TINDAKAN MAKCIK YG BERANG DENGAN LAYANAN DI KAUNTER BANK, BUAT ‘TELLER’ SOMBONG ITU TERDIAM.

Post kali ini bukanlah bertujuan menyatakan yang semua kerani bank bersifat angkuh. Sebaliknya ramai lagi ‘teller‘ bank yang mesra pelanggan dan melayan pelanggan dengan penuh sopan santun. Kisah pengajaran ini juga bukan memfokuskan sektor perbankan sahaja, malah untuk pengajaran bagi mereka yang berkhidmat di ‘front line‘ atau pun khidmat pelanggan.Pasti ada antara kita yang ada pengalaman berurusan dengan kaunter urusan yang biadap seperti kisah ini.

Kisah ini pasti memberi pengajaran berguna bagi mereka yang berada di ‘front line‘ ini agar tidak terlalu angkuh dan menjalankan tanggungjawab yang diberikan majikan dengan penuh etika dan jangan lah anda memandang rendah orang yang berurusan dengan anda.

Berikut merupakan kisahnya:

Seorang mak cik telah pergi ke kaunter bank untuk mengeluarkan wang sebanyak RM 500. Tetapi kemudiannya kerani di kaunter bank itu telah melontarkan kad dengan lagak yang kurang ajar kepada mak cik itu sambil berkata “kalau nak keluarkan duit kurang daripada RM5000 sila keluarkan di ATM. Kami tiada masa untuk keluarkan wang yang sedikit.”

Kemudian, mak cik itu mengambil kad itu semula dan menyerahkannya kepada kerani tersebut dan berkata “Kalau macam tu keluarkan sahaja semua yang ada di dalam akaun ini.”

Kerani bank itu sangat terkejut apabila mendapati di dalam akaun mak cik itu terdapat sejumlah RM 20 JUTA.

Dengan lemah lembut & penuh santun, kerani bank menyatakan mereka tidak dapat menyediakan wang sebanyak itu. Jika mahu pengeluaran sebanyak itu, perlulah membuat temujanji.

Mak cik itu kemudiannya bertanya tentang jumlah yang boleh dikeluarkan secara serta merta pada hari tersebut. Lalu kerani bank menjawab dengan amat sopan. Jumlah yang boleh dikeluarkan ialah RM 300, 000 sahaja.

Mak cik itu menjawab “kalau begitu saya mahu keluarkan RM300,000 SEKARANG!!”

Dengan susah payah kerani bank mengira dan menyerahkan kepada mak cik itu. Setelah mengambil duit itu, mak cik menyerahkan semula duit sebanyak RM299, 500 kepada kerani tersebut dan berkata,

“Saya hanya memerlukan RM500 sahaja. Sila simpan semula semua duit saya ke dalam akaun saya…”

Sebenarnya, sifat angkuh dan sombong ini adalah sikap individu itu sendiri yang telah mencemarkan nama sektor tertentu. Tidak dinafikan, terdapat juga pelanggan yang sangat sombong dan berlagak ketika berurusan di kaunter khidmat pelanggan ini. Pokok pangkalnya, ia terletak pada sikap individu itu sendiri.

Bagi yang berkhidmat dikaunter, kalau anda rasakan anda tidak dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, adalah seeloknya anda bekerja disektor lain yang tidak akan membebankan anda. Salam.

sumber: sentapmedia.com
Awak | Jangan jadi manusia sombong. Kepada DIA juga kita akan kembali!

Okeyh, we direct to our entry. One question I want to ask to all. Kenapa kita manusia perlu berbangga sangat dengan kehidupan kita di dunia ini? Berbangga dengan apa dan kelebihan yang kita miliki sekarang. Sedangkan semuanya fake, palsu dan tak kekal lama. Semua yang kita miliki di dunia ini hanyalah pinjaman sementara. Jadi, sangat hairan lah bagi mereka yang sombong dan bongkak sedangkan Dia yang jadikan kita, Dia yang bagi segala-galanya. Udara dan oksigen yang kita sedut sekarang ini pun dari Dia. Kita semua ini berada di bawah langit yang sama, langit Ilahi. Tak kira lah kita ni Muslim ataupun tidak.  Jadi, sama-sama kita tepuk dada, tanya hati, tanya iman kita. Hebat sangat ke kita ini sampai perlu perlu bongkak dan sombong sesama manusia apatah lagi dengan Allah, padahal hakikatnya kita ini bergatung total hanya kepadaNya.

Jangan bangga sangat dengan pakaian yang cantik dan mahal yang kita ada kerana pakaian terakhir kita nanti adalah kain kapan putih juga. Semua sama!Jangan bangga sangat dengan kenderaan mewah kerana kenderaan terakhir kita adalah van jenazah dan papan keranda.Jangan terlalu syok dengan tempat tidur, tilam yang empuk dan selesa kerana tempat tidur terakhir kita adalah di liang lahad di dalam kubur nanti.Jangan terlalu ego dan sombong kerana mampu mempunyai rumah mewah sebab rumah terakhir kita nanti adalah kubur bertiang dua.Jangan terlalu ego dengan pangkat, jawatan, harta dan darjat sebab bila mati semua tuh tak dapat bawa masuk jugak dalam kubur pun, bekal yang ada pun hanya amalan kita sahaja.Jangan terlalu bangga dan sombong dengan wajah yang kacak jelita kerana bila mati nanti wajah kita itu juga akan berubah. Jadi tengkorak semua. Pucat lesi, tulang je ada!

