“Tak Payahlah Ada GST Ni Dato Seri,” – Selamba Pak Nil Sound Perdana Menteri Dalam Satu Bualbicara

Mungkin ada rakyat Malaysia yang sukakan cukai GST. Tapi, peliklah kalau masih ada yang menyukai cukai GST yang sangat membebankan itu. Jika ditanya pada semua orang, pasti ada yang menjawab dan meminta agar segera dimansuhkan GST.

Mungkin ada yang mengatakan rakyat marhaen macam kita sahaja yang begitu terbeban dengan GST? Sebenarnya, tidak! Cuba lihat sahaja di dada akhbar, pasti ada ramai wajah-wajah selebriti atau artis tanah air yang terpampang kerana mempunyai masalah untuk menyelesaikan perkara yang membabitkan GST.

Terkini, artis terkenal, Datuk Aznil Nawawi atau lebih mudah dipanggil dengan gelaran Pak Nil yang telah memuat naik satu posting yang telah mendapat perhatian ramai netizen menerusi laman Instagram miliknya.

Pengacara Terkenal Datuk Aznil Nawawi akan mengacarakan rancangan baru iaitu Bicara Empat Mata yang bakal mengangkat martabaatnya dalam bidang pengacaraan. Dalam rancangan itu, Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra dipanggil Pak Nil akan bertemu secara empat mata dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam satu posting di Instagram miliknya, Pak Nil memuat naik gambar beliau bertemu perdana menteri di Dewan Tunku Ismail di PWTC, Kuala Lumpur.

Menurut postingnya itu, Pak Nil turut berkongsi beberapa soalan yang diajukan kepada perdana menteri.

“Kenapa harga minyak banyak naik dari turun?”

“Tak payahlah ada GST ni,” tulis beliau.

“Tukaran mata wang ni buat kami lagi sukar Datuk Seri. Macam mana ni?” soalnya lagi.

Pak Nil turut bertanya soalan berkenaan Rumah Mampu Milik.

“Kos sara hidup makin tinggi ni Datuk Seri.

“Kerajaan buka mata dan telinga tak pada resah kami?” soalnya lagi.

Bagi mengetahui jawapan itu,Pak Nil berkata mereka yang berminat perlu menonton program baru bual bicaranya.

“Banyak lagi #paknil timbulkan bila berdepan 4 mata dengan PM.
 
“Korang kena tonton program #Bicara4Mata akan datang,” tambah Pak Nil.

Sementara itu, mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menulis di Twitter miliknya mengulas soalan Aznil dan pertemuan dengan perdana menteri itu.

“Terima kasih Aznil. Setiap hari saya terima rungutan yang sama dari rakyat Malaysia, dulu tidak pernah seteruk ini.

“Rakyat Malaysia dahagakan kebenaran. Saya nantikan jawapan dari @NajibRazak,” tulis mantan perdana menteri itu.

Reaksi Netizen

Selepas posting tersebut dimuatt naik oleh Pak Nil, berbagai reaksi dan pendapat yang diberikan netizen. Malahan, ada yang amat menyukainya dan ada juga yang dilihat seperti tidak bersetuju dengan ‘suara’ yang diajukan oleh Aznil Nawawi itu.

komen netizen

Sila tunggu dan lihat apakah jawapan yang akan diberikan oleh Perdana Menteri kita nanti.

Sumber : SiakapKeli

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here