Tiga Beradik Maut: Ibu Bapa Terima Berita Kematian Ketika Tawaf

http://www.siakapkeli.my

KUANTAN: Ibu bapa serta adik perempuan kepada tiga beradik yang maut dalam kemalangan di Jalan Pekan-Kuantan di sini pagi tadi sudah menerima berita sedih berkenaan ketika melakukan tawaf umrah.

Salah seorang ahli keluarga mangsa yang dikenali sebagai Basir berkata berita itu dimaklumkan kepada ibu bapa mangsa sera adik perempuannya menerusi ejen pengurusan umrah.

“Mereka reda dengan kejadian menimpa Wan Nur Athirah, Wan Nur Afifah dan Wan Muhammad Mahathir Rafiqi, mereka memutuskan untuk kembali ke Malaysia bagi melihat insan tersayang mereka buat kali terakhir.

“Ejen pengurusan umrah berkenaan memberitahu ketiga-tiga mereka dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 11 pagi esok dan dibawa terus ke Kemaman.

“Jenazah tiga beradik berkenaan dibawa ke Hospital Kemaman malam ini untuk disimpan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Kapur, Binjai. Bedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sudah selesai sebentar tadi,” katanya sebagaimana lapor BH Online.

Pagi tadi, ketiga-tiga mangsa iaitu Wan Nur Athirah, Wan Nur Afifah dan Wan Muhammad Mahathir Rafiqi maut selepas kereta jenis MPV mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam parit.

Dua lagi penumpang iaitu iabu saudara, Salmah Ibrahim, 58, serta anaknya Nurul Aliani Zawawi, 25, cedera dan dirawat di HTAA.

Sumber: BH Online

 

Innalillahiwainnailaihirojiun, 3 beradik maut selepas hantar ibu bapa dan adik ke KLIA untuk tunaikan umrah Al- Fatihah…

By  Uncategorized  0 Comments

KUANTAN: Perjalanan tiga adik-beradik selepas menghantar ibu bapa mengerjakan umrah berakhir tragedi, apabila ketiga-tiganya maut dalam kemalangan, di Kampung Batu Putih di sini, awal pagi tadi.

Mangsa dikenali Wan Nor Afifah Wan Mohd Kamaruzzaman, 28, Wan Nor Athirah, 27, dan Wan Mohd Mahathir, 14.

Mangsa cedera dalam kemalangan itu pula ibu saudara mereka, Salma Ibrahim serta anaknya, Nurul Aliyani Zawawi yang dirawat di Unit Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Ibu saudara mereka yang hanya mahu dikenali sebagai mama, berkata kelima-limanya dalam perjalanan pulang dari Melaka, ke rumah mereka di Kampung Padang Lalang Binjai, Kemaman, Terengganu.

Khamis lalu, katanya, mereka menghantar ibu bapa serta adik perempuan mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan terus ke Melaka untuk melawat saudara.

Saya mendapat tahu mengenai kejadian ini, kira-kira jam 7 pagi selepas dihubungi oleh Nurul Aliyani yang dapat keluar daripada kenderaan mereka yang termasuk ke longkang besar di tepi jalan. Dia beritahu kejadian berlaku kira-kira jam 5.45 pagi.

Dia beritahu saya, tiga adik beradik itu sudah meninggal dunia dan dia hanya dapat keluar selepas dua jam bergenang dalam air. Ibunya (Salma) dapat dikeluarkan tidak berapa lama selepas itu.

Luluh hati saya sebaik mendengar berita itu. Tidak tahu macam mana hendak beritahu ibu bapa mereka yang sedang mengerjakan umrah,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik HTAA di sini, pagi tadi.

Mengikut maklumat awal diterima daripada ahli keluarga, ibu bapa kepada mangsa dikenali Wan Kamaruzzaman dan Rosnani Ibrahaim manakala adik perempuan dikenali, Wan Nor Aqilah yang sedang mengerjakan umrah.

Sementara itu, jurucakap Bilik Gerakan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here