“Tolong Jangan Bodohkan Diri, Agama Pakai Tudung Cengkerang Siput!” -Ubah Gaya Berhijab, Peminat Kecewa Dengan Penampilan Terbaru Neelofa?!

Kebelakangan ini pengacara dan usahawan cantik Neelofa dilihat tampil dengan gaya berbeza apabila dia memilih untuk mengenakan hijab jenis turban bagi penampilan terbarunya.

Dalam rancangan MeleTOP yang menampilkan Datuk Aliff Syukri dan isteri bersama Datuk Norman, Neelofa tampil dengan gaya hijab turban berwarna busana berwarna peach lembut.

Penggunaan hijab jenis turban sekaligus menjadikan selebriti kelahiran Kelantan itu tampak lebih matang daripada usia sebenarnya.

Namun ada peminat yang kecewa dengan imej yang ditampilkan Neelofa, apatah lagi penggunaan hijab sebegitu mendedahkan bahagian leher dan telinganya.

Rata-rata mahu pengacara berumur 28 tahun itu mengenakan tudung seperti dahulu.

Busana Tidak Sesuai, Neelofa Dikecam Sekali Lagi

CARA pelakon cantik, Neelofa berfesyen sememangnya sering kali mendapat perhatian daripada ramai netizen.

Sebelum ini, heroin drama Red Velvet ini pernah dikecam gara-gara menggayakan baju tee dengan skirt labuh ketika mengacarakan Anugerah MeleTOP Era 2017 (AME 2017) April lalu.

Selepas itu, Neelofa juga pernah menjadi tumpuan kerana memakai seluar jeans koyak di bahagian lutut ketika sedang bercuti bersama ahli keluarga di Itali beberapa bulan lepas.

Terbaru, pengacara ini sekali lagi menjadi perhatian nampaknya apabila busana yang digayakan ketika menghadiri pertunjukan fesyen Victoria’s Secret di Shanghai, China semalam teruk dihentam.

Pelakon ini menerima kritikan hebat kerana segelintir netizen beranggapan turban yang digayakan oleh Neelofa dilihat tidak bersesuaian dengan imej seorang wanita Muslimah.

Tambahan pula, semua sedia tahu pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor ini pernah mengerjakan haji beberapa bulan lepas dan kini beliau sudah bergelar ‘Hajjah’.

Jadi, ramai mempersoalkan pemakaian tudung yang disifatkan tidak sempurna itu kerana beranggapan penampilan tersebut tidak seiring dengan title ‘Hajjah’ berkenaan.

“Kenapa pakai tudung macam tu. Tak cantik. Dulu lagi cantik,” komen salah seorang pengikut di laman Instagram miliknya.

Walaupun ramai yang mengutuk, namun masih ada segelintir anggota masyarakat yang mempertahankan Neelofa dengan meninggalkan komen positif di ruangan laman sosial berkenaan.

“Biar apa orang pertikaikan dia, saya tetap suka dan minat. Setiap manusia tiada yang sempurna,” komen peminatnya.

Apa-apapun kita tunggu sajalah penjelasan daripada mulut Neelofa sendiri berhubung perkara ini ya… – MYNEWSHUB.CC/AM

Sumber Instagram Neelofa Via kisahdunia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here