[VIDEO] Aduh Sakitnya!Rakaman Video Sazzy Falak Terjatuh Sewaktu Rakaman Jadi Tular

 

Korang pernah tak ada pengalaman jatuh terduduk di depan orang lain. Yelah,mungkin pengalaman tu waktu naik atas pentas ke,atau waktu dekat mall ke,waktu turun tangga ke. Mungkin juga ianya berlaku sewaktu zaman sekolah dulu. Bila masuk alam pekerjaan pun boleh berlaku kejadian macam ini. Sekali jatuh depan orang ramai tu memang boleh haru jugalah kan?

Macam itulah juga dengan Sazzy Falak ini.Rasanya Sazzy bukanlah artis pertama yang jatuh depan ramai peminat sewaktu buat ramakan. DS Siti Nurhaliza pun pernah cerita dia pernah jatuh depan peminatnya,dahlah masa tu dia tengah lambai-lambai dekat peminat sendiri masa nak naik tangga. Lawak pun ada,pilu di hati pun ada. Untuk kes Sazzy Falak ini, dia di katakan sedang membuat rakaman untuk satu program TV di Singapura.

Entah bagaimana sewaktu mahu keluar, dia jatuh terduduk di anak tangga dengan hentaman yang kuat pada punggungnya. Ramai yang terkejut dan terlihat ada kru belakang tabir terus keluar mahu membantunya.

Tetapi Sazzy Falak memang sempoi dan pandai kawal diri. Katanya, dia menganggap itu adalah kecuaiannya sendiri kerana tidak hati-hati.

Namun begitu, di sebalik ada netizen yang gelak kerana merasakan ianya lucu, ada juga yang bimbang dan meminta dia membuat pemeriksaan doktor kerana di khuatiri ada masalah dan kesan sampingan lain.

Sumber – kisahdunia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here