Terserempak Dengan Bekas Isteri Fiza Dan Suami Barunya, Ini Pendedahan Adam AF Tentang Apa Terjadi…

Pertemuan di sebuah restoran menjadi ruang buat penyanyi Adam (Akademi Fantasia 2) untuk mengenali dengan lebih rapat suami baru kepada bekas isterinya, Fiza Halim.

Menurut Adam, selepas peristiwa itu dia mula menganggap suami Fiza, Aizat Al Jefri sebagai seorang lelaki yang baik dan mampu membahagiakan Fiza.

terserempak dengan fiza halim dan suami barunya ini pendedahan adam af tentang apa yang terjadi 2Kredit foto: Instagram Adam AF2

Sebenarnya selepas sahaja kami berpisah saya memang tidak henti-henti mendoakan kebahagiaannya. Apabila saya dapat tahu dia sudah berkahwin terus-terang saya rasa amat bersyukur dengan berita itu kerana akhirnya ada juga orang yang boleh menjaganya. Saya berpeluang berkenalan dengan suaminya baru-baru ini selepas kami terserempak di kedai makan yang sama dan Fiza memperkenalkan saya dengannya. Saya lihat suaminya seorang yang baik dan saya yakin Aizat dapat menjaganya dengan baik.

Mengulas mengenai hubungannya dengan bekas isteri, Adam mengakui mereka tetap berbaik meskipun telah berpisah.

terserempak dengan fiza halim dan suami barunya ini pendedahan adam af tentang apa yang terjadi 3Kredit foto: Instagram Fiza Halim

Alhamdulilah hubungan kami sangat baik dan tiada apa-apa masalah. Dia merupakan wanita yang pernah menjadi isteri saya dan tak mungkin saya mahu membencinya. Saya sentiasa mendoakan yang baik-baik sahaja untuknya.

Sememangnya sejuk mata memandang gambar-gambar pernikahan Adam AF dan Fiza Elite sbelum ini. Memang kedua-duanya sama cantik dan sama padan. Majlis yang sederhana menyerlahkan lagi keserian mempelai kita ini. Tumpang seronok Abang Nara melihat masjid yang dibina.

gambar nikah fiza elite dan adam af

Semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat buat mereka berdua. Semoga mendapat banyak cahaya mata untuk menyerikan lagi kehidupan mereka. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan Adam AF dan Fiza Elite dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Perceraian antara Adam AF, 32, dan Fiza Elite, 34, mendapat perhatian ramai memandangkan ini merupakan perceraian kali kedua buat mereka.

Menurut Adam, punca penceraian antara mereka biarlah hanya ALLAH sahaja yang mengetahuinya

“Saya tidak mahu mengulas apa-apa tentang perkara ini.

“Apa pun, ia bukanlah disebabkan oleh orang ketiga ataupun masalah kewangan. Mungkin sudah tiada jodoh antara kami,” katanya lapor Media Hiburan, semalam.

Adam dan Fiza bernikah pada September 2013 tetapi mereka tidak dikurniakan anak dan pernah bercerai pada 28 April 2014 tetapi rujuk pada tahun sama.

Buat kali kedua, Adam menceraikan Fiza dengan talak satu di rumah mereka di Gombak pada 21 September lalu sebelum mengesahkan lafaz cerai di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 28 Disember lalu.

Bercerita tentang kegagalan rumah tangganya, Adam akui reda dengan apa yang berlaku.

Fiza, Adam AF

“Setelah mencuba (mempertahankan rumah tangga), saya reda dengan apa yang berlaku ini dan menganggap perpisahan adalah jalan yang terbaik buat kami berdua,” katanya.

Sebelum ini Fiza ada meluahkan perasaannya di laman Instagram merujuk kepada kritikan yang dilempar kepadanya setelah berita perceraiannya tersebar.

“Tak semua orang suka kita dan suka apa kita buat. Ada sahaja yang tak kena. Saya pun hidup macam manusia biasa,cari rezeki di muka bumi ALLAH ini. Saya mencari rezeki yang halal demi untuk menyara keluarga saya terutama Mama saya setelah saya kehilangan Papa saya tahun lepas.

“Apatah lagi sekarang ini saya hidup sendiri, perlu cari duit sendiri tanpa minta pada siapa-siapa. Saya perlu bekerja keras utk keluarga saya terutama anak-anak dan Mama. Saya rasa mahu saya tidak boleh hidup kalau fikirkan kata orang. Saya harap apa pun yang saya buat lepas ni jangan dipertikaikan lagi,” tulisnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here