[TERKINI] Kisah Umy Rohayu Mendapat Perhatian MHI TV3…Siarannya Pada…??

[Tonton VIDEO Pasangan Jannah ni akhir rentetan kisah ini]

Hari ke 277
Alhamdulillah..semua dipermudahkan hari ni,umy lancar bila bercakap sekarang depan kamera,bila keyakinan diri ada,sikit tak ada kesalahan..dulu masa bt rakaman untuk nona,berpuluh2 kali tersilap bercakap..sebab xbiasa,sekarang bersyukur mampu hadapi semua dengan tenang,hari ni aby gembira sangat,aby pun tidak meragam wktu orang temubual syg tadi..kisah kita akan keluar di MHI TV3 pagi khamis 8/2/2018,harap semua follower tngk nanti dan xlupa juga jutaan terima kasih kerana mendoakan kami
sekarang perjalanan hidup kita makin jauh,kita hampir keluar dari ujian ini,syg akan berusaha ubah nasib keluarga kita,satu persatu perkara yang baik2 berlaku dalam hidup kita,dengan kesibukkan syg sekarang ni,sampai kan syg tdk sempat utk berfikir pun tentang kesengsaraan,syg sampai xsempat merintih dan mengenang nasib kita,sebab syg yakin setiap ujian ada hikmahnya,sekarang Allah mula memberi ape yang syg minta disetiap sujud syg..airmata syg menitis hanya ditikar sejadah,dengan cara itu diri syg makin kuat dan tabah,terima kasih ya Allah..hadiahkan ketabahan & kekuatan ini yang tiada pada orang lain,syg teguh berdiri disisi aby dengan izin Allah,kita akan menyintai satu sama lain sampai bila2
MRMZ💞

Hari ke 276
Hari ni dh start repair rumah,aby xdapat nk berehat dengan selesa,esk selepas temubual dengan MHI TV3,kita akan pindah ke ruamah sewa,hari ni syg betul2 sibuk,banyak sangat kerja tp syg cuba bahagikan masa untuk aby n anak2,dlm kesibukkan syg..xkn pernah syg lupa utk pulihkan ingatan aby,syg nk aby jelas dengan kehidupan sebenar,syg nak aby buka mata tengok keadaan sekeliling,tgk dunia kita sekarang,siapa yang ada siapa yang tiada,kita xperlu ingat sesiapa pun..kita perlu bergantung dan ingat pada Allah
Hari2 syg xpernah lupa ajar aby serba sedikit,syg bukan sempurna sangat bab agama tp syg akan ajar aby sikit2,supaya kita sama2 mendekatkan diri pada Allah,biarlah diri syg yang jahil ni & diri yang orang kata ahli neraka ni yang bantu aby,sekarang pun Allah dh tunjuk dh..syg bersyukur sbb Allah berikan ujian ni pada kita,Allah nk orang yang mengata syg tu,buka mata..syg tahu ada sebab Allah turunkan ujian,bersyukur lah aby..kita masih ada peluang,kuatlah demi kami,syg xkn peduli ape pun orang mengata kita,orang pandang kita,kita hidup kerana Allah,berharap aby akan didik syg n ank2 dengan sempurna
MRMZ💞

Hari ke 275
Hari ni umy aby dan eqy kurang sihat selsema,xdemam tp selsema,aby smpai merah mata2,mesti jangkit dari umy..kesian kt cinta hati umy ni,tinggal kakak je yang xselsema..umy harap cepat la baik,sbb xsmpai hati tgk aby smpai merah muka2..hari ni habiskan masa bersama,umy akan hiburkan aby dan ank2 dekat rumah,bila dlm keadaan mcm ni,keluarga kecil kita makin rapat,in sha Allah..tahun depan umy bg adik pada kakak & eqy😝tunaikan permintaan aby
Umy dh sewa dh rumah depan rumah umy ni,kerja baik pulih ruang tamu rumah umy start esk tp umy xjadi lagi keluar dari rumah ni,sbb MHI dari tv3 akan dtg hari ahad ni,mungkin ari ahad petang baru berpindah keluar dari rumah ni,klu aby xsakit,mmg xkn pindah keluar,tp takut habuk bunyi bising & nak bawa aby jumpa pakar susah klu ruang tamu sudah dirobohkan,nasib baik la ada rumah sewa kt depan rumah umy tu,dh la senang utk bawa aby keluar masuk rumah sewa tu,nanti hari2 umy bawa aby tgk sawah padi,umy nak aby cepat sembuh,umy nak fikiran aby sentiasa tenang
MRMZ💞