Mati itu pasti!

Apabila telah tiba waktu kematian seseorang itu, maka kita tak akan dapat lari daripada ajal. MATI itu pasti! Kenyataan yang sememangnya tidak dapat dielakkan lagi sejak ALLAH meniupkan roh ketika manusia di dalam kandungan ibu. Mati tidak kenal umur, pangkat, rupa paras dan darjat kerana ianya satu yang pasti telah dicatatkan. Bayangkan kain putih menutupi sekujur badan kita yang selama ni dibaluti pakaian yang mahal-mahal dan cantik-cantik? Bayangkan apakah perasaan kita sebaik ditinggalkan keseorangan dalam liang yang dalamnya tujuh kaki dengan hanya ditemani kegelapan? Yang ada, yang akan menjadi cahaya untuk kita di dalam sana hanyalah amal ibadah kita di dunia. Sesungguhnya, matinya anak Adam itu, maka terputuslah dia melainkan dengan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan. Allahu! Amalanku masih sedikit. Akan bercahayakah liang lahadku? atau dipenuhi ular, kala jengking dan segala binatang berbisa. Nauzubillah, jauhkanlah!

Hidup kita adalah untuk mati

Pernah tak pagi-pagi, bila kita bangun dari tidur dan kita terfikir bagaimana pengakhiran hidup kita nanti? Pernah tak kita rasa takut nak tidur, takut bila dah tidur tak bangkit-bangkit sudah? Allahu, sedangkan manusia yang sedang berjaga, orang yang sedang sujud waima orang yang sedang berbuat maksiat pun Allah boleh tarik nyawanya saat itu, apatah lagi orang yang sedang lena dibuai mimpi mainan syaitan. Sesungguhnya, hidup kita adalah persediaan untuk mati. Kenapa mesti takut dengan mati? Sedangkan hidup kita ini adalah memang untuk mati. Syarat untuk mati adalah kita mesti hidup kan. Andai baik amalan kita, bahagialah kita di sana. Tapi, ramai yang lupa, lalai dengan dunia. Kita lupa, kehebatan kita, kecantikan kita, kemewahan, keamanan kita adalah semua milik Allah. Kita hanya pinjam sekejap je sebelum dia kejutkan kita dari mimpi dunia. Sungguh, cemburu sangat dengan anak-anak Gaza dan Palestin yang dari kecilnya telah dididik dan ditarbiyah untuk bersedia untuk mati, untuk syahid di jalan Allah. Moga-moga walaupun kita tidak seperti mereka, namun semangat mereka mengalir di dalam darah kita.

Akhir pena. Kepada saya sendiri, kamu, awak, anda, mereka. Tidak kisahlah apa jua yang sedang kita lakukan, apa jua pekerjaan kita, cita-cita dan impian kita,

Perdana menteri ke..

Doktor ke..

Jurutera ke..

Ustaz, ustazah ke..

Peguam ke..

Petani ke..

Masih belajar ke..

Atau apa-apa sahaja..

Ingatlah satu perkara ini sahaja. BUMI INI MILIK ALLAH, DUNIA ini ciptaanNya, AKHIRAT NYA yang kekal abadi. Milikilah apa saja pun. Semuanya masih di bawah KUASA Allah dan Allah akan memanggil kita bila-bila masa sahaja. Biarpun kita tidak tahu pengakhiran kita bagaimana. Lemas? terbakar? kemalangan? sakit? atau syahid? Tapi, HUSNUL KHATIMAH. Itu yang kita inginkan. Justeru, sekarang kita perlu segera jadikan amalan kerja buat kita di dunia ini menjadi pahala di sisi ALLAH SWT kelak. Untuk menjadi bekal di sana, di dalam kubur, di padang mahsyar dan inshaAllah di syurga yang kekal abadi. Daripada Allah kita datang, kepadaNya jua kita kembali. Semoga kita berada di dalam penilaianNYA yang baik. Pesanan untuk hati, selalu INGAT MATI. Moga-moga kita beroleh syurgaNya. Waallahu’alam~

(Untuk mereka) Syurga-syurga “Adn”, yang mereka akan memasukinya, yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka beroleh di dalam Syurga itu apa yang mereka kehendaki; demikianlah Allah membalas orang-orang yang bertaqwa, (Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka bersih suci (dari kufur syirik dan maksiat), sambil malaikat itu berkata kepada mereka: “Selamat sejahtera kepada kamu; masuklah ke dalam Syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan”.(Surah an-Nahl: ayat 31-32)

Nota Hati 1 : Dengan mengingati mati selalu, ia akan dapat meneguhkan semangat dan keyakinan kita. Ia menghalang kita daripada terjerumus ke lembah dosa dan maksiat. Ia juga menyemai keazaman untuk menghindari segala bentuk perbuatan yang tidak disukai Allah SWT.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here