terkapai-kapai mencari arah apabila beberapa single yang dihasilkan tidak mendapat perhatian,” tutur Ezad penuh rasa syukur. -MYNEWSHUB.CC

“Saya Tak Bercinta Dengan Zoey”

Image result for siti nordiana dan zoey

Penyanyi dan pelakon popular Siti Nordiana atau Nana menafikan bahawa dia bercinta dengan pelakon Zoey Rahman seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Kata Nana, orang yang pandai-pandai membuat spekulasi tentang kisah percintaan mereka.

“Nana pun tak tahu daripada mana datangnya gosip tu. Sebenarnya Nana tidak bercinta dengan Zoey.

Mungkin sebab saya pergi Mekah dengan Zoey jadi mereka ingat kami bercinta. Kami memang dah lama berkawan. Lawatan ke Mekah pun adalah bersama kawan-kawan serta ustaz yang kami dah kenal”, jelasnya.

Image result for siti nordiana dan zoey

Dalam perkembangan terbaru, selain sibuk mempromosikan single duetnya bersama Jaclyn Victor berjudul Nisan Cinta, Nana bakal terbang ke Korea bersama Aliff Satar untuk membintangi sebuah drama yang akan diarahkan oleh Michael Ang.

Siti Nordiana Jadi Rebutan Ramai Jejaka?

SEJAK comebacknya dua tahun lalu melalui pembabitannya dalam program realiti Gegar Vaganza 2 (GV2), semakin ramai yang mula melihat bakat besar yang ada pada Siti Nordiana.

Malah, penyanyi yang mesra disapa Nana ini tidak menjadikan statusnya sebagai ibu tunggal sebagai penghalang karier seninya untuk berkembang kerana dia akan menerima sahaja mana-mana tawaran termasuklah untuk berlakon.

Dan apabila nama sedang meningkat naik semula, pasti ramai jejaka yang mahu mengetuk pintu hatinya.

Dengar-dengarnya ada yang cemburu melihat penyanyi 32 tahun ini berkawan rapat dengan artis-artis lelaki yang masih bujang seperti Zoey Rahman, Fikry Ibrahim dan juga Khai Bahar.

Namun, Nana menyangkal dakwaan yang katanya dia menjadi rebutan para jejaka termasuklah yang bergelar artis.

Menurutnya, hubungan rapat yang terjalin itu atas dasar persahabatan semata-mata.

“Apa yang pasti peminat saya memang tahu setiap selebriti lelaki bujang yang rajin komen di akaun Instagram (IG) saya ialah kawan baik yang rapat dengan saya.

“Apatah lagi, saya sendiri memang selesa berkawan rapat dengan mereka (selebriti lelaki) itu memandangkan saya tidak ramai kawan perempuan,” katanya dipetik Harian Metro.

Menurut pelantun suara bagi lagu Terus Mencintai ini, dia mengakui lebih selesa bersahabat dengan mereka dan menejelaskan tiada sebarang hubungan istimewa yang terjalin.

Image result for siti nordiana dan zoey

“Urusan jodoh saya tidak tahu tetapi buat masa sekarang untuk saya sendiri memang selesa berkawan saja.

“Ditambah lagi, apa yang boleh membuatkan saya, Zoey, Fikry dan Khai selesa jadi kawan ialah kami satu kepala, suka bergurau dan tidak lupa sentiasa menyokong karier masing-masing,€” katanya.

Walaupun ada desas desus yang mengatakan Nana menjadi rebutan, namun peminatnya masih setia, memahami dan sentiada memberi sokongan kepada diri dan rakan-rakan lelakinya itu.

“Sebenarnya, saya berasa sangat bersyukur dan puas hati kerana peminat faham. Saya tidak mahu mereka (peminat) salah sangka.

“Lagipun, sudah lapan tahun menjadi ibu tunggal membuatkan saya sangat berdikari dan kuat bekerja demi rezeki untuk anak serta keluarga. Itu sudah buat saya gembira,” ujarnya.

Mungkin, Nana dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan mereka kerana sering dilihat berbalas komen di Instagram.

Lagipun, mereka pernah bergandingan bersama sama ada nyanyian duet ataupun menjadi hero heroin dalam telefilem. Kini, dengar-dengarnya pula Nana akan berduat dengan Khai Bahar menerusi satu single baharu.

Dalam pada itu, Nana bertekad untuk fokus kepada karier seninya dengan menggunkan peluang kedua yang diberikan dengan sebaik-baiknya.

Dalam perkembangan sama, lagunya, Terus Mencintai bakal berentap dengan 29 lagu lagi di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 32 pada 5 November ini. All the best buat Nana dalam menggapai impian dan cita-citanya! – MYNEWSHUB.CC/SA

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here