Hari ke 274
Syukur Alhamdulillah..sentiasa bersyukur setiap hari,biar la ape pun dugaan dan rintangan,syg yakin Allah sentiasa bersama,syg tidak akan pernah mengeluh sbb setiap ujian yang Allah turunkan,atas kemampuan kita,syg sangat yakin syg mampu hadapi dengan tenang,hati syg sangat lapang jiwa syg sngt tenang,dekatkan diri kita pada Allah & sentiasa berzikir,bila diberi ujian sebegini..kita akan tahu kemampuan diri,syg akan berusaha merubah nasib keluarga kita,lebih baik dari dulu
Sekarang aby sentiasa sebut nma Allah..kdg2 syg jadi sebak,sbb syg thu aby cuba dekatkan diri padanya,syg pasti 1hari nanti Allah akan makbulkan doa kita,semoga Allah permudahkan urusan kita,aby makin malas bercakap & bt pergerakkan sekarang ni tetapi syg xkan putus asa,syg akan bt aby bercakap..ni hnya ujian kecil bt kita,bila aby makin sembuh,perangai aby pn dh berubah tetapi syg tahu aby akan sentiasa dengar cakap syg sbb hnya syg dan ank2 je sentiasa bersama aby
MRMZ💞

Hari ke 273
Allah permudahkan urusan hari ni,umy dh dpt rumah untuk disewa selama 2mggu,depan rumah umy je..hari sabtu dh start repair rumah,umy terpaksa bawa aby keluar dari rumah ni,sbb tempat nk repair tu ruang tamu depan bilik umy,semua yang umy bt utk aby..utk kemudahan kita depan hari,sbb umy nk aby lebih selesa dengan keadaan rumah ni,senang nanti umy nk bawa aby keluar dari rumah,syukur Alhamdulillah..rezeki kita sentiasa ada,sentiasa cukup..selangkah kaki umy keluar rumah,rezeki yang akan umy bawa balik,yang penting niat kita
Hari ni aby sangat hensem,bersih muka aby..hari ni juga kali pertama setelah aby kemalangan,syg pakaikan seluar pendek,aby suka boleh pakai seluar,xperlu la pakai kain pelikat..lebih kemas aby nanti bila lengkap berpakaian,aby akn lebih rasa sihat nanti,seluar panjang belum boleh lagi..sbb susah nk pakaikan,in sha Allah..xlama lagi aby akan dapat pakai seluar jeans semula,aby perlu kuat..200k follower syg mendoakan aby,syg tunjuk pd aby n aby boleh sebut brpa rmai follower yg ada,syukur Alhamdulillah..syg harap 1 hari nanti,aby sendiri yang akan bercakap di dalam live di fb syg,dan ucapkan ribuan terima kasih pada semua
MRMZ💞

Hari ke 272
Alhamdulillah..13/2 pula kita jumpa pakar,syg terpaksa izinkan doktor operate & jahit balik tempat trachy,itu yang terbaik untuk aby..syukur Alhamdulillah,yang penting aby dh xperlukan trachy itu lagi,aby dh boleh bernafas dgn baik,wlpn keadaan aby sparuh sedar,syg dh bersyukur sngt..aby perlu kuat,sebutlah sentiasa nama Allah,berzikirlah seperti yang syg ajar setiap hari,Allah sentiasa ada bersama kita,susah kita..ramai lagi yang lebih susah,berat ujian kita..berat lagi ujian orang lain
Sentiasa positifkan diri,syg xkn penat hiburkan aby setiap hari,syg xpenat berusaha ajar aby & menjadi guru yg baik,dari 0 sampai ke tahap ari ni..tu dh bnyk pkembangan,kita perlu sentiasa bersyukur,sampai masa Allah akan beri ape yang kita minta,syg ad kt kb ni..minggu ni syg banyak urusan,syg akan cuba ubah nasib keluarga kecil kita,supaya aby sembuh nanti aby bangga mempunyai isteri seperti syg,bkn blasan yg syg minta..cukup aby sihat dan sentiasa ada bersama kami,minggu depan kita ada tetamu dari MHI TV3,sekali lagi kita akan masuk tv,semoga dipermudahkan
MRMZ💞

Hari ke 271
Umy muka ketat hari ni,selsema..harap xberjangkit pada aby,harap umy diberi kesihatan yang baik utk menjaga syurga umy yang hensem ni..in sha Allah..esk umy akan bt live dengan aby,selepas jumpa pakar dekat husm..pasal keadaan leher aby yang tercabut trachy tu,umy harap semua baik2,sbb umy tahu ramai yang mendoakan kesihatan aby..betul kata doktor peluang aby utk sembuh tipis dan umy tahu agar sukar utk aby berdiri dan berjalan semula,tetapi sedikit tidak mematahkan semangat umy..wlpn ingatan aby tdk pulih sepenuhnya,umy dh bersyukur umy berjaya bt aby kembali ingat sikit,kita akan cipta memori baru dan lebih indah dari dulu ye aby
Semalam umy bermimpi kita ke mekah,aby mengunakan wheelchair,apekah maksud itu?adakah Allah nk beri peluang pada kita smpai ke tanah suci itu,adakah itu jalan utk aby sembuh?in sha Allah aby..1 hari nanti,kita akan smpai ke sana..mungkin Allah nak beri hidayah kepada kita,umy akan kumpul duit..umy akan bawa aby kesana nanti,yang penting aby kuat untuk sembuh,kita berdua perlu redha,Allah akan berikan yang terbaik utk kita,sabar dengan ujian kecil dari Allah ini
MRMZ💞

