(VIDEO) Anda mungkin memerlukan panadol extra selepas melihat foto perkahwinan ini..!

Baru-baru ini, sepasang kembar seiras Dilraj dan Dilker telah mendirikan rumah tangga dengan Reema dan Reena yang juga merupakan pasangan kembar seiras. Majlis perkahwinan mereka telah diadakan dengan penuh gilang-gemilang di daerah Thrissur, Kerala India.

Apa yang menakjubkan mengenai perkahwinan ini ialah, mereka telah dikahwinkan oleh paderi Reji dan Roji yang rupa-rupanya sepasang kembar seiras juga.

[Video] Anda mungkin memerlukan panadol Extra selepas melihat foto perkahwinan ini!

Perkahwinan mereka ini juga telah diserikan lagi dengan kehadiran 2 pasang pengapit kecil yang juga kembar seiras.

[Video] Anda mungkin memerlukan panadol Extra selepas melihat foto perkahwinan ini!

Wah! ini suatu kebetulan yang menarik. Semuanya kembar seiras!

Jika anda melihat gambar-gambar perkahwinan mereka, anda akan merasakan dunia berputar dengan lajunya. Semua yang anda lihat kelihatan dua.

[Video] Anda mungkin memerlukan panadol Extra selepas melihat foto perkahwinan ini!

Mungkin anda diluar sana yang merupakan pasangan kembar seiras juga boleh merancang untuk melakukan hal yang sama supaya ia dapat dijadikan sebuah perkahwinan yang bersejarah.

Sumber: Era Baru

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here