Image result for anak dengan bapa

TERLUKANYA AKU DENGAN SIKAP IBU DAN AYAHKU…..

Image result for anak dengan bapa

Asslamualaikum IIUM readers. Terima kasih jika confession aku diterima. Ketika menulis confession ini air mata aku umpama air terjun yang mengalir tanpa hentinya kerana betapa terlukanya aku dengan sikap ibu dan ayahku. Sebelum itu aku perkenalkan diri aku, seorang pelajar dan aku mempunyai 3 adik beradik. Seorang abang dan adik lelaki dan aku anak perempuan yang kedua. Anak manja ayah dan bukan anak kegemaran ibu sudah pastinya. Aku menulis confession ini hanya untuk meminta pendapat dan pandangan. Jika aku dikecam sekalipun aku tidak kisah kerana tidak semua orang faham situasi kita apa lagi perasaan kita.

Aku merupakan anak kesayangan ayah. Kebanyakan keinginan aku, aku lebih suka meminta kepada ayah daripada ibu kerana ayah lebih mudah tunaikan daripada ibu. Tapi sudah pasti setiap kali apa yang ayah bagi kepada aku ibu akan berkira dan akan mengungkitnya walaupun dari ayah. Tetapi bila abang dan adik aku meminta pada ayah, ibu aku tidak kisah berapa pun jumlahnya. Aku tidak iri hati mahupun cemburu kerana ayah menjalankan tanggungjawabnya sebagai ayah. Ayah cuba untuk berlaku adil antara kami adik beradik. Jarang sekali aku meminta pada ibu kerana susah untuk aku dapat.

Abang aku sudah bekerja. Umurnya sudah layak untuk dia berkahwin tetapi dia tidak pernah menyimpan kerana terlalu gemar dengan permainan judi online. Apabila memperoleh gaji yang hanya bertahan sepuluh hari sahaja kerana banyak dihabiskan kepada perkara yang sia-sia. Selepas gajinya habis, sudah pasti ibu akan memberinya duit setiap hari dan duit rokoknya. Kadang-kadang ibu merungut tapi hanyak sebentar sahaja. Ayah pula sudah tiada ayat untuk memarahinya. Aku hanya mampu lihat sahaja kerana abang anak emas ibu. Abang aku tidak pernah solat. Solat jumaat pun kadang pergi kadang tidak sebab dia bekerja.

Adik sekarang sedang menuntut di kolej awam. Duit motornya bulan-bulan ibu juga yang bayar. Dulu abang pun sama. Hampir separuh dari motornya ibu yang bayar walaupun dia bekerja. Kedua-dua motor ini atas nama aku atas sebab adik yang belum cukup umur ketika membeli motor itu. Ibu tidak kisah berhabis duit untuk anak lelakinya. Aku faham dengan situasi adik kerana ibu yang ingin dia menyambung pelajarannya.

Aku mempunyai motor sendiri. Ada orang bagi. Jika ibu hendak beli barang atau keperluan motor itu yang aku gunakan. Abang dan adik aku boleh dikira jika ibu meminta pertolongan untuk membeli barang. Kesudahnnya aku juga yang mebawanya. Apabila rosak ibu memarahi aku. Ayah yang betulkan motor itu dan ibu mengungkitnya sehingga aku rasa aku patut bayar balik duit ayah aku walaupun ayah aku tidak kisah. Selama ini motor abang kalau rosak, jika ayah yang betulkan dia tidak pernah mengungkit atau pun mengira jumlah duit yang ayah aku keluarkan untuk abang aku.

Sifat ibu yang memilih kasih buat aku rasa sakit sampai satu tahap nak lari dari rumah. Dari kecil sehingga aku besar aku memendam rasa sakit ini. Aku tahu sepatutnya aku bersyukur mempunyai ibu sedangkan berapa ramai diluar sana yang sudah kehilangan ibu. Sebaliknya aku rasa aku bimbang jika aku menjadi anak derhaka kerana sikap ibu. Rasa marah dekat ibu kadang-kadang ayah menjadi tempat untuk aku lepaskan kemarahan. Aku tidak dapat bayangkan hidup aku tanpa ayah.