Hari ke 270
Syg cuba sedaya upaya,syg akan iktiarkan sesuatu,supaya aby dpt bangun dan berjalan semula,kami nak aby sihat mcm dulu,kami nak aby pergi mencari rezeki & menjaga kami seperti dulu,tetapi kalau ditakdirkan oleh Allah..aby xmampu berjalan,xpe..aby jangan risau,syg mampu menjaga aby n ank2,syg mampu mencari rezeki,syg tdk takut utk terus melangkah,sbb klu kita tdk cuba,kita xkn tahu kebolehan kita,kita xkn dpat ubah kehidupan kita,aby dh capai tahap ari ni pn dh membuatkan syg bahagia,wlpn aby belum pulih ingatan sepenuhnya,syg akan cuba jadi guru yg terbaik,syg ada cara syg sndiri utk aby sembuh
Semalam kisah kita masuk metro,syg ada juga terbaca komen2,ada yang mengatakan syg ada hak utk minta cerai dsbbkan aby xmampu,utk pengetahuan ye..betul umy ada hak,tetapi cinta kami bukan terletak kepada kemampuan itu,kkurangan aby..umy sbgai isteri akan jadi plengkap hidup,kami ada cara kami utk bahagia,mana tahu dlm masa terdekat kami akan mendapat rezeki baby😍,jangan lagi kata aby xmampu ye…ingt tu,jangan kata orang diluar sna yg mampu boleh hidup bahagia,ujian akan dtg pelbagai cara..
MRMZ💞

[WANITA BESI] JUS WANAYU – Umy keluarkan dan amalkan utk aby.. Alhamdulillah dgn izinNya..POSITIF

Ramuan yang ada didalam JUS WANAYU
Jom kita mencegah dari penyakit,mencegah lebih baik dari merawat..sayangilah diri kita semua,jom amalkan makanan sunnah..

Bila bergelar wanita,banyak yang perlu kita jaga..dalaman & luaran,kita semua tahu ia penting

SERAPAT – menegangkan tisu faraj,menegangkan payudara,menegangkan otot & sendi

Yang ada masalah keputihan,berbau,kurang tenaga zahir & batin boleh cuba juswanayu

#wanita
#juswanayu

Ramai yang repeat oder JUS WANAYU WANITA
Alhamdulillah..bukan mudah utk kita yakin kan custmer,tetapi bila dh mereka cuba..bila berkesan,pasti mereka akan beli lagi..syukur selalu

#juswanayu
#wanita

Emak ayah sakit lutut,ada kencing manis,sakit tekak & tonsil,penyakit lupa,masalah penglihatan & sebagaiNya boleh amalkan jus wanayu

Luban – baik untuk penyakit lupa
Habatus sauda – penambah stamina & tenaga

#lelakiwanita
#juswanayu

Anak2 kurang aktif,malas ke sekolah,sembelit & kurang selera makan,boleh amalkan jus wanayu

DHA – pertumbuhan otak yang cergas,pertumbuhan saraf yang baik

KISMIS – melawaskan pembuangan air besar

#minda
#juswanayu

www.wasap.my/60133877161

Masa ni umy xtido lagi..sibuknya cari duit utk kita aby..lenanya aby tido,siap berdengkur lagi..orang xkan rasa ape yang umy rasa,keperitan hidup..bila ada segala2,Allah tarik nikmat tu..dan sekarang Allah beri satu persatu balik,bersyukur dengan berkat usha sendri,makan xmakan takde siapa yang peduli,takde siapa yang datang menemani,susah senang hanya kita je aby..takde seorang pun sanggup terus berada disisi,mereka mencipta seribu alasan,tetapi itulah realiti hidup,kita xkn boleh bergantung pada sesiapa pun..hanya Allah sahaja tmpt kita bergantung,melangkah la dan terus melangkah,biarkan mereka..mereka hanya pandai bercakap dibelakang je,sbb Allah belum uji mereka lagi..adakah mereka setabah kita?ujian xkn sama tetapi akan merasai juga..masa akan merubah segala2,1hari nanti…pasti terjadi
MRMZ💞

[Wanita Besi & Isteri Mithali – Umy Rohayu] Bakal Tubuhkan TABUNG IBU & ISTERI PRIHATIN (TIIP)

Petikan dari fb Shafie Abdul Rahman

Puan Ayu & TIIP…
Pihak ngo Wakaf Dunia Islam (WADI) telah memetrai perjanjian penerbitan buku catatan 100 Hari Menggapai Syurga Terindah dengan puan Siti Rohayu. Penerbitan buku ini adalah sebahagian perancangan WADI dalam membantu puan Ayu dan suaminya yang masih terlantar. puan Ayu juga bersetuju menyalurkan sebahagian drp kutipan jualan buku ke Tabung Ibu & Isteri Prihatin (TIIP) yang bakal ditubuhkan. Ini kerana puan Ayu yakin masih ramai ibu dan isteri yang senasib dengannya yang berjuang tanpa mendapat bantuan daripada mana-mana pihak. TIIP akan menyalurkan bantuan kepada ibu-ibu & isteri-isteri ini supaya beban mereka dapat diringankan. MOGA rancangan penubuhan TIIP mendapat sokongan dan dokongan ramai… Marilah kita zahirkan sokongan dengan “LIKE” 👍 & membeli buku catatan 100 Hari Menggapai Syurga Terindah…

Siapa yang sokong umy dalam bab ni?umy nak tgk siapa yg SHARE & KOMEN nak beli buku umy nanti,umy bukan riak nk menunjuk tetapi umy sudah lalui ujian yang amat berat,tak salah kita kongsi rezeki,bagi umy..duit bukan segala2,wlpn umy sangat perlukan duit tetapi utk kehidupan yang lebih baik,umy nak keberkatan hidup,umy nak aby sembuh,jadi umy nk salurkan kepada yang senasib dengan umy,ape yang Allah beri pasti cukup untuk kami,yang pasti umy berusaha mencari rezeki yang berkat & halal

#sharebanyak2

 

[TERKINI] Penerbit Novel Terangkan Sebab Utama Terhasilnya Nukilan Untuk UMY Ayu..

Assalamualaikum.

Petikan dari fb Shafie Abdul Rahman

1.Terima kasih semua atas sokongan yg diberikan serta minat yg ditunjukkan. Tksh juga kpd dua orang sahabat yg bersama2 saya menemui Pn Ayu di Jertih, Trg iaitu En Jamil Mutalib dan Farouk Adam, Pengurus Projek saya.

2. Saya dan rakan2 mengucapkan syukur kpd Allah yg melancarkan segala urusan kami bermula drp perjalanan dr KL pada hari Khamis pkl 2 tghri hgga selamat sampai di Jertih kira2 pkl 10 mlm.

3. Terima kasih kpd Pn.Ayu dan suami serta keluarga tmsuk kakak beliau yg turut serta menjadi saksi kpd perjanjian penerbitan novel yg menceritakan kisah cinta yg mendalam serta kesetiaan dan ketabahan Pn.Ayu dlm merawat suaminya.

4. Objektif utama drp penerbitannovel ini adalah bg mengumpul sejumlah wsng untuk membolehkan Pn.Ayu membeli sebuah kereta utk memudahkannya bergerak ke HUSM bagi meneruskan rawatan untuk suaminya.

5. Selain itu, kami juga berharap melalui projek ini juga dpt mengumpul dana bagi membiayai rawatan En.Muhamad Ridhwan iaitu suami kpd Pn. Ayu.

6. Novel ‘Menggapai Syurga yang Terindah’ adalah sebuah novel terapi cinta yg memperlihatkan bagaimana kuasa cinta dan kasih sayang seorang isteri mampu menjadi sebuah terapi untuk menyembuhkan suaminya yg koma dan x diberikan harapan untuk hidup.lama oleh pakar perubatan yg merswatnya.

7. Ia turut disulami dgn maksud ayat2 al Quran dan hadis serta kata2 motivasi.

8. Novel ini in shaa Allah akan dilancarkan di PWTC pada 30 April atau 1 Mei sempena Pesta Buku Antarabangsa KL 2018.

9. Bg para peminat dan follower Pn Ayu yg byk memberi sokongan dan kekuatan kpd Pn. Ayu, beliau amat2 menghargai sokongan yg diberikan dan bersetuju melancarkan jualan secara online bermula dari 15 Mac hgga 15 April. Harga tetap RM25 tetapi bg peminat yg membeli secara online, anda ditawarkan kos penghantaran@pos percuma.

10. Pn Ayu juga akan melancarkan TABUNG ISTERI & IBU PRIHATIN (TIIP) sempena penerbitan buku ini di mana sebanyak 20% daripada keuntungan projek ini (iaitu 10% adalah sumbangan Pn.Ayu sementara 10% lagi akan disumbangkan oleh pihak penerbit).

#share

Sekian, harap maklum.

Sourced Facebook Siti Rohayu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here