Kepada ibu ayah di luar sana, cubalah berlaku adil. Kebanyakan anak perempuan memang rapat dengan ayah dan anak lelaki rapat dengan ibu. Tapi itu bukan tiket untuk ibu bapa membeza-bezakan kasih sayangnya. Semua anak mempunyai kelebihan dan kekurangannya. didiklah dan belailah dengan sepenuh hati. berikan didikan agam yang secukupnya. Aku dapat rasakan betapa kuat mental aku didera. Aku menahan emosi aku dari bertindak kasar dengan ibu kerana aku tahu apa hukum derhaka dengan ibu bapa. Aku cuba menjadi yang terbaik tetapi aku gagal. Ibu maafkan aku. Aku bukan anak yang baik.

-anonymous-

– Cik Anonymous

Sumber: www.iiumc.com

 

KISAH FYNN JAMAL, ARJUNA DAN AUTISME…

Fynn Jamal, saya kira meletop secara tiba-tiba. Beliau betul-betul meletop dan terkenal apabila mula berhijab. Lagu Arjuna Beta menjadi bualan secara meluas.

Fynn Jamal ternyata lebih cantik apabila mula berhijab

Namun, mungkin sudah ada yang mengenali beliau dan mengikuti perkembangan beliau sejak dulu lagi. Fynn Jamal atau nama sebenarnya Nur Affina Yanti Jamalludin merupakan guru bahasa Inggeris di Kazakhstan selama hampir 3 tahun dan merupakan pemegang ijazah Sastera dan Lingusitik Inggeris daripada UIA.

Beliau begitu lantang menyuarakan pendapat di media sosial dan amat disenangi ramai dek kerana sentiasa memperjuangkan hak-hak mereka yang kurang bernasib baik, terutamanya wanita dan kanak-kanak.

Mungkin tidak asing lagi lagu Arjuna Beta yang Fynn Jamal tujukan buat anak angkatnya Arjuna. Sebak dengar lagu ni bila diteliti liriknya. Bagi saya, suara Fynn Jamal biasa-biasa sahaja, tetapi lagu dan lirik ciptaannya ternyata sangat unik dan lain daripada yang lain.

Arjuna dilahirkan dengan masalah jantung, namun selepas pembedahan dia kini pulih sepenuhnya.

Tapi, bila Juna makin besar, Fynn mula melihat ada ‘kelainan’ pada Juna. Juna telah dibawa menjalani pemeriksaan dan hasil ujian pakar mengesahkan Juna penghidap autisme kategori mild. Antara ciri-ciri yang ditunjukkan oleh Juna adalah seperti:

Suka menyusun blok kayu dan dia akan marah apabila blok kayu tersebut diganggu susunannya;
Bila disepahkan, dia akan menyusunnya semula;
Tidak pernah memberikan eye contact mahupun sebarang tindak balas apabila namanya dipanggil;

Nasihat Fynn Jamal kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak autisme:

“Buat ibu bapa yang mempunyai anak autisme dan sebagainya, pertamanya perlu banyakbersabar dan ingat selalu anak-anak kita ni bukan consciously pilih untuk reject didikan dia. 
 
Mereka memang tak mampu untuk daftar input tertentu sebab otak mereka yang sangat selektif. 
 
Sebagai contoh, kalau otak dia memang otak ilmu fizik, tunjuklah panda gemuk ke paintball paling canggih ke memang dia tak ambil perhatian. 
 
Perlahan-lahan kayuh
 
Kalau kita kuat semangat, dari Perlis ke KLCC naik basikal pun akan sampai. 
 
Cuma lambat atau cepat. 
 
Usah risau hidup ini bukan pertandingan.
 
Apa yang penting sebagai ibu bapa dengan anak autistik, jangan cepat putus asa kalau anak kita tak masuk ajar sekuat mana pun kita mencuba.”

Mendalam nasihat Fynn Jamal ni, saya sangat sukakan ayatnya “hidup ini bukan pertandingan”.

Insyaallah, walaupun anak-anak saya tiada yang autisme, tapi nasihat ini juga terpakai untuk saya yang juga bergelar seorang ibu. Tanggungjawab saya besar untuk mencorakkan keperibadian dan hala tuju kehidupan anak-anak.

Hidup ini bukan pertandingan.

It’s okay kalau anak kita masih tidak tahu membaca pada umur 5 tahun di kala rakan-rakannya yang lain telah pandai membaca. Jangan dipaksa anak itu. Sedih saya mendengar kisah kawan saya yang telahpun menghantar anak ke kelas tuisyen seawal umur 5 tahun semata-mata kerana beliau lambat membaca.

Yang penting, kita tahu apa yang kita nak design anak kita untuk masa depannya, di dunia dan di akhirat.

Sebelum mengundur diri, jom dengarkan lagu Warkah Arjuna (Arjuna Beta).

Saya suka